Ayman Rashdan Wong Profile picture
"Realist in an idealistic world"

Aug 17, 2021, 9 tweets

Semua negara mendahulukan kepentingan sendiri.

Cuma US pandai cover kepentingannya dengan retorik "demokrasi" "kebebasan" (kecuali Nixon & Trump). Ini membezakan US daripada UK atau China.

Tapi at the end of the day, the US doesn't care about you.

Tengok apa Biden cakap.

Kepentingan US ni pun sentiasa berubah-ubah. Dulu US zaman Bush banyak campur tangan di Timur Tengah sebab kepentingan minyak. Tapi zaman Trump, US pun melambak minyak dia, so nilai Timur Tengah jadi kurang kepada US.

Dalam kes Afghanistan, dulu US masuk situ selain nak menumpaskan Al-Qaeda, dia juga nak jadikan Afghanistan sebagai "pivot" untuk mengekang pakatan Rusia-China (SCO yang ditubuhkan pada Jun 2001).

So US pada zaman Bush dan Obama bercita-cita nak transform Afghanistan menjadi negara demokratik liberal, menjadi sekutu tegar US.

Tapi US underestimate pengaruh tribalisme di Afghanistan dan kekentalan Taliban, jadi US stuck dekat Afghanistan.

Di Zaman Trump, US mula nak tinggalkan Afghanistan yang dianggap beban. Jadi US berunding dengan Taliban, buat perjanjian US akan keluar Afghanistan, tapi Taliban kena janji tak serang US dan sekutunya iaitu kerajaan Afghanistan.

Tapi semua tu "wishful thinking" saja. Apabila Biden meneruskan pelan Trump, Taliban mengambil kesempatan menawan semula Afghanistan.

Tapi Biden tetap shift the blame kepada kerajaan dan rakyat Afghanistan, konon mereka tak pernah berusaha.

Benda yang sama pun pernah berlaku di Vietnam. Dulu 1960an US membantu Vietnam Selatan melawan Vietnam Utara yang komunis, last-last dia pergi sign perjanjian damai dengan Vietnam Utara pada 1973. Tentera US keluar.

2 tahun kemudian, Vietnam Selatan ditawan oleh Vietnam Utara.

Ironiknya, US hari ini jadi kawan baik Vietnam atas kepentingan yang sama (mengekang China).

Dan walaupun banyak negara ASEAN rasa terancam dengan China dalam isu seperti Laut China Selatan, negara tetap berhati-hati minta bantuan atau jadi sekutu US.

At the end of the day, US boleh tinggalkan negara2 ini begitu saja.

Nak salahkan US tak boleh sebab dia bertindak atas kepentingan saja. US tu negara, bukan rumah kebajikan.

Jadi pemimpin yang kena bijak mencari balance dalam hubungan dengan kuasa besar.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling