Jurchen adalah suku dari rumpun "Tungusic" di utara China dan Korea. Berbeza dengan orang Mongol yang nomadik, mereka adalah bangsa pemburu dan penangkap ikan.
Ada banyak persamaan antara Jurchen dan Korea (pemanah, pemburu, pengamal Shaman), cuma Korea bukan Tungusic.
Orang China panggil Jurchen sebagai "Nuzhen" (女眞), bila diterjemahkan ke dalam Bahasa Korea jadi "Yeojin" (여진). Yeoja punya yeo, jinsim punya jin.
Jurchen pernah mendirikan Jin (金, bermaksud "emas" dalam Bahasa Cina) pada tahun 1115-1234 sebelum ditakluk oleh Mongolia.
Selepas Mongolia dikalahkan China pada 1368, Jurchen bernaung di bawah China (Dinasti Ming).
Di Korea, Yi Seong-gye mendirikan Dinasti Joseon pada 1392.
Pada tahun 1616, seorang bernama Nurhaci telah menyatukan semua suku-suku Jurchen, mendirikan kerajaan Hou Jin atau Jin Akhir.
Anak Nurhaci iaitu Hong Taiji menukar nama bangsa Jurchen kepada "Manchu", dan menamakan negaranya sebagai Qing dan bercita-cita menakluk China.
Sebelum menakluk China, Manchu menyerang Joseon disebabkan Joseon adalah "negara adik" China.
Dalam serangan tahun 1636-1637, Raja Injo dari Joseon terpaksa surrender, melutut dan menyembah Hong Taiji. Peristiwa itu dianggap satu penghinaan besar (ada dalam "The Fortress").
Peluang bagi Manchu menakluk China datang pada 1644, apabila Kerajaan Ming di Beijing digulingkan oleh Li Zicheng. Li menamakan dinastinya Shun, tapi dia kemudian merebut awek dengan Jeneral Wu Sangui, menyebakan Wu mengkhianati Li dan membawa masuk tentera Manchu.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Al-Bashir memerintah Sudan sebagai presiden dari 1989 sampai 2019. Dia pemimpin Islamis. Naik pun atas sokongan Hassan al-Turabi, ulama dan tokoh Islam Sudan masa tu.
Tapi biasalah, dua orang kuat dalam satu kerajaan, tak lama lepas tu berpecah.
Sepanjang pemerintahan al-Bashir, Sudan banyak berdepan masalah.
Pertama, sebab dia rapat dengan Iran dan pernah lindung Osama, Sudan pun dilabel Amerika & Eropah sebagai "negara penaja pengganas". Maka bermulalah sekatan ekonomi & politik panjang.
Untuk yang tak sempat tonton streaming semalam, video penuhnya di sini:
Rumusan:
1. Disiplin IR/geopolitik bertujuan untuk menjawab persoalan kenapa (WHY) sesuatu berlaku dalam politik global, bukan untuk menyokong mana2 pihak dalam konflik. facebook.com/ZRASTRIM/video…
2. Untuk menjawab "kenapa", kita perlu bersikap empirikal, berpandukan bukti yang objektif & boleh diuji.
3. Ramai orang Islam hari ini meninggalkan pendekatan empirikal, walhal ia sebenarnya sebahagian daripada warisan intelektual Islam, seperti yang dibawa oleh Ibn Khaldun.
4. Sebaliknya, Barat mengambil pendekatan ini dan mengembangkannya, mengiktiraf Ibn Khaldun sebagai bapa sosiologi.
5. Kurangnya penghayatan terhadap ayat-ayat al-Quran yang mengajak kita memerhati alam dan mengkaji hukum-hukum di sebaliknya (seperti ayat2 tentang ulul albab).
Maknanya, dia percaya US tengah menurun macam kuasa besar lain dulu, misalnya UK yang mendominasi dunia pada abad ke-19.
Pada zaman itu, UK jadi “kilang dunia” hasil Revolusi Industri. Barang dari UK dieksport ke seluruh dunia.
UK guna kekuatan tentera untuk paksa negara lain buka pasaran. China yang nak sekat candu dari UK dikalahkan dalam Perang Candu (1839–1842) dan menyerahkan Hong Kong.