Ayman Rashdan Wong Profile picture
"Realist in an idealistic world"

May 22, 2022, 22 tweets

Sekilas pandang, ramai hanya akan anggap mereka ni sebagai wanita China/Cina biasa.

Mereka sebenarnya adalah keturunan orang Yahudi.

Ya, di China pun ada Yahudi. Mereka digelar sebagai "Kaifeng Jews" atau Yahudi Kaifeng (開封猶太人, Kaifeng Youtairen).

#1Hari1TriviaKTC

Kaifeng adalah bandar di wilayah Henan di China tengah. Di sini ada satu kejiranan sekitar 500 hingga 1,000 orang yang mendakwa diri sebagai keturunan orang Yahudi.

Rupa mereka ni tak nampak beza dengan orang China Han biasa. Nama pun nama gaya Han. Macam 5 wanita tadi nama mereka adalah Li Yuan, Yue Ting, Gao Yichen, Li Jing dan Li Chengjin. Tak nampak mana keYahudiannya.

Tapi ada rekod sejarah yang menunjukkan mereka ni sebenarnya orang Yahudi. Asal-usul Yahudi Kaifeng ni tak dapat dikenal pasti. Kemungkinan besar mereka adalah Yahudi Mizrahi (Yahudi Timur Tengah) yang pergi ke China ikut jalan yang dipakai oleh pedagang Parsi.

Apa yang pasti, mereka tiba di Kaifeng iaitu ibu kota China ketika zaman Song Utara (960-1127). Seperti Muslim Hui pada zaman Ming, Yahudi ini juga dibenarkan menetap di China, cuma perlu ikut adat dan gaya hidup orang China (Han).

Ramai Yahudi ni memilih Zhao (趙) sebagai nama keluarga mereka iaitu nama keluarga maharaja Song. Li (李) juga popular bagi menggantikan nama suku Levi. Selain itu ada Ai (艾), Zhang (張), Shi (石), Jin (金), Gao (高) dan banyak lagi.

Tapi jangan terus ingat semua orang Cina yang pakai nama2 keluarga adalah Yahudi. Nama2 ni dah lama wujud dalam masyarakat China. Plus, bilangan Yahudi Kaifeng ni di kemuncak pun hanya sekitar 5,000 orang sahaja.

Berbeza dengan Buddhis, Muslim dan Kristian, Yahudi ni tak minat untuk menyebarkan agama mereka, dan duduk dalam kelompok mereka saja. Orang Han ketika itu pun tak tau sangat mereka ni beragama apa.

Ramai anggap mereka ni sebagai Hui sebab sinagog (tempat beribadah Yahudi) mereka tak ada berhala dan berkiblatkan barat. Ramai orang Han panggil sinagog mereka sebagai "qingzhensi" (清真寺), yang juga merupakan panggilan bagi masjid.

Ada yang panggil mereka sebagai "Lan Mao Huihui" (藍帽回回) yang bermaksud "Hui bertopi biru", merujuk kepada kippah Yahudi yang kebanyakannya berwarna biru.

Ada yang panggil mereka sebagai penganut Tiaojinjiao (挑筋教) atau "Agama Cabut Urat" sebab orang Han perasan mereka ni akan cabut urat kaki lembu/kambing semasa penyembelihan.

Itu amalan kosher Yahudi bernama "nikkur". Urat tu dipanggil "gid hanasheh" (no. 32 dlm gambar).

Tak kira dipanggil apa, yang pasti Yahudi di Kaifeng ni menikmati hidup yang aman sejahtera, yang tak dapat mereka rasa di Eropah, di mana mereka berdepan dengan diskriminasi dan penindasan.

Bukan saja Yahudi di Kaifeng boleh mendirikan sinagog, mereka juga boleh mengambil bahagian dlm peperiksaan dan jadi pegawai kerajaan.

Identiti sesebuah kaum akan jadi kuat apabila mereka rasa terancam.Yahudi Eropah yang didiskriminasi akhirnya jadi esktremis, menubuhkan gerakan Zionisme. Manakala di China, Yahudi terlalu selesa sampai akhirnya mereka melupakan jati diri sbg Yahudi.

Apabila mubabligh Kristian tiba di China pada abad ke-19, mereka menemui Yahudi Kaifeng ni dan perasan ramai mereka dah tak reti baca Talmud, tak tau sembahyang cara Yahudi.

Rabbi terakhir Kaifeng meninggal dunia pada 1850an. Sinagog mereka pun dah hancur, tanahnya dijual.

Jadi ramai orang Barat menubuhkan NGO untuk bantu Yahudi ni kembali ke jati diri mereka, seperti David Abraham Brown (kanan sekali) dari US dlm gambar yang bertarikh tahun 1924 ni.

Tapi tak sempat mereka nak menYahudikan semula Yahudi Kaifeng ni, China dah bergolak. Mula2 Kuomintang (KMT) berperang dengan "warlords", pastu Jepun serang China, pastu KMT berperang dengan komunis. Last2 China jadi negara komunis bernama PRC pada 1949.

Kerajaan PRC tak iktiraf Yahudi Kaifeng sebagai etnik tersendiri dan hanya mendaftarkan mereka sebagai Han. Selepas PRC membuka pintunya pada tahun 1978, baru orang2 Barat kembali ke China untuk bantu Yahudi ni.

Di kalangan generasi muda Yahudi Kaifeng ni ada juga yang teringin nak berhijrah ke Israel selepas tahu asal-usul mereka.

Tapi ikut "Law of Return" rejim Israel, seseorang diiktiraf sbg Yahudi berdasarkan nasab ibu. Kalau ibu Yahudi baru dipanggil Yahudi.

Yahudi Kaifeng pula ikut nasab bapa macam orang Han, jadi mereka tak layak jadi Yahudi bawah Israel. Kalau tak diiktiraf sebagai Yahudi, mereka berhijrah ke Israel pun jadi second class citizen je.

Tapi mereka boleh "masuk Yahudi" dengan memeluk agama Yahudi. Itu yang dibuat oleh 5 wanita ini. Mereka berhijrah ke Israel pada 2016 dgn bantuan NGO Israel. Tapi mereka perlu ikuti kursus agama Orthodox Judaism dan lulus ujian sebelum diiktiraf sebagai warga Yahudi Israel.

Yahudi sebagai salah satu kaum yang paling susah diasimilasikan pun akhirnya diasimilasikan di China. Itu menunjukkan betapa kuatnya identiti tamadun Cina.

Nak tau more, beli & baca Kitab Tamadun Cina:

bit.ly/KTCAyman

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling