Siapa sangka yang namanya tahi, boleh jadi wang?
Ye anda tak salah baca. Memang betul, di Ulsan National Institue of Science and Technology Korea Selatan, tahi anda amat berharga sebab ia boleh digunakan untuk mengisi semula perut yang baru je dikosongkan!
#digitalcurrency
Apa yang anda perlu buat untuk duit? Hanya berak di tandas BeeVi (Bee + Vision) yang macam tandas biasa, cuma tak guna air tapi vacuum.
Najis yang dipicit keluar itu akan terkumpul ke dalam tangki bawah tanah di mana tahi akan bertukar kepada wang. Ini baru betul melabur!
Macam mana jadi wang? Di dalam tangki, najis dipecahkan oleh mikroorganisma dan menghasilkan gas metana (methane) yang menjana kuasa untuk penggunaan dapur gas, pemanas air dan juga solid oxide fuel cell yang menghasilkan elektrik.
Purata poopoo yang diteran manusia sehari adalah 500g, menghasilkan 50 liter metana yang menjadi 0.5kWh tenaga elektrik atau boleh pandu kereta sejauh 1.2km- kata Cho Jae-weon, profesor kejuruteraan urban dan alam sekitar UNIST, kepala kepada projek 'melabur di jamban' ini.
Cho juga mencipta matawang virtual Ggool yang bermaksud madu, untuk diguna dalam ekonomi kecil Uni itu. Sehari pengguna BeeVi akan dapat 10 Ggool yang boleh dipakai di untuk beli makanan, buku dan barangan di kedai Universiti. Okayla makan pisang, yak, beli lagi, yak = profit
Penggunaan tenaga 'renewable' untuk menghasilkan wang bukanlah benda baru, terutama dalam dunia kripto. Kalau tahi pun boleh beri tenaga untuk jadi wang, kenapa kita tidak tuai tenaga angin, air, gunung berapi, matahari untuk wang? #Bitcoin menyelesaikan masalah tenaga.
sumber: Reuters
reuters.com/world/asia-pac…
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.