Peristiwa Hari Ini
Operation Ranch Hand
10 Ogos 1961- Operasi penyemburan "racun herba" Rainbow Herbicide dimulakan di Vietnam.
Operasi ini dijalankan oleh pesawat dan helikopter Tentera Amerika dari tahun 1961 hingga 1971.
Amerika menyembur sekitar 20 juta gelen racun, 11 juta gelen adalah Agent Orange.
Racun ini kebanyakannya disembur di kawasan pedalaman dan hutan di Vietnam Selatan untuk membunuh tanaman serta memutuskan bekalan makanan Vietcong dan Tentera Vietnam Utara.
Alasan ketenteraan lain untuk menggunakan racun ini di kawasan bukan tanaman adalah untuk menghilangkan penutup tumbuh-tumbuhan yang digunakan oleh Vietcong dan Vietnam Utara untuk penyamaran atau penyembunyian.
Selepas perang tamat, sekitar 3 ke 4 juta orang telah menderita pelbagai komplikasi kesihatan kerana Agent Orange.
Sekitar sejuta orang cacat atau mengalami masalah kesihatan akibat pendedahan kepada Agent Orange dan mewarisinya kepada keturunan atau anak-anak mereka.
Agent Orange pertama kali digunakan oleh British ketika Darurat Pertama di Tanah Melayu sekitar tahun 1950an untuk memusnahkan semak dan tumbuhan yang digunakan Komunis untuk bersembunyi.
Operasi ini dinamakan Operation Trail Dust.
Agent Orange (ejen jingga) dirujuk sebagai jingga bukan kerana warnanya adalah jingga, tetapi kerana tongnya ditanda dengan belang berwarna jingga.
Agent Orange sebenarnya tidak berwarna.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.