Fakhri | Buku Baru “Sedikit, Tapi Cukup” Profile picture
Alumni Uni of Jordan • Tweet adalah pandangan peribadi • Penulis 2 buku: “Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita” & "Sedikit Tapi Cukup"

Oct 3, 2021, 8 tweets

Semalam @IDF menyalakan lampu pink sebagai solidariti terhadap pesakit kanser.

Ironinya adalah mereka membunuh puluhan pesakit kanser Palestin.

Setiap tahun @Israel menolak 50% permohonan rakyat Gaza untuk keluar mendapatkan rawatan & turut menghalang kemasukan ubat ubatan.

Muhammad Abu Taha (21 Tahun), penghidap kanser usus. Ketika sampai ke sempadan Gaza bersama ayahnya pihak berkuasa Israel menahan ayahnya dan menghalang Muhammad daripada keluar. 10 hari selepas itu Muhammad meninggal dunia. #IsraeliCrimes #IsraeliApartheid #IsraeliTerrorists

Mac 2017. Khudul Al-Saidni (36 tahun), pesakit kanser & ibu kepada 2 orang anak. Beliau memohon visa untuk keluar mendapatkan rawatan di Al-Quds. Tetapi permohonan beliau tidak diluluskan dan beliau kemudian meninggal dunia. #IsraeliCrimes #IsraeliApartheid #IsraeliTerrorists

Aishah & Sam (5 tahun), 2 orang kanak² penghidap kanser otak dari Gaza. Israel tidak benarkan mana² ahli keluarga mereka menemani mereka untuk dapatkan rawatan di Al-Quds. Saksi mengatakan kanak² ini menangis sebelum pembedahan & inginkan ibu. Akhirnya mereka meninggal dunia. 💔

Tamir Jamil (13 tahun) dari Gaza. Beliau menghidap leukimia dan meninggal dunia setelah Israel menghalang beliau dari keluar. #IsraeliApartheid #IsraeliCrimes #IsraeliTerrorists

Abdul Rahim Al-Jaidi (59 tahun) dari Gaza. Penghidap kanser. Israel menghalang kemasukan ubat buatnya selama lebih 7 bulan & tidak membenarkan beliau keluar untuk mendapatkan rawatan. Beliau meninggal dunia ketika menunggu ubat di seludup masuk melalui terowong Rafah.

Ini adalah sebahagian kecil rakyat Palestin yang dibunuh oleh @Israel dengan dihalang daripada mendapatkan rawatan.

Mengikut laporan NGO Hak Asasi Manusia; sepanjang 2008 - 2018 Israel telah menghalang 50k penduduk Palestin di Gaza & Tebing Barat daripada mendapatkan rawatan.

Sumber :

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling