FWB et cætera Profile picture
Because of glutinous rice, coconut milk perishes. Truth is sometimes stranger than fiction. Paid RT and business collabs.

May 12, 2023, 6 tweets

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digesa mengambil tindakan tegas ke atas seorang ustazah ‘terlampau’ yang menggesa para isteri menjadi pelacur kepada suami mereka demi keharmonian rumah tangga.

2. Ustazah Fatin Pauzi yang popular di kalangan pasangan suami isteri muda yang mahu berjinak-jinak dengan agama turut menggalakkan persetubuhan luar tabii seperti sodomi, bertukar suami/isteri dan majlis kenduri.

3. Ustazah Fatin turut berkongsi nasihat sebagai kaunselor perkahwinan di dalam group Telegram yang mempunyai 100,000 pengikut.

“Kalau suami sakit, pelir dia boleh pakai lagi, boleh stay kot. Kalau pelir dia dah tak boleh pakai, susah sikit,” kongsinya jujur.

4. Netizen mendakwa Ustazah Fatin sudah lama menjadi ‘Tok Guru’ kepada kultus seks Islamik yang diasaskannya dan beratus aduan telah dibuat kepada Facebook, Instagram dan TikTok agar akaun-akaun media sosialnya digantung, namun tidak membuahkan sebarang hasil.

5. Seorang pengguna Facebook berkongsi peristiwa di mana seorang suami sanggup meninggalkan isterinya yang sedang sakit kerana pasangannya itu tidak lagi mampu memuaskan kehendak batinnya, seperti yang disarankan oleh Ustazah Fatin.

6. Netizen turut menggesa agar pertubuhan hak asasi wanita seperti All Women’s Action Society serta Sisters In Islam membidas kenyataan Ustazah Fatin yang menganggap isteri ‘pelacur kepada suami’.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling