BERNAMA Profile picture
Agensi Berita Nasional Malaysia, sejak 1967 / The Malaysian National News Agency, since 1967 - SUMBER BERITA KEPERCAYAAN ANDA / YOUR TRUSTED NEWS SOURCE

Aug 30, 2022, 10 tweets

Perdana Menteri Datuk Seri @IsmailSabri60 hari ini berucap di majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII).

Bertema "Penjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia", majlis itu dihadiri 8,000 orang.

#KeluargaMalaysia
📸: Samantha Tan | BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri @IsmailSabri60 hari ini melancarkan buku Dasar-dasar Negara jilid tiga dan Keluarga Malaysia: Manfaat untuk Rakyat di majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII).

Terbitan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), buku itu bertujuan menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran rakyat mengenai konsep #KeluargaMalaysia.

📌PM Ismail Sabri yakin unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 5.3 hingga 6.3 peratus bagi 2022 mampu dicapai

📌Perkhidmatan awam perlu ambil kira keperluan dan aspirasi Keluarga Malaysia; permudah dasar, peraturan dan proses kerja - PM @IsmailSabri60

📌Pemerkasaan budaya 'intrapreneurship' dalam organisasi awam penting untuk penjawat awam kekal relevan - PM Ismail Sabri

📌Penjawat awam perlu buat tindakan cepat, tepat, berkesan dan penuhi harapan rakyat - PM

📌Kerajaan setuju naikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpul bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari - PM

📌Pelaksanaan perkhidmatan kerajaan secara End to End (E2E) iaitu melalui medium digital telah melepasi tahap 68 peratus - PM

📌Kerajaan setuju tambah kadar Cuti Rehat Khas lima hari untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat lebih 10 tahun - PM @IsmailSabri60

📌PM Ismail Sabri umum Kenaikan Gaji Tahunan tambahan khas RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga 56 mulai Januari 2023

📌Kemudahan cuti tanpa rekod penjawat awam diperluas, merangkumi kematian adik-beradik, nenek dan datuk - PM @IsmailSabri60

[BERITA] PM Ismail Sabri umum inisiatif baharu, berita gembira untuk penjawat awam

bernama.com/bm/news.php?id…

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling