Ayman Rashdan Wong Profile picture
"Realist in an idealistic world"

Jul 26, 2021, 7 tweets

Siapakah "Jurchen" dalam "Kingdom: Ashin of the North"?

Suku Jurchen memang wujud dan mempunyai impak besar terhadap Korea pada zaman Joseon (1392-1897).

Jurchen juga membina dinasti terakhir China bernama Qing (1644-1911).

Jurchen adalah suku dari rumpun "Tungusic" di utara China dan Korea. Berbeza dengan orang Mongol yang nomadik, mereka adalah bangsa pemburu dan penangkap ikan.

Ada banyak persamaan antara Jurchen dan Korea (pemanah, pemburu, pengamal Shaman), cuma Korea bukan Tungusic.

Orang China panggil Jurchen sebagai "Nuzhen" (女眞), bila diterjemahkan ke dalam Bahasa Korea jadi "Yeojin" (여진). Yeoja punya yeo, jinsim punya jin.

Jurchen pernah mendirikan Jin (金, bermaksud "emas" dalam Bahasa Cina) pada tahun 1115-1234 sebelum ditakluk oleh Mongolia.

Selepas Mongolia dikalahkan China pada 1368, Jurchen bernaung di bawah China (Dinasti Ming).

Di Korea, Yi Seong-gye mendirikan Dinasti Joseon pada 1392.

Pada tahun 1616, seorang bernama Nurhaci telah menyatukan semua suku-suku Jurchen, mendirikan kerajaan Hou Jin atau Jin Akhir.

Anak Nurhaci iaitu Hong Taiji menukar nama bangsa Jurchen kepada "Manchu", dan menamakan negaranya sebagai Qing dan bercita-cita menakluk China.

Sebelum menakluk China, Manchu menyerang Joseon disebabkan Joseon adalah "negara adik" China.

Dalam serangan tahun 1636-1637, Raja Injo dari Joseon terpaksa surrender, melutut dan menyembah Hong Taiji. Peristiwa itu dianggap satu penghinaan besar (ada dalam "The Fortress").

Peluang bagi Manchu menakluk China datang pada 1644, apabila Kerajaan Ming di Beijing digulingkan oleh Li Zicheng. Li menamakan dinastinya Shun, tapi dia kemudian merebut awek dengan Jeneral Wu Sangui, menyebakan Wu mengkhianati Li dan membawa masuk tentera Manchu.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling