HW Labs.io Profile picture
Buidling Lifestyle Brand Metaverse | @Rverse_NFT | #AngkasaNFT | #DDYHDNFT

May 15, 2022, 25 tweets

Recently, makin banyak kompeni yang melancarkan NFT yang ada utiliti (kegunaan) mereka di Malaysia.

Selepas MyEG, minggu lepas KFC juga telah memperkenalkan koleksi NFT mereka sendiri di OpenSea.

Berikut adalah 10 jenama terbesar lain di dunia yang telah menyertai dunia NFT:

1. Adidas

Adidas Original mengumumkan siri NFT mereka pada akhir tahun lepas dengan kolaborasi bersama BAYC.

Pemilik NFT Adidas ini mempunyai akses untuk ‘virtual wearables’ Adidas untuk digunakan dalam dunia gaming, The Sandbox.

Latest news, awal tahun ini Prada juga berkerjasama dengan Adidas untuk melancarkan siri NFT mereka di rangkaian Polygon.

Adidas + Prada = 💥

2. Lamborghini

Awal tahun ini juga menyaksikan pembuat kenderaan mewah Itali, Lamborghini melancarkan NFT angkasa lepas mereka.

Kisahnya, Lamborghini telah menghantar sebahagian material carbon fibre mereka ke ISS (International Space Station) untuk diujikaji pada tahun 2019.

Jadi apabila material ini kembali ke bumi, ia dibahagikan kepada ‘space keys’ dengan nombor siri tersendiri.

Dan setiap space key ini mempunyai ‘kembar’nya tersendiri yang wujud dalam bentuk NFT.

Cool gila!

3. Coca-Cola

Pada Julai 2021, Coca-Cola telah mengeluarkan siri NFT mereka tersendiri sempena International Frendship Day.

Untuk first owner bagi siri NFT ini, mereka akan mendapat hadiah virtual seperti jaket yg boleh dipakai dlm dunia virtual realiti sperti Decentraland.

Lebih menarik, kesemua hasil keuntungan dari projek NFT ini disalurkan kepada badan Olimpik kurang upaya, Special Olympics International.

Antara hadiah menarik lain yang disediakan adalah peti sejuk ikonik ini yang memang wujud dalam dunia sebenar!

4. Nike

Seperti Adidas, Nike juga tidak ketinggalan dalam menyertai dunia NFT.

Sewaktu hype Adidas dan BAYC dalam pasaran NFT berlaku, Nike mengumumkan bahawa mereka telah membeli RTFKT Studios, syarikat yang menjual sneakers dalam bentuk NFT.

Biarpun masih tiada perkembangan terbaharu mengenai berita ini, jurucakap RTFKT berkata pemilikan tersebut merupakan peluang unik bagi jenama RTFKT membina komuniti mereka dengan menggunakan kekuatan dan kepakaran Nike.

Once keluar nanti, mesti laku punyalah!

5. Louis Vuitton

Jenama mewah Perancis ini tutut melancarkan NFT melalui in-game innovations dgn memperkenalkan 'Louis The Game' sempena ulang tahun ke 200.

Dalam game ini, anda boleh menyelami legasi fashion house ini dgn mengumpul lilin monogram utk naik ke level seterusnya.

Anda juga boleh customize character anda dengan pelbagai monogram print dan warna lain, sambil-sambil belajar sejarah jenama ini dengan mengumpul postcard dan memorabilia lain dalam game ini.

Siapa kaki game yang suka LV, kena try game ni!

6. Samsung

Pada awal tahun ini, Samsung mengumumkan bahawa line up TV 2022 mereka akan menyokong NFT.

Dalam satu kenyataan media, Samsung berkata, “Kerana demand NFT yang semakin tunggi, perlu ada jalan penyelesaian tentang cara orang melihat dan membeli NFT."

"Pada tahun 2022, Samsung akan memperkenalkan TV pertama di dunia yang mempunyai ciri NFT explorer dan penjulan NFT - supaya anda boleh mencari, membeli dan menayangkan NFT anda di dalam satu tempat, TV.”

Kira macam ada built in store untuk beli NFT, di TV. Tak perlu pakai PC!

Samsung juga berkata mereka akan membenarkan creators untuk berkongsikan ‘art’ NFT mereka kepda dunia dan membenarkan potential buyers untuk melihat NFT sebelum membelinya dengan menggunakan TV mereka.

Kira marketplace dalam TV la. Innovative!

7. Pepsi

Pada Disember 2021, Pepsi telah mengumumkan koleksi NFT mereka sendiri yang dinamakan Pepsi Mic Drop.

Mereka plan untuk generate 1,893 (tahun Pepsi ditubuhkan) dgn stail unique generative.

So, setiap NFT ini unik kerana ia dihasilkan melalui algoritma yang tersendiri.

Lagi best, konsumer mereka hanya perlu menyertai ‘waitlist’ mereka, dan jika sudah tersenarai, mereka akan mendapat peluang untuk ‘mint’ NFT Pepsi Mic Drop mereka dengan percuma!

Kira Free NFT drop la, cuma kena bayar gas fee untuk minting je once terpilih. Power!

8. Mc Donalds

McD adalah jenama yang paling berpengaruh di dunia - no doubt about that.

Malah mereka adalah antara jenama besar yang terawal yang menggunakan teknologi blockchain seperti menerima bayaran kripto untuk jualan mereka.

November tahun lalu, McDonalds US telah melancarkan siri NFT pertama mereka sempena ulang tahun ke-40 hidangan McRib.

Utk koleksi ini, ia mempunyai 10 NFT McRibs yg dipanggil MCNFT & cara ia untuk mendapat whitelist adalah dgn membuat ‘retweet’ kepada invitation brand tersebut.

Plan ini berjaya kerana ia telahpun mencapai lebih 100,000 quote Tweet pada awal tahun ini!

9. Burger King

Burger King juga telah menyertai dunia NFT dengan melancarkan inisiatif “Keep It Real Meals”.

Ia bersifat gamifications kerana inisiatif ini menerbitkan hampir 6 juta kod QR pada meal box mereka. Once QR code ini di scan, ia akan meng unlock digital collectible.

Digital collectibles ini jika dikumpulkan dengan cukup (macam main collect sticker buku tikam), ia akan dijadikan ‘ticket’ untuk memenangi pelbagai hadiah yang lebih istimewa.

10. Ray-Ban

Satu lagi brand besar yang menyertai hype NFT lebih awal adalah jenama kaca mata terkenal, Ray Ban.

Mereka telah melancarkan NFT pertama mereka seawal Oktober 2021, dengan memperkenalkan kaca mata ikonik brand berkenaan, Aviator.

Ia telah direka oleh Oliver Latta, artis 3D yang tersohor. NFT ini kemudiannya dilelong di OpenSea dengan keuntungannya disalurkan kepada Italian Art Trust sebagai derma.

Kira NFT ni dibuat untuk charity lah!

Selain dari 10 brand ini, masih banyak lagi brand besar dunia yang lain yang turut meneburi bidang NFT seperti Under Armor, Gucci, Ferrari & sebagainya.

Kegilaan NFT ini masih jauh dari menampakkan tanda ia akan berakhir. If ada masa, invest some time to learn about it, okay!

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling