HW Labs.io Profile picture
May 15, 2022 25 tweets 8 min read Read on X
Recently, makin banyak kompeni yang melancarkan NFT yang ada utiliti (kegunaan) mereka di Malaysia.

Selepas MyEG, minggu lepas KFC juga telah memperkenalkan koleksi NFT mereka sendiri di OpenSea.

Berikut adalah 10 jenama terbesar lain di dunia yang telah menyertai dunia NFT:
1. Adidas

Adidas Original mengumumkan siri NFT mereka pada akhir tahun lepas dengan kolaborasi bersama BAYC.

Pemilik NFT Adidas ini mempunyai akses untuk ‘virtual wearables’ Adidas untuk digunakan dalam dunia gaming, The Sandbox.
Latest news, awal tahun ini Prada juga berkerjasama dengan Adidas untuk melancarkan siri NFT mereka di rangkaian Polygon.

Adidas + Prada = 💥
2. Lamborghini

Awal tahun ini juga menyaksikan pembuat kenderaan mewah Itali, Lamborghini melancarkan NFT angkasa lepas mereka.

Kisahnya, Lamborghini telah menghantar sebahagian material carbon fibre mereka ke ISS (International Space Station) untuk diujikaji pada tahun 2019.
Jadi apabila material ini kembali ke bumi, ia dibahagikan kepada ‘space keys’ dengan nombor siri tersendiri.

Dan setiap space key ini mempunyai ‘kembar’nya tersendiri yang wujud dalam bentuk NFT.

Cool gila!
3. Coca-Cola

Pada Julai 2021, Coca-Cola telah mengeluarkan siri NFT mereka tersendiri sempena International Frendship Day.

Untuk first owner bagi siri NFT ini, mereka akan mendapat hadiah virtual seperti jaket yg boleh dipakai dlm dunia virtual realiti sperti Decentraland.
Lebih menarik, kesemua hasil keuntungan dari projek NFT ini disalurkan kepada badan Olimpik kurang upaya, Special Olympics International.

Antara hadiah menarik lain yang disediakan adalah peti sejuk ikonik ini yang memang wujud dalam dunia sebenar!
4. Nike

Seperti Adidas, Nike juga tidak ketinggalan dalam menyertai dunia NFT.

Sewaktu hype Adidas dan BAYC dalam pasaran NFT berlaku, Nike mengumumkan bahawa mereka telah membeli RTFKT Studios, syarikat yang menjual sneakers dalam bentuk NFT.
Biarpun masih tiada perkembangan terbaharu mengenai berita ini, jurucakap RTFKT berkata pemilikan tersebut merupakan peluang unik bagi jenama RTFKT membina komuniti mereka dengan menggunakan kekuatan dan kepakaran Nike.

Once keluar nanti, mesti laku punyalah!
5. Louis Vuitton

Jenama mewah Perancis ini tutut melancarkan NFT melalui in-game innovations dgn memperkenalkan 'Louis The Game' sempena ulang tahun ke 200.

Dalam game ini, anda boleh menyelami legasi fashion house ini dgn mengumpul lilin monogram utk naik ke level seterusnya.
Anda juga boleh customize character anda dengan pelbagai monogram print dan warna lain, sambil-sambil belajar sejarah jenama ini dengan mengumpul postcard dan memorabilia lain dalam game ini.

Siapa kaki game yang suka LV, kena try game ni!
6. Samsung

Pada awal tahun ini, Samsung mengumumkan bahawa line up TV 2022 mereka akan menyokong NFT.

Dalam satu kenyataan media, Samsung berkata, “Kerana demand NFT yang semakin tunggi, perlu ada jalan penyelesaian tentang cara orang melihat dan membeli NFT."
"Pada tahun 2022, Samsung akan memperkenalkan TV pertama di dunia yang mempunyai ciri NFT explorer dan penjulan NFT - supaya anda boleh mencari, membeli dan menayangkan NFT anda di dalam satu tempat, TV.”

Kira macam ada built in store untuk beli NFT, di TV. Tak perlu pakai PC!
Samsung juga berkata mereka akan membenarkan creators untuk berkongsikan ‘art’ NFT mereka kepda dunia dan membenarkan potential buyers untuk melihat NFT sebelum membelinya dengan menggunakan TV mereka.

Kira marketplace dalam TV la. Innovative!
7. Pepsi

Pada Disember 2021, Pepsi telah mengumumkan koleksi NFT mereka sendiri yang dinamakan Pepsi Mic Drop.

Mereka plan untuk generate 1,893 (tahun Pepsi ditubuhkan) dgn stail unique generative.

So, setiap NFT ini unik kerana ia dihasilkan melalui algoritma yang tersendiri.
Lagi best, konsumer mereka hanya perlu menyertai ‘waitlist’ mereka, dan jika sudah tersenarai, mereka akan mendapat peluang untuk ‘mint’ NFT Pepsi Mic Drop mereka dengan percuma!

Kira Free NFT drop la, cuma kena bayar gas fee untuk minting je once terpilih. Power!
8. Mc Donalds

McD adalah jenama yang paling berpengaruh di dunia - no doubt about that.

Malah mereka adalah antara jenama besar yang terawal yang menggunakan teknologi blockchain seperti menerima bayaran kripto untuk jualan mereka.
November tahun lalu, McDonalds US telah melancarkan siri NFT pertama mereka sempena ulang tahun ke-40 hidangan McRib.

Utk koleksi ini, ia mempunyai 10 NFT McRibs yg dipanggil MCNFT & cara ia untuk mendapat whitelist adalah dgn membuat ‘retweet’ kepada invitation brand tersebut.
Plan ini berjaya kerana ia telahpun mencapai lebih 100,000 quote Tweet pada awal tahun ini!

9. Burger King

Burger King juga telah menyertai dunia NFT dengan melancarkan inisiatif “Keep It Real Meals”.

Ia bersifat gamifications kerana inisiatif ini menerbitkan hampir 6 juta kod QR pada meal box mereka. Once QR code ini di scan, ia akan meng unlock digital collectible.
Digital collectibles ini jika dikumpulkan dengan cukup (macam main collect sticker buku tikam), ia akan dijadikan ‘ticket’ untuk memenangi pelbagai hadiah yang lebih istimewa.
10. Ray-Ban

Satu lagi brand besar yang menyertai hype NFT lebih awal adalah jenama kaca mata terkenal, Ray Ban.

Mereka telah melancarkan NFT pertama mereka seawal Oktober 2021, dengan memperkenalkan kaca mata ikonik brand berkenaan, Aviator.
Ia telah direka oleh Oliver Latta, artis 3D yang tersohor. NFT ini kemudiannya dilelong di OpenSea dengan keuntungannya disalurkan kepada Italian Art Trust sebagai derma.

Kira NFT ni dibuat untuk charity lah!
Selain dari 10 brand ini, masih banyak lagi brand besar dunia yang lain yang turut meneburi bidang NFT seperti Under Armor, Gucci, Ferrari & sebagainya.

Kegilaan NFT ini masih jauh dari menampakkan tanda ia akan berakhir. If ada masa, invest some time to learn about it, okay!

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with HW Labs.io

HW Labs.io Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @HWLabs_io

Jun 29, 2022
Banyak kali dengar orang cakap “recession is coming” dalam sebulan dua ni.

Tapi “recession” ni apa? Apa penyebab recession & macam mana dia boleh effect kita?

Jom belajar basic pasal recession ni & apa kita boleh prepare.
BAHAGIAN 1: Apa benda “Recession” ni?

Recession ni dalam bahasa Melayu dia adalah kegawatan ekonomi.

Teorinya, untuk sesebuah ekonomi menjadi kuat, dia kena crash bila dah stable sangat.
Atleast, itulah yg dicadangkan dalam model cycle ekonomi dunia;

recession -> early recovery -> late recovery -> early recession -> recession balik semula

Full cycle ni biasanya makan masa hampir 5 tahun. Tempoh recession ni boleh berlaku selama satu hingga satu tahun setengah.
Read 18 tweets
Jun 27, 2022
INFLASI: Siapa Untung, Siapa Rugi?

Bila cakap soal inflasi, kita selalu duduk side yang rugi je.

Sebenarnya, ada je orang yang ‘untung’ disebabkan inflation ni.

Jom kami explain siapa yang boleh untung dan camna nak position diri kita kat situ. Image
5 GOLONGAN YANG PALING RUGI SEBAB INFLASI

i. Penyimpan Wang Tunai

Disebabkan nilai matawang dan kuasa membeli mengecut akibat inflasi, maka siapa yang simpan banyak cash akan rugi.

Sebab akan berlaku susut nilai setiap hari. Sikit atau banyak sahaja.
ii. Pesara Yang Dapat Ada Pendapatan Tetap

Jika anda seorang pesara yang dapat pencen atau imbuhan pelaburan tetap tiap bulan, anda akan tersepit - sebab modal anda sama, tapi harga barang naik setiap tahun

Bayangkan korang di masa depan, pencen tetap, harga barang meroket.
Read 14 tweets
May 28, 2022
Bukan. Sungai Cheonggyecheon ni dah ada lama. Cuma, ia tertutup oleh pembinaan overpass (jalan bertingkat) sejak berdekad lamanya.

Biarpun projek ni mahal, tapi benefitnya juga banyak seperti mengelakkan traffic jam & banjir di Seoul.

Ini thread pendek mengenai projek ini.
Sungai Cheonggyecheon ni dah lama ada. Tapi tertutup dek overpass.

So, Cheonggyecheon Stream Restoration Project ni sebenarnya projek runtuhkan overpass ni & bukak balik sebahagian dari sungai yang tertutup ni (sepanjang 5.8km) untuk menaik taraf kehidupan bandar Seoul.
Projek ni menyasarkan baik
pulih ekologi dan peluang rekreasi bagi warga Seoul yang sebelum ini “lemas” dengan pembangunan bandar yang pesat.

Ia juga menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi Korea, selain menambah baik dari segi tanggung jawab sosial kepada rakyat.
Read 12 tweets
May 28, 2022
Macam mana 7 bandar utama dunia buat untuk setelkan masalah ‘traffic jam’ mereka?

Mungkin ada yang boleh kita belajar dari mereka.

Ini adalah thread. 🧵
1. Stockholm, Sweden: Electronic Road Pricing

Stockholm mengenakan bayaran khas bagi kenderaan yang masuk ke dalam bandar pada hari berkerja, dari jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang.

Kira macam siapa yang raji nak drive masuk bandar, kena bayar extra.
Pengecualian diberikan kepada bas, teksi, kenderaan eco-friendly, kenderaan kecemasan & kenderaan yang keluar masuk dari Pulau Lidingö yang terpencil.

Dalam 2 tahun pertama, 25% kenderaan berjaya dikurangkan berjumlah lebih 1,000,000 bilangan kenderaan sehari.

Big success.
Read 23 tweets
May 16, 2022
Manusia terkaya dunia, Elon Musk baru-baru ini telah berjumpa dengan Presiden Indonesia, Pak Jokowi untuk membincnagkan pelaburan Tesla di sana.

Apa sebenarnya yang Indonesia ada yang kita tak ada?

Ini adalah bebenang 🧵 5 sebab Elon pilih Indonesia dan bukan Malaysia. Image
Kenapa kita kena kisah?

Technically, Malaysia ni ibarat ‘abang long’ dalam bab pembuatan kereta sendiri di Asia Tenggara.

By right, kita adalah negara pertama yang Elon Musk refer sebab kita berpengalaman dalam bab buat kereta ni.

Tapi it doesn’t happen. Why?
1. Institut Automotif Yang Bermasalah

Badan automotif Malaysia, Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things (MAAri) terpalit rasuah.

CEO nya, Dato’ Madani Sahari telah dicekup oleh MACC setelah dikatakan menerima suapan bernilai RM14.9j utk geran projek bernilai RM85j. Image
Read 21 tweets
May 13, 2022
Kita selalu dengar orang cakap yang “Kalau nak kaya either berniaga atau pun melabur.”

Tapi bila melabur, rugi. Ada yang hilang segalanya sekelip mata.

Ada satu rule yang kalau ikut, iA akan selamat & tenang biarpun duit pelaburan kita rentung.

Ini adalah🧵ilmu kewangan.
2. Tambah-tambah bila tengok senarai Top 10 orang terkaya di Malaysia dan di dunia pun melabur. Kawan-kawan kita yang nampak hidup mewah pun ramai yang berniaga.

3. Jadi kita pun rasa nak meniaga. Tapi tak ada masa. So kita pilih untuk buat passive income dengan belajar melabur.
4. Ada yang melabur dalam stock. Ada yang melabur dalam emas. Ada yang melabur dalam ASB. Ada yang melabur dalam kripto.

5. Bagi kita, melabur ni sebenarnya kita “tanam” duit kita dalam instrumen kewangan yang berisiko, tapi at the end kita nak dapat hasil.
Read 19 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(