Zamir Mohyedin Profile picture
Physicist | Solid-state physics, quantum chemistry, radiation physics | TEDx Speaker | Columnist | Author (latest: GENESIS II) | 📩: zamirmohyedin@gmail.com

May 10, 2022, 16 tweets

Pada tahun 2017, sepasang suami isteri menghadiri sebuah persidangan yang dianjurkan oleh He Jiankui di SUSTech, Shenzhen.

Si lelaki daripada pasangan ini menghidap penyakit HIV dan ditawarkan oleh Jiankui untuk menjadi subjek dalam projek penyuntingan gen.

#UntaianZM🧵

Pasangan ini menjalani proses persenyawaan in vitro dengan sperma dan telur mereka disenyawakan di dalam makmal sehinggalah menjadi embrio. Jujukan DNA embrio ini disunting menggunakan teknologi CRISPR supaya terlindung daripada penyakit HIV yang dihidap oleh si ayah.

Sasaran Jiankui ialah menyunting gen CCR5 iaitu gen yang digunakan oleh HIV untuk menceroboh sel.

Gen CCR5 disunting supaya tidak berfungsi, membuatkan HIV tidak dapat memasuki sel anak pasangan tersebut. Harapannya apabila lahir kelak, anak itu bebas daripada HIV.

Pada oktober 2018, anak pasangan tersebut lahir – kembar yang dikenali sebagai Lulu dan Nana.

Jiankui menerima banyak hentaman daripada ramai saintis di seluruh dunia kerana eksperimen yang dijalankan didakwa tidak beretika.

Dipendekkan cerita, pada 30 Disember 2019, kerajaan China mendapati Jiankui bersalah kerana memanipulasi dokumen dan tingkah lakunya tidak beretika. Beliau dihukum penjara selama 3 tahun bersama denda sebanyak 430 000 dolar.

Tipikalnya, gen mempunyai lebih daripada satu fungsi. Misalnya, gen yang memberi perlindungan daripada malaria turut memberikan penyakit sel sabit. Atas sebab inilah langkah keselamatan wajib diambil kira sebelum penyuntingan gen dilakukan.

Dibimbangi kelebihan yang diberikan kepada seseorang hasil daripada penyuntingan gen akan memberi mudarat kepadanya. Kadangkala penyuntingan satu gen dapat memberikan lebih banyak kelebihan tanpa ada kemudaratan.

Gen CCR5 pernah dilenyapkan dalam genom tikus & mendapati ia meningkatkan keupayaan kognitifnya seperti kekuatan ingatan dan meningkatkan daya belajar. Melenyapkan gen CCR5 juga dapat meningkatkan kemampuan seseorang untuk sembuh daripada strok dengan lebih cepat.

Penyuntingan gen yang dilakukan terhadap Nana dan Lulu yang asalnya bertujuan untuk meningkatkan perlindungan daripada HIV, mungkin akan meningkatkan keupayaan kognitifnya.

Walau bagaimanapun, saintis tetap berhati-hati dan masih skeptikal dengan eksperimen yang dijalankan oleh Jiankui. Terdapat beberapa kecacatan eksperimen yang telah dikenal pasti. Hasil Jiankui dapat dilihat apabila Nana dan Lulu mula membesar.

Kontroversi yang ditimbulkan oleh Jiankui menjadikan masyarakat awam mula sedar akan teknologi penyuntingan gen. Namun, projek Jiankui bukanlah yang pertama. Penyuntingan gen yang pertama terhadap manusia dilakukan pada tahun 2014 dengan jayanya.

Sekumpulan saintis menyunting gen CCR5 12 pesakit HIV. Hasilnya mendapati kadar virus HIV dalam 11 orang pesakit berkurangan dan seorang pesakit lagi sembuh daripada HIV.

Dijangkakan, di masa hadapan jika penyuntingan telah menjadi lebih selamat dan lebih lazim, kita mungkin bakal menyaksikan amalan mereka-bayi (baby design) yang mana ibu bapa dapat menentukan ciri-ciri fizikal dan sifat bayinya sebelum dilahirkan.

Saya muatkan tulisan ini dalam buku terbaru saya, Genesis II: Sapien & Neo-Manusia.

Boleh baca sinopsis buku tersebut di bebenang di bawah 👇

Untuk pra-tempah 👇

Maaf salah petik kertas kajian. Pembetulan 👇

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling