Zamir Mohyedin Profile picture
Physicist | Solid-state physics, quantum chemistry, radiation physics | TEDx Speaker | Columnist | Author (latest: GENESIS II) | 📩: zamirmohyedin@gmail.com

Jan 21, 2022, 14 tweets

Pada 66 juta tahun lalu, dinosaur pupus dihentam oleh asteroid. Lebih 75% spesis pupus. Pada masa itu, asteroid ini hanya menghentam satu tempat sahaja, iaitu di perairan Semenanjung Yucatan.

Bagaimana hentaman satu asteroid boleh musnahkan hidupan Bumi?

#UntaianZM

1. Asteroid yang menghentam Bumi 66 juta tahun dahulu mempunyai diameter sepanjang 10 km. Saiznya lebih besar daripada gunung Everest. 10 km dari permukaan Bumi dapat cecah ruang udara pesawat.

2. Ketika masuk ke atmosfera Bumi, asteroid ini bergerak selaju sekitar 30,000 m/s iaitu sekitar 87 kali ganda lebih laju daripada bunyi.

3. Asteroid ini menghentam laut cetek perairan Semenanjung Yucata. Hentamannya melepaskan tenaga setanding 900 bilion bom yang pernah meletupkan Hiroshima & 100 juta bom nuklear Tsar Bomba. Asteroid ini hentam satu tempat saja, tapi memberikan kesan pada seluruh dunia.

4. Hentaman ini meninggalkan kerak seluas 100 kilometer dan sedalam hampir 30 kilometer. Impak ini menghasilkan gempa bermagnitud 12. Skala yang tidak pernah dihadapi oleh manusia.

Sebagai perbandingan, manusia pernah menghadapi gempa magnitud 9.6 di Chile, Selatan Amerika yang kesannya sampai beberapa negara Asia dan Australian dilanda tsunami.

Gempa skala 12 pada 66 juta tahun lalu telah menyebabkan terhasilkan gempa skala 9 di seluruh dunia. Satu gempa yang melahirkan banyak gempa kerana hentaman yang sangat kuat.

5. Seperti biasa, gempa akan menghasilkan tsunami. Pada ketika itu, tsunami melanda di seluruh dunia. Tsunaminya mempunyai ketinggian dari 100 meter hingga ke 1.5 kilometer. Menenggelamkan banyak daratan.

6. Kalau kita tepuk air yang tenang, air akan terpecik pada muka. Hentaman asteroid pada 66 juta tahun lalu telah menyebabkan batu-batu dan serpihan permukaan Bumi melantun keluar sehingga ke angkasa. Malah, terdapat sebahagiannya menghentam bulan.

Terdapat sebahagian lain yang melantun keluar kembali semula ke Bumi. Serpihan-serpihan ini menghentam seluruh dunia. Ibarat Bumi dihujani meteor. Bumi yang tenang bertukar menjadi Bumi yang sedang terbakar.

7. Gempa telah menyebabkan gunung berapi meletus di seluruh dunia. Debu yang dihasilkan serta asap kebakaran telah menutup atmosfera Bumi sehinggakan iklim menjadi sejuk kerana sinaran cahaya Matahari tidak dapat tembus. Udara Bumi bertoksik dan hujan asid membasahi Bumi.

8. Jika dibuat perbandingan, dinosaur hidup lebih lama berbanding manusia. Dinosaur berkelana selama 165 juta tahun, manusia baru 300 ribu tahun. Jika perang nuklear tercetus, kesannya mungkin tak seteruk ini. Tapi cukup teruk untuk buatkan ramai manusia di seluruh dunia sengsara

Sekarang baru boleh faham kenapa sebiji asteroid gergasi yang hentam satu tempat boleh lenyapkan manusia.

Info tambahan:

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling