10 Ogos 1961- Operasi penyemburan "racun herba" Rainbow Herbicide dimulakan di Vietnam.
Operasi ini dijalankan oleh pesawat dan helikopter Tentera Amerika dari tahun 1961 hingga 1971.
Amerika menyembur sekitar 20 juta gelen racun, 11 juta gelen adalah Agent Orange.
Racun ini kebanyakannya disembur di kawasan pedalaman dan hutan di Vietnam Selatan untuk membunuh tanaman serta memutuskan bekalan makanan Vietcong dan Tentera Vietnam Utara.
Alasan ketenteraan lain untuk menggunakan racun ini di kawasan bukan tanaman adalah untuk menghilangkan penutup tumbuh-tumbuhan yang digunakan oleh Vietcong dan Vietnam Utara untuk penyamaran atau penyembunyian.
Selepas perang tamat, sekitar 3 ke 4 juta orang telah menderita pelbagai komplikasi kesihatan kerana Agent Orange.
Sekitar sejuta orang cacat atau mengalami masalah kesihatan akibat pendedahan kepada Agent Orange dan mewarisinya kepada keturunan atau anak-anak mereka.
Agent Orange pertama kali digunakan oleh British ketika Darurat Pertama di Tanah Melayu sekitar tahun 1950an untuk memusnahkan semak dan tumbuhan yang digunakan Komunis untuk bersembunyi.
Operasi ini dinamakan Operation Trail Dust.
Agent Orange (ejen jingga) dirujuk sebagai jingga bukan kerana warnanya adalah jingga, tetapi kerana tongnya ditanda dengan belang berwarna jingga.
Agent Orange sebenarnya tidak berwarna.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Imam Turki, Mustafa Efe ditahan di Makkah oleh polis Saudi kerana didakwa bercakap & menggunakan perkataan:
"Palestin dan Gaza"
#StandWithPalestine
#StandWithGaza
#Arabs
Pesanan
Kpd sesiapa yg berada di sana kerja, ziarah, umrah atau bakal mengerjakan haji nanti jgn tulis, guna, cakap, barangan, pakaian, pelekat atau warna seakan Palestin atau yg menggambarkan sokongan simpati terhadap Palestin/Gaza.
Beberapa gesaan supaya menangguhkan ibadah haji & umrah mula kedengaran selepas insiden ini. Namun ada yg berpendapat agar pergi shj tapi jutaan yg pergi sebut Palestin & Gaza serta tunjuk sokongan. Ramai rakyat Saudi akan gembira kerana mereka telah disenyapkan selama ini.
Kerajaan dah bayar RM6 bilion utk projek LCS tapi tiada sebuah kapal pun yg disiapkan. Jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya 5 kapal wajip siap+diserahkan. Buat kajian lg 6 bulan+tambah lagi RM3 bilion & teruskan dgn jangkaan siap pada 2025-30.
Anjungan kapal+radar tu semua tipu, buat guna kayu & cat tipu2 bagi nampak mcm tingkap. Semua atas kapal tu tipu & mula sauk duit.
Kalau Sultan Perak pun kena goreng lagikan rakyat marhaen. Ramai2 dalam gambar tu ada penipu si pengkhianat negara.
Tiba masa mahkamah khas utk kes rasuah, penyelewengan & pecah amanah ditubuhkan termasuk akta khas yg tidak boleh dimansuh/dipinda tapi hanya boleh ditambahbaik ditubuhkan utk mengendalikan kes2 mcm ni disamping mengelakkannya drpd berulang lagi.
Perang Bosnia tercetus pada 6 April 1992 - 14 Disember 1995.
Umat Islam di Bosnia telah diserang, dikepung, dibunuh dan disembelih oleh nasionalis Serb dalam pengepungan paling lama dalam sejarah peperangan moden.
Sarajevo dikepong, dibom, tiada bekalan makanan, air, elektrik & hubungan dengan dunia luar. Perkampungan lain juga diserang.
Pembunuhan & penghapusan etnik secara sistematik terhadap orang awam tak kira lelaki, wanita, warga tua dan juga kanak-kanak. Ribuan lagi wanita dirogol.
Tembakan artileri & penembak hendap berleluasa, menyasarkan apa sahaja yang bergerak terutamanya kanak-kanak.
Banyak kubur besar ditemui selepas perang tamat. Penjenayah perang yang dibicarakan hanya dihukum penjara seumur hidup.
"Dalam dunia ini, kalau kita baik hati, kita jujur, tak mau cakap banyak, kita akan dipijak, Mak.
Tetapi, kalau kita bohong, menipu, meninggikan diri, orang pandang mulia kepada kita, Mak."
Inilah sandiwara dunia.
Bujang Lapok, 30 Nov 1957.
PETALING JAYA: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal bakal dilantik sebagai pegawai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Nik Ezanee ketika dihubungi Utusan Malaysia bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memberitahu satu pemakluman akan dibuat Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam masa terdekat.
Tidak berbunyi "klik" bila terpijak dan meledak selepas mengangkat/mengalihkan kaki seperti dalam filem.
Sebenarnya ia akan terus meletup jika terpijak.
Dalam filem, penonton melihat jika terpijak ranjau darat, ia akan meledak selepas mengangkat kaki.
Sebenarnya pemicu tekanan akan terus meletupkan ranjau kerana ia dirancang untuk membunuh, bukan untuk seseorang berhenti diam di atasnya sehingga ia dinyahaktifkan.
Anda tidak akan dapat mengelak dari letupan walaupun anda seorang pelari yang sangat pantas kerana serpihan terbang merata-rata.
Jika terpijak ranjau darat, sama ada terbunuh atau cedera parah.