Rhys Ar🔻nika Profile picture
Aug 15, 2021 6 tweets 2 min read Read on X
Peristiwa Hari Ini

Rejimen Artileri Diraja

Ditubuhkan di Kajang pada 15 Ogos 1957 dengan satu Bateri dimana sebahagian besar anggotanya ketika itu terdiri daripada bekas anggota Artileri Diraja yang pernah berjuang di Pulau Belakang Mati, Singapura semasa Perang Dunia Ke-2.
Pada tahun 1957, seorang pegawai dari Malaya Command telah dihantar ke Singapura untuk mempelawa rakyat Tanah Melayu yang berkhidmat di 1st Singapore Regiment Royal Artillery untuk berkhidmat di Bateri Meriam Tentera Persekutuan.
Seramai 89 anggota telah bersetuju untuk berkhidmat dengan Tentera Persekutuan dan mengangkat sumpah pada 14 Ogos.

Pada 15 Ogos 1957, tertubuhlah 1st Field Battery di Kajang, Selangor dengan dianggotai oleh seramai 89 anggota, bersama 8 meriam jenis 25 pounder.
Tugasan pertama adalah melaksanakan tembakan kehormat Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Operasi pertama bermula pada 8 Oktober 1957, digerakkan di kawasan Seri Menanti dan Rompin, Negeri Sembilan bagi membantu pasukan infantri menghapuskan pengganas komunis.
Pegawai yang mula menjawat jawatan sebagai Ketua Bateri ialah Maj P Sherston Baker MC, RA. Pada 16 Julai 1959, Kapt. N.T Lopez iaitu pegawai Tentera Persekutuan yang ulung telah mengambil alih jawatan Ketua Bateri 1st Field Battery dari Mej. M.Barkeley RA.
Pada tahun 1962, pihak Kerajaan British telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah bateri artileri untuk Tentera Persekutuan di Semenanjung Tanah Melayu.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Rhys Ar🔻nika

Rhys Ar🔻nika Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ellmartt8888

Nov 14, 2023
Ayat Larangan di Saudi

Imam Turki, Mustafa Efe ditahan di Makkah oleh polis Saudi kerana didakwa bercakap & menggunakan perkataan:

"Palestin dan Gaza"

#StandWithPalestine
#StandWithGaza
#Arabs Image
Pesanan

Kpd sesiapa yg berada di sana kerja, ziarah, umrah atau bakal mengerjakan haji nanti jgn tulis, guna, cakap, barangan, pakaian, pelekat atau warna seakan Palestin atau yg menggambarkan sokongan simpati terhadap Palestin/Gaza. Image
Beberapa gesaan supaya menangguhkan ibadah haji & umrah mula kedengaran selepas insiden ini. Namun ada yg berpendapat agar pergi shj tapi jutaan yg pergi sebut Palestin & Gaza serta tunjuk sokongan. Ramai rakyat Saudi akan gembira kerana mereka telah disenyapkan selama ini.
Read 5 tweets
Aug 4, 2022
Projek Tipu

Kerajaan dah bayar RM6 bilion utk projek LCS tapi tiada sebuah kapal pun yg disiapkan. Jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya 5 kapal wajip siap+diserahkan. Buat kajian lg 6 bulan+tambah lagi RM3 bilion & teruskan dgn jangkaan siap pada 2025-30.

#PertahanMalaysia
Tengok betul2.

Anjungan kapal+radar tu semua tipu, buat guna kayu & cat tipu2 bagi nampak mcm tingkap. Semua atas kapal tu tipu & mula sauk duit.

Kalau Sultan Perak pun kena goreng lagikan rakyat marhaen. Ramai2 dalam gambar tu ada penipu si pengkhianat negara.
Tiba masa mahkamah khas utk kes rasuah, penyelewengan & pecah amanah ditubuhkan termasuk akta khas yg tidak boleh dimansuh/dipinda tapi hanya boleh ditambahbaik ditubuhkan utk mengendalikan kes2 mcm ni disamping mengelakkannya drpd berulang lagi.

Cat tingkap pun senget.🤦‍♀️
Read 17 tweets
Apr 5, 2022
Peristiwa Hari Ini

Perang Bosnia tercetus pada 6 April 1992 - 14 Disember 1995.

Umat Islam di Bosnia telah diserang, dikepung, dibunuh dan disembelih oleh nasionalis Serb dalam pengepungan paling lama dalam sejarah peperangan moden.
Sarajevo dikepong, dibom, tiada bekalan makanan, air, elektrik & hubungan dengan dunia luar. Perkampungan lain juga diserang.

Pembunuhan & penghapusan etnik secara sistematik terhadap orang awam tak kira lelaki, wanita, warga tua dan juga kanak-kanak. Ribuan lagi wanita dirogol.
Tembakan artileri & penembak hendap berleluasa, menyasarkan apa sahaja yang bergerak terutamanya kanak-kanak.

Banyak kubur besar ditemui selepas perang tamat. Penjenayah perang yang dibicarakan hanya dihukum penjara seumur hidup.
Read 6 tweets
Dec 18, 2021
Amaran Hujan Berterusan

Sekarang, sy maksudkan sekarang. Mana2 kawasan yg berwarna atau pernah dilanda banjir sebelum ini, diminta semua BERSEDIA dgn

1. Beg Kecemasan (dokumen penting, ubat, pakaian, sedikit makanan(jika ada), apa2 yg perlu & jgn beratkan beg).

#DaruratBanjir
2. Susun barang2 rumah yg penting di tempat tinggi (jika boleh).

3. Dengar pengumuman dari media massa atau arahan ditempat anda.

4. Berpindah awal ke tempat selamat, tinggi atau ke pusat pemindahan yg anda tahu atau diarahkan pergi.

5. Rancang/ikut laluan yg selamat.
6. Jangan biarkan kanak2 bermain air di kawasan banjir/longkang/sungai/tali air.

7. Jangan panik, kumpulkan semua orang yg ada dlm rumah & gerak bersama2.

8. Jika terpaksa berjalan dalam air, gunakan kayu atau apa2 yg panjang utk pastikan keadaan jalan/tanah di hadapan anda.
Read 10 tweets
Dec 16, 2021
"Dalam dunia ini, kalau kita baik hati, kita jujur, tak mau cakap banyak, kita akan dipijak, Mak.

Tetapi, kalau kita bohong, menipu, meninggikan diri, orang pandang mulia kepada kita, Mak."

Inilah sandiwara dunia.

Bujang Lapok, 30 Nov 1957. Image
PETALING JAYA: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal bakal dilantik sebagai pegawai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Nik Ezanee ketika dihubungi Utusan Malaysia bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memberitahu satu pemakluman akan dibuat Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam masa terdekat.
Read 8 tweets
Sep 8, 2021
Tahukah Anda

Periuk api atau ranjau.

Tidak berbunyi "klik" bila terpijak dan meledak selepas mengangkat/mengalihkan kaki seperti dalam filem.

Sebenarnya ia akan terus meletup jika terpijak.
Dalam filem, penonton melihat jika terpijak ranjau darat, ia akan meledak selepas mengangkat kaki.

Sebenarnya pemicu tekanan akan terus meletupkan ranjau kerana ia dirancang untuk membunuh, bukan untuk seseorang berhenti diam di atasnya sehingga ia dinyahaktifkan.
Anda tidak akan dapat mengelak dari letupan walaupun anda seorang pelari yang sangat pantas kerana serpihan terbang merata-rata.

Jika terpijak ranjau darat, sama ada terbunuh atau cedera parah.
Read 6 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(