Harini hujung bulan Februari. Harini hari terakhir patutnya majikan kena keluarkan borang EA atau EC kepada pekerja selewat-lewatnya.
Borang EA - Pekerja Swasta
Borang EC - Pekerja Agensi Kerajaan
#TwtCukaiMY
Borang EA/EC ni majikan kena keluarkan tak kisahlah pekerja tu gaji kena cukai ke, tak kena cukai ke. Borang ni cerita summary gaji yang diterima sepanjang tempoh tahun lepas.
Pentingnya borang EA/EC ni sebab waktu pekerja nak declare pendapatan dekat dalam sistem cukai/borang cukai nanti, semua maklumat penting dalam borang EA/EC ni pekerja perlu masukkan dekat sistem/borang selewatnya 30 April nanti.
Perlu faham yang borang EA/EC ni bukan borang declare cukai. Ni borang untuk ceritakan berapa amount gaji yang majikan dah bayar selama setahun. Bila dapat borang ni, bukan bermakna majikan dah declarekan cukai untuk kita. Tidak sama sekali. Cukai masing-masing declare sendiri.
Ada yg akan tanya, "abis dalam borang EA/EC tu kenapa ada tulis potongan cukai? Potong cukai, dah bayar cukai, bukan ke dah declarekan sekali?"
Declare pendapatan dan bayar cukai dua cerita berbeza. Dah potong cukai dari gaji tu, cukai dah bayar advance. Declare kena buat asing.
Sebelum ada yang tanya, "Dapat EA/EC form ni wajib declare ke LHDN ke?"
Tengok situasi. Kalau jatuh situasi ni. Wajib declare.
1. Pendapatan lebih RM34,000 setahun lepas tolak KWSP
2. Ada pendapatan selain makan gaji contoh macam bisnes, komisen, sewa.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
