Zamir Mohyedin Profile picture
Physicist | Solid-state physics, quantum chemistry, radiation physics | TEDx Speaker | Columnist | Author (latest: GENESIS II) | 📩: zamirmohyedin@gmail.com

Apr 17, 2023, 9 tweets

Mungkin ramai tak tahu banyak tumbuhan & buah kita makan hari ini sebenarnya tak tumbuh secara semula jadi atau tumbuh secara liar tetapi tumbuh secara kacukan atau secara pembenihan terpilih (selective breeding) yang dibuat oleh leluhur kita sejak 12,000 tahun lalu.

#UntaianZM

Ambil contoh sayur kubis. Kubis liar (brassica oleracea) merupakan antara kubis yang tumbuh secara semulajadi. Ia banyak didapati di Britain, Perancis dan negara-negara Mediterranean. asyarakat Yunani purba dulu nak dapatkan kubis yang lebat daunnya.

Jadi, mereka cuma tanam kubis liar yang lebat daunnya. Jadi, kubis liar yang daunnya tidak lebat tidak akan ditanam. Proses ini berterusan sehingga beberapa generasi sehinggakan mereka berjaya menumbuhkan kubis daun (kale) yang kita makan di zaman moden ini.

Ada petani yang memilih dan menanam kubis liar yang lebat bunganya sahaja sehingga beberapa generasi melahirkan kubis bunga (cauliflower) dan brokoli. Kacukan dibuat untuk dapatkan kailan.

Semua kubis-kubis ini sebenarnya tergolong dalam spesis yang sama iaitu Brassica oleracea tetapi ada kualiti-kualiti tertentu seperti bunga, daun ataupun batang dipilih oleh petani sehingga melahirkan pelbagai jenis kubis.

Tembikai, pisang, terung, jagung, lobak dan banyak lagi sayur dan buah yang kita makan hari ini sangat berbeza dengan spesisnya yang liar supaya kita dapat buah/sayur yang lebih berkualiti, lebih manis isinya, lebih banyak isinya, lebih lebat dan sebagainya. Ini contoh tembikai.

Ini contoh jagung. Jagung dulu kecil, tak banyak isi dan kering. Selepas lakukan pembenihan terpilih, dapatlah jagung moden yang kita makan pada hari ini, lebih besar, banyak isi, lebih berjus dan senang tumbuh.

Ini pula lobak merah. Jadi kering kurus, terus jadi lebih besar dan berisi.

Ini pula pisang. Jauh beza pesang dulu dengan pisang moden. Tanpa pembenihan terpilih, kita tak dapat pisang yang sedap hari ini.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling