The Patriots Profile picture
The Patriots is a group of people from different walks of life, age, race and religion that comes together to form a community of peace and tolerance.

Jun 29, 2022, 22 tweets

"Tentera Terracotta – Pengawal Abadi Makam Qin Shi Huang."

Ini ialah salah satu calon 7 Keajaiban dunia. Tentera-tentera tanah liat yang memuatkan ratusan tentera di sebuah makam yang dipercayai menempatkan Maharaja Pertama China.

Maharaja Shi Huang di selain menyatukan seluruh China, baginda bertanggungjawab mengeluarkan standard mata wang, ukuran dan berat. Baginda juga bertanggungjawab membina versi pertama Tembok Besar China.

Antara peristiwa yang dianggap penting semasa era Shi Huang ialah peristiwa pembakaran buku dan pembunuhan filsuf-filsuf China (213-212 BC). Dalam peristiwa itu, 460 atau 700 orang cendekiawan mati dibunuh kerana ditanam hidup-hidup.

IKLAN: Kalau anda berminat dengan artikel peradaban China, kami nak cadangkan pembelian buku terbaru kami, KITAB TAMADUN CINA tulisan @AymanRashdanW yang sedang hangat best-selling di Shopee kami: - bit.ly/KitabTamadunCi…

Dan seperti digambarkan secara fiksyen dalam The Mummy: Tomb of the Emperor (2008), baginda juga amat obses dengan kehidupan bersifat abadi dan ini didorong oleh motivasi terlepas dari menjadi sasaran tiga cubaan pembunuhan.

Bukan seorang dua dihantar untuk mengkaji cecair yang memanjangkan hayat dan ada juga dihantar menyeberangi Laut Timur untuk mencari rahsia keabadian. Tetapi semua usaha itu berakhir dengan kegagalan dan Shi Huang memilih membina sebuah kompleks makam yang besar untuk dirinya.

Untuk menjayakan usaha ini, sebuah daerah baru dibuka dan 30,000 keluarga dipaksa berpindah ke wilayah kita kenali sebagai Shaanxi. Mereka diberi satu tugas: laksanakan pembinaan makam diraja terbesar yang pernah disaksikan dalam sejarah China

Kompleks makam baginda sebenarnya merupakan sebuah kompleks makam beberapa tingkat dengan keluasan 38 hingga 60 kilometer persegi. Buat masa ini, makam Shi Huang belum lagi diekskavasi tetapi dengan kehadiran tentera terracottanya, ia menjadikan sebagai makam terhebat di dunia.

Makam baginda yang sebenar merupakan sebuah piramid tiga tingkat dengan ketinggian 60 meter dan dikelilingi oleh dua tembok berganda.

Menurut legenda, Shi Huang turut menyimpan khazanah yang hebat dalam makamnya tetapi turut menyelitkan pelbagai jenis perangkap bagi sesiapa yang cuba menghampirinya.

Sima Qian mencatatkan dalam karya Shijinya, “Lebih 700,000 banduan dipaksa bekerja di situ. Mereka menggali tiga kolam, mengisinya dengan cecair perak dan memastikan makam terpelihara. Rumah-rumah, pegawai-pegawai, barangan berharga dan ganjil dipindah masuk ke dalamnya.

... Shi Huang turut mengarahkan golongan artisan menghasilkan busur silang yang boleh diaktifkan menerusi mekanisme tertentu di mana sesiapa yang melaluinya akan dipanah terus...

...Mereka turut menggunakan merkuri untuk menghasilkan sungai-sungai dan laut yang beredar secara mekanikal. Pada bahagian siling ialah objek-objek cakerawala manakala objek di lantai pula merujuk kepada mercu tanda tempatan.”

Lantai kompleks dengan model geografi dan alam semesta yang dicat simbolik dengan statusnya sebagai anak syurga dan wakil dewa-dewi di bumi. Menerusi catatannya, Qian mendapati gundik-gundik Shi Huang turut ditanam bersama maharaja berkenaan.

Bagi tentera terracotta pula, mereka seharusnya diletakkan dalam empat lubang tetapi hanya satu lubang saja yang diisi dengan tentera terracotta yang berukuran dua meter tinggi.

Ini berlaku berikutan makam berkenaan tidak dapat disiapkan selepas 40 tahun kemangkatan Shi Huang ditambah dengan gelombang ketidakstabilan politik yang melanda China antara 210 hingga 206 BC.

Berdasarkan rekod ekskavasi, mereka menemui 8,000 figura terracotta (7,000 tentera dan 800 kuda) dengan kebanyakannya dihasilkan secara besar-besaran dari tanah liat.

Walaupun dihasilkan secara besar-besaran, setiap tentera terracotta unik dari segi penampilan termasuk bentuk tubuh badan, bulu muka dan gaya ikatan rambut. Mereka dihasilkan mengikut pangkat masing-masing dari tentera infantri biasa hingga birokrat.

Selain diberi lapisan cat lakuer, tentera ini turut dicat dengan warna-warna cerah seperti merah, hijau dan kuning. Tentera-tentera terracotta ini turut dilengkapkan dengan senjata sebenar seperti pedang, anak panah, lembing dan tombak yang diperbuat daripada gangsa

Tetapi kebanyakan senjata berkenaan hilang sama ada dicuri atau digunakan dalam pemberontakan petani yang berlaku antara 210 hingga 206 BC.

Musuh-musuh Shi Huang juga turut mengambil kesempatan dengan menyerang makam berkenaan termasuk membakar dan merosakkan tentera terracotta serta merompak mana-mana khazanah yang boleh diambil.

Atas sebab itulah, sesetengah patung terracotta yang ditemui pakar arkeologi dalam keadaan tidak sempurna akibat kerosakan api, asap dan ditimbus tanah.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling