Tanya Cukai Pada Zortax Profile picture
• Zortax • Klik saja #TwtCukaiMY, ada tulis cerita cukai • Collector Menan ⚡ Power Rangers & 🟥 Lego
Feb 6 16 tweets 3 min read
Kenapa LHDN bersungguh suruh korang yg buat bisnes ni, yg tak penah declare tahun kebelakang ni, untuk declare cukai tahun lama dalam Program Pengakuan Sukarela?

Paling utama sebab korang kena tahu penalti LHDN offer 0%. Declare cukai tahun lama lewat takda penalti.

#TwtCukaiMY Giler-giler punya offer. Tanpa program ni, penalti korang untuk lewat hantar borang cukai, lewat bayar cukai boleh bermula dari 10%, 15% dan ada kenaikan peratusan cukai tu kalau lagi lagi lewat.

Peluang ni dia tak datang tiap-tiap. Jadi jangan rilex sangat. Masa suntuk.
Dec 6, 2023 7 tweets 2 min read
Org makan gaji - Majikan akn hantar borang E ke LHDN - Pekerja akn terima borang EA/EC daripada majikan - Jika gaji ada penolakan PCB boleh pilih tak hantar borang cukai, PCB jadi cukai muktamad - Jika nak declare juga boleh - Kemungkinan topup cukai or refund cukai.

#TwtCukaiMY Org terima komisen - Syarikat pembayar akan laporkan penerima komisen ke LHDN - Org terima komisen kena laporkan income melalui borang cukai - Gagal declare, LHDN akan anggarkan berdasarkan maklumat dari syarikat - Anggaran cukai biasanya tinggi dari cukai sebenar.
Dec 3, 2023 12 tweets 3 min read
Tax Relief = Pelepasan Cukai

Macam mana ia berfungsi?

Pekerja akan terima gaji setiap bulan. Dari gaji yang pekerja terima, pekerja akan gunakan duit tu untuk simpanan dan berbelanja.

Cukai sepatutnya akan dikenakan pada berapa gaji kasar (termasuk elaun bonus).

#TwtCukaiMY Contoh situasi jika pelepasan cukai ni TAK WUJUD - gaji RM3,000 sebulan.

Sebulan : RM3,000
Setahun : RM36,000

Cukai akn dikenakan pada RM36,000.

Gaji RM36,000 jatuh kategori D (Jadual kadar cukai)

Cara kiraan cukai,

RM35,000 cukai RM600
RM1,000 x 6%, RM60

Total cukai RM660. Image
Nov 1, 2023 20 tweets 3 min read
Belanja penyakit serius untuk diri sendiri, pasangan dan anak boleh tolak sehingga RM10,000 setahun.

Ada yang tanya kalau kencing manis dan darah tinggi termasuk tak dalam kategori penyakit serius?

Jom tengok apa penyakit serius yang disenaraikan LHDN.

#TwtCukaiMY First kena tahu dulu, apa maksud penyakit serius?

Penyakit yang tak boleh diubat serta perlu rawatan berpanjangan.

Bergantung kepada ubat dan mungkin akan sebabakan kesan sampingan atau penyakit lain.
Jun 2, 2023 6 tweets 2 min read
Program Pengakuan Sukarela 2.0 sebelum ni tangguh, LHDN dah umumkan DITERUSKAN bermula 6 Jun 2023 - 31 Mei 2024 (sebelum ni 1 Jun 2023 - 31 Mei 2024).

Untuk yang tak pernah declare, terkurang lapor pendapatan, ni peluang yang tak patut korang sia-siakan.

Kenapa?

#TwtCukaiMY LHDN akan terima semua pelaporan korang dengan suci hati. Bagi pendapatan tahun lama-lama yang tak penah declare dan baru nak declare dalam program ni, LHDN takkan audit atau siasat lagi.
Apr 12, 2023 4 tweets 1 min read
Simple tapi penuh bermakna.

Daripada Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.”

[Riwayat Muslim (1893)] "Kita mungkin takda banyak duit, kita mungkin takda banyak harta nak bagi wakaf untuk agama, tapi kita ada sesuatu yang bernilai iaitu pen."
Apr 12, 2023 4 tweets 1 min read
Nak kemaskini emel berdaftar dengan LHDN ni ada dua kaedah,

1. Website maklum balas pelanggan
2. Website MyTax, e-Kemaskini

#TwtCukaiMY 1. Melalui website maklum balas pelanggan boleh pergi link bawah ni,



Kena sediakan dua perkara ni,

i) Surat bertulis PDF kan
ii) Salinan IC berwarna PDF kan

Upload dekat website ni nanti. Nanti tunggu LHDN respon dekat emel korang. https://t.co/FsqE3eacJLmaklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/Kategor…
Apr 10, 2023 4 tweets 1 min read
Manfaat berupa barangan atau MBB untuk petrol ni mudahnya, bila tak dapat bukti perjalanan urusan kerja dan peribadi, terus tertakluk cukai. Cara pengenaan cukai boleh pakai dua kaedah,

1. Nilai sebenar kos petrol dibelanjakan
2. Kos tetap seperti gambar lampiran 2

#TwtCukaiMY Kaedah 1 - Nilai sebenar petrol

Apa yang dibelanjakan pekerja, layak dikenakan cukai sepenuhnya. Walaupun begitu, jika perbelanjaan tujuan kerja, boleh dikecualikan cukai RM6,000. Baki baru jadi manfaat MBB kena cukai.
Apr 10, 2023 14 tweets 2 min read
Bisnes alami kerugian disebabkan berlaku songlap duit dalam bisnes / syarikat?

Boleh tolak cukai ke kos kerugian tu agaknya?

Jom baca ringkasan.

#TwtCukaiMY First sekali kena faham asas situasi kerugian yang kita nak cerita ni mestilah sebab, kecurian wang tunai, penggelapan atau salah guna dalam bisnes kita.
Mar 8, 2023 22 tweets 10 min read
"Bang boleh ajar isi e-filing tak? Saya tak tahu. Memang zero bab ni. First time ni."

Banyak terima DM gini. Saya cubalah ye untuk memudahkan korang dengan ajar, ambik information dari EA form transfer ke e-filing (borang declare income bercukai).

Harap membantu.

#TwtCukaiMY First sekali korang kena ada login sistem MyTax dulu. Saya anggap korang dah ada access masing-masing. Kalau takda, try follow step ni

Mar 5, 2023 13 tweets 3 min read
"Dah submit borang cukai, terlupa pulak nak masukkan resit pelepasan cukai. Boleh ke nak betulkan balik lepas dah submit?"

Jawapannya, BOLEH!

Tapi macam mana?

#TwtCukaiMY Kena tengok dulu nak buat pembetulan apa? Kalau pembetulan tu melibatkan resit ada yang terlepas kita nak masukkan untuk pelepasan cukai, tak perlu submit atau edit semula apa-apa borang cukai.
Feb 9, 2023 17 tweets 5 min read
First time nak declare cukai (makan gaji), ni ringkasan. Harap membantu tunjuk jalan nak mula dari mana. Korang follow jelah step ni ye.

#TwtCukaiMY 1. Kena ada nombor cukai dulu. Tak kisah LHDN daftarkan automatik ke, majikan dah daftar ke, belum daftar ke, buat semakan dekat website mytax.hasil.gov.my, klik pada e-daftar.
Feb 8, 2023 5 tweets 2 min read
Ni adalah antara yang kena daftar nombor cukai individu,

1. Bujang gaji lebih RM34,000 setahun lepas tolak KWSP.
2. Berkahwin gaji lebih RM46,000 setahun, pasangan tak kerja.
3. Individu yang ada bisnes Enterprise (walaupun bisnes rugi).

Sambung.

#TwtCukaiMY 4. Pekerja baru yang kena penolakan PCB dari gaji.
5. Individu yang ada pendapatan layak kena cukai (Contoh pendapatan sewa).
6. Individu yang ada jual beli hartanah.

Pergi website mytax.hasil.gov.my , daftar dekat sana.
Feb 28, 2022 6 tweets 1 min read
Harini hujung bulan Februari. Harini hari terakhir patutnya majikan kena keluarkan borang EA atau EC kepada pekerja selewat-lewatnya.

Borang EA - Pekerja Swasta
Borang EC - Pekerja Agensi Kerajaan

#TwtCukaiMY Borang EA/EC ni majikan kena keluarkan tak kisahlah pekerja tu gaji kena cukai ke, tak kena cukai ke. Borang ni cerita summary gaji yang diterima sepanjang tempoh tahun lepas.
Jun 18, 2021 4 tweets 2 min read
J&T ketuk pintu rumah, tok tok tok.

Wife : Yang barang saya kot. Cuba tengok.

Abang J&T : Mohd Azrul?

Saya : Ye saya.

Wife : Sapa punya yang?

Saya : Saya punya.

Wife : Beli apa lagi tu? Ish ish ish.

Saya : Takda apa lah. Ni PO dah lama. Baru sampai.

Ni contoh tips ok. Jangan sampai abang petik. Debu kau kejap lagi!
Apr 24, 2021 6 tweets 2 min read
PERMOHONAN MAAF.

Saya sekali lagi memohon maaf kepada peserta-peserta yang terlibat dalam webinar saya harini.

Asalnya penganjur ada masalah teknikal dengan Zoom. Jadi penganjur telah share link baru melalui applikasi Google Meet.

#TwtCukaiMY Link applikasi google meet telah di ceroboh oleh individu dari luar negara yang tidak bertanggungjawab. Mereka telah kongsikan video-video lucah di dalam webinar saya, share lagu dan keadaan jadi huru-hara.
Apr 21, 2021 13 tweets 2 min read
Accounting software ni cuma tools. Mcm kereta. Kau tahu pandu, selamat. Kau gagal, kereta kemalangan dan kau boleh cedera.

Nak pakai accounting software bukan setakat tekan-tekan dah selesai. Kau kena faham 2 benda penting.

1. Transaksi bisnes
2. Transaksi personal

#TwtCukaiMY 1. Transaksi bisnes

Duit yang masuk dan keluar dari bisnes memang tujuan jana pendapatan bisnes. Masuk dari customer, modal dari pemilik, keluar kepada pembekal, keluar belanja bisnes, keluar beli aset bisnes dan lain-lain yang lebih kurang macam tu.
Apr 19, 2021 35 tweets 7 min read
Bacaan yg baik pagi ni lepas sahur tadi. Untuk yang bakal ada anak, untuk yg anak baru lahir, boleh ambil langkah awal. Kita hanya akan bertindak serius, selepas pengalaman tu kita tgh hadap. Adalah sebaik-baik pengalaman, belajar dari orang lain.

Kredit : Instagram adlilrajiah ImageImageImage Bagaimana buruk dan baiknya gadjet. Mungkin pengalaman ni tak semua orang tempuh. Setengah parent akan kata, "Aku bagi anak aku gadjet ok je", ye tapi pengalaman tulah bezakan kita. Yang mana kita dah nampak kesan buruk, kita kena maklumkan supaya orang lain dapat iktibar.
Mar 31, 2021 14 tweets 3 min read
Sebab ramai yang masih kurang jelas pasal makan gaji, ada income tetap dalam masa sama buat bisnes, ada SSM, sini saya ringkaskan sikit dari sudut cukainya.

#TwtCukaiMY Asalnya kalau makan gaji semata-mata, kena tengok syarat ni. Pendapatan gaji lebih RM34,000 setahun lepas tolak KWSP, kategori DAH perlu daftar file cukai. Ada kemungkinan gaji tu layak cukai. Kena submit ke LHDN income makan gaji sebelum 30 April setiap tahun melalui Borang BE.
Mar 24, 2021 8 tweets 2 min read
Semalam baru baca pasal Dr Say kena cukai RM40k lebih. Harini husband pada client saya mesej bagitau kena cukai amaun yang lebih kurang sama. Walhal berhenti kerja tahun 2015. Tahun 2016 dan 2017 tolong wife berniaga dan ambil sikit gaji.

Mana datang cukai RM40k?

#TwtCukaiMY Dulu LHDN ada buat program Pengakuan Sukarela bagi mana-mana individu yang tak pernah declare cukai dari tahun 2017 dan tahun-tahun sebelumnya. Apa yang LHDN janjikan masa tu, siapa yang sukarela declare income bagi tahun 2017 dan sebelum, takkan dikacau audit.
Feb 18, 2021 15 tweets 3 min read
Dalam room tuan @IZZTAZWAR tadi, saya tertarik dengan satu soalan berkaitan dekat mana nak belajar accounting bagi small business owner. Bagi pendiri bisnes, accounting ni benda yang susah sebenarnya. Secara jujur, walaupun ia susah, bukanlah bermakna kita tak boleh dalami dan belajar. Sebelum belajar hal accounting, ada perkara penting lagi kena bagi strong. Sama-sama tambah ilmu.