Rhys Ar🔻nika Profile picture
ڤمبرونتقن کڤد ڤارا ڤنظاليم اداله کطاعتن کڤد توهن Pemberontakan Kepada Para Penzalim Adalah Ketaatan Kepada Tuhan

Aug 15, 2021, 6 tweets

Peristiwa Hari Ini

Rejimen Artileri Diraja

Ditubuhkan di Kajang pada 15 Ogos 1957 dengan satu Bateri dimana sebahagian besar anggotanya ketika itu terdiri daripada bekas anggota Artileri Diraja yang pernah berjuang di Pulau Belakang Mati, Singapura semasa Perang Dunia Ke-2.

Pada tahun 1957, seorang pegawai dari Malaya Command telah dihantar ke Singapura untuk mempelawa rakyat Tanah Melayu yang berkhidmat di 1st Singapore Regiment Royal Artillery untuk berkhidmat di Bateri Meriam Tentera Persekutuan.

Seramai 89 anggota telah bersetuju untuk berkhidmat dengan Tentera Persekutuan dan mengangkat sumpah pada 14 Ogos.

Pada 15 Ogos 1957, tertubuhlah 1st Field Battery di Kajang, Selangor dengan dianggotai oleh seramai 89 anggota, bersama 8 meriam jenis 25 pounder.

Tugasan pertama adalah melaksanakan tembakan kehormat Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Operasi pertama bermula pada 8 Oktober 1957, digerakkan di kawasan Seri Menanti dan Rompin, Negeri Sembilan bagi membantu pasukan infantri menghapuskan pengganas komunis.

Pegawai yang mula menjawat jawatan sebagai Ketua Bateri ialah Maj P Sherston Baker MC, RA. Pada 16 Julai 1959, Kapt. N.T Lopez iaitu pegawai Tentera Persekutuan yang ulung telah mengambil alih jawatan Ketua Bateri 1st Field Battery dari Mej. M.Barkeley RA.

Pada tahun 1962, pihak Kerajaan British telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah bateri artileri untuk Tentera Persekutuan di Semenanjung Tanah Melayu.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling