BERNAMA Profile picture
Agensi Berita Nasional Malaysia, sejak 1967 / The Malaysian National News Agency, since 1967 - SUMBER BERITA KEPERCAYAAN ANDA / YOUR TRUSTED NEWS SOURCE

Dec 18, 2022, 5 tweets

#HuluTerengganu Seorang penduduk, Osman Ibrahim, 37, menyelamatkan seekor lembu peliharaannya ketika kawasan itu dinaiki air berikutan hujan lebat di Kampung Tengkawan hari ini.

📸Mohd Shafiq Ambak | BERNAMA

Penduduk beberapa kawasan di Terengganu diminta bersiap siaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa bagi menghadapi kemungkinan #banjir.

Ia susulan kenaikan paras air sungai di beberapa kawasan di daerah Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu dalam laman media sosialnya memaklumkan, antara stesen mencatat aras air bahaya setakat jam 8 pagi tadi ialah Stesen Sungai Telemong di Kampung Sungai Ping dan Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu.

Insiden #banjir lumpur berlaku di KM393 (arah selatan) antara laluan Ajil ke Bukit Besi, Terengganu.

Laluan kontra telah diaktifkan pihak LPT2.

Bagi pengguna jalan raya, sila rancang perjalanan agar anda selamat tiba ke destinasi yang dituju.

📹 Awam

#Banjir
Penduduk dari Kampung Chawas, Tanah Merah, Kelantan mengemas rumah masing-masing selepas dinaiki air & memindahkan harta benda mereka ke tempat lebih selamat berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

📸 Azli Shafii/BERNAMA

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling