I observe, I write, I share Profile picture
@501Awani

Aug 18, 2021, 9 tweets

Good morning from Menara Dato Onn.

Semalam dilaporkan konsensus telah dicapai berhubung pemilihan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon BN untuk jawatan Perdana Menteri.

Ketika ini BN mengadakan mesyuarat ‘tergempar’, namun tiada perincian buat masa ini.

Instead of Barisan Nasional’s meeting, mungkin dah jadi Muafakat Nasional’s meeting.

Beberapa pimpinan kanan PAS dilihat memasuki Menara Dato Onn: -

Naib Presiden: Tuan Ibrahim Tuan Man
S/ Agung: Takiyuddin Hassan
🎥: @RavinP_69 / TMI

Perbicaraan 1MDB melibatkan Pengerusi Lembaga Penasihat BN DS Najib pagi ini ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi dimaklumkan beliau harus menghadiri mesyuarat BN.

Namun Hakim Collin Lawrence Sequerah arahkan perbicaraan perlu disambung semula jam 2.30 petang ini.

“So, I see you at 2.30pm,” says Judge Sequerah before adjourning the trial.

Update - Setiausaha Agung PAS DS Takiyuddin Hassan meninggalkan perkarangan Menara Dato Onn selepas lebih kurang sejam mengadakan pertemuan dengan pimpinan UMNO.

Masih belum dipastikan ini adalah mesyuarat rasmi MN atau sekadar pertemuan bersama dua pimpinan parti.

Calon PM ke-9: Pimpinan Pas dilihat berada di ibu pejabat UMNO astroawani.com/berita-malaysi…

Bicara kes 1MDB ditangguh 2.30 petang, Najib perlu hadir mesyuarat penting BN astroawani.com/berita-malaysi…

PAS sebulat suara sokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon PM Ke-9, kata Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.

Untuk rekod PAS mempunyai 18 Ahli Dewan Rakyat. @501Awani

Kerajaan pimpinan Barisan Nasional atau Perikatan Nasional? Ini komen Setiausaha Agung UMNO DS Ahmad Maslan.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling