Ayman Rashdan Wong Profile picture
"Realist in an idealistic world"

May 17, 2022, 15 tweets

Di Johor Bahru ada banyak kubur lama dengan tulisan 㳉.

Perkataan ni tak wujud dalam Bahasa Cina tapi dihasilkan dgn buang karakter 主 ("tuan") drpd 清 (Qing).

Ramai orang Cina JB pada abad ke-19 adalah ahli Ngee Heng, cabang Tiandihui (天地會) yg anti-Qing.

#1Hari1TriviaKTC

Qing ialah kerajaan China yang didirikan oleh orang Manchu dari tahun 1644 hingga 1911.

Orang Manchu berasal dari utara China. Selepas kejatuhan kerajaan Ming (yang didirikan oleh orang Han) akibat pemberontakan dalaman, Manchu telah menguasai China dan mendirikan Qing.

Pada pandangan kebanyakan orang China (Han), Qing tidak mempunyai keabsahan untuk memerintah kerana Manchu dianggap sebagai kaum asing. Orang Han juga dizalimi dengan dipaksa untuk cukur rambut, simpan tocang dan tukar gaya pakaian.

Maka muncul pelbagai "secret society" yang anti-Qing seperti Tiandihui atau "Persatuan Langit dan Bumi" yang dikatakan diasaskan oleh Chen Jinnan (陳近南).

Tiandihui juga dikenali sebagai Hung Mun (洪門) dan menjadikan Fan Qing Fu Ming (反清復明) atau "Menggulingkan Qing, Mengembalikan Ming" sebagai perjuangan mereka.

Untuk melarikan diri daripada buruan kerajaan Qing, ramai ahli Hung Mun telah berhijrah ke Asia Tenggara (termasuk Tanah Melayu). Di Tanah Melayu mereka bergerak atas nama "kongsi" (公司) seperti Hai San (海山) Kongsi dan Ghee Hin (義興) Kongsi.

Untuk menjana pendapatan bagi support aktiviti, mereka juga terlibat dalam perniagaan yang haram di mata British, therefore diorang dipanggil "kongsi gelap".

Kongsi-kongsi ni juga fight sesama sendiri untuk rebut tanah dan bisnes, membawa kepada konflik seperti Penang Riot dan Perang Larut di Perak. Kata nak fight Manchu tapi last2 fight sesama sendiri.

Untuk mengelakkan perbalahan kongsi yang berlaku di Penang dan Perak, Kerajaan Johor pada abad ke-19 mengamalkan dasar "Ngee Heng Only", hanya membenarkan Ngee Heng iaitu cawangan Ghee Hin yang dianggotai oleh orang Teochew untuk bergiat di Johor.

Dengan itu perbalahan kongsi tak berlaku di Johor. Ngee Heng di Johor juga tak "segelap" kongsi gelap yang lain sebab sumber pendapatan utama mereka ialah perusahaan lada hitam dan gambir yang memberi sumbangan kepada pembangunan Johor.

Sebab tu nama Ngee Heng ada di merata Johor (Jalan Ngee Heng, Sekolah Ngee Heng), sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka. Namun Ngee Heng telah diharamkan selepas 1914 apabila British menguasai Johor.

Ramai ahli Ngee Heng masih tidak lupa perjuangan asal iaitu menggulingkan Qing dan mengembalikan Ming. Tulisan 㳉 di kubur mereka adalah sebagai tanda "tidak bertuankan Qing". Kubur ahli-ahli tertinggi Ngee Heng di JB juga dinamakan sebagai Ming Mu (明墓) atau "Makam Ming".

Qing digulingkan pada tahun 1912 oleh nasionalis Han yang dipimpin oleh Sun Yat-sen. Namun Ming tidak didirikan semula. Sebaliknya China diisytiharkan sebagai republik.

Dengan itu, banyak cabang Hung Mun di luar China telah hilang matlamat perjuangan dan menjadi bisnes underground ala Mafia semata-mata. Antaranya seperti Triad di Hong Kong yang berasal dari cabang Hung Mun bernama Sanhehui (三合會).

Kalau perasan, nama geng dalam cerita Young & Dangerous dipanggil Hung Hing (洪興) , yang sebenarnya diilhamkan oleh Hung Mun. Nama watak Chan Ho-Nam (陳浩南) juga dekat2 dengan Chan Kan-Nam iaitu Chen Jinnan dalam sebutan Kantonis.

Nak tau more, klik:

bit.ly/KTCAyman

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling