1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digesa mengambil tindakan tegas ke atas seorang ustazah ‘terlampau’ yang menggesa para isteri menjadi pelacur kepada suami mereka demi keharmonian rumah tangga.
2. Ustazah Fatin Pauzi yang popular di kalangan pasangan suami isteri muda yang mahu berjinak-jinak dengan agama turut menggalakkan persetubuhan luar tabii seperti sodomi, bertukar suami/isteri dan majlis kenduri.
3. Ustazah Fatin turut berkongsi nasihat sebagai kaunselor perkahwinan di dalam group Telegram yang mempunyai 100,000 pengikut.
“Kalau suami sakit, pelir dia boleh pakai lagi, boleh stay kot. Kalau pelir dia dah tak boleh pakai, susah sikit,” kongsinya jujur.
4. Netizen mendakwa Ustazah Fatin sudah lama menjadi ‘Tok Guru’ kepada kultus seks Islamik yang diasaskannya dan beratus aduan telah dibuat kepada Facebook, Instagram dan TikTok agar akaun-akaun media sosialnya digantung, namun tidak membuahkan sebarang hasil.
5. Seorang pengguna Facebook berkongsi peristiwa di mana seorang suami sanggup meninggalkan isterinya yang sedang sakit kerana pasangannya itu tidak lagi mampu memuaskan kehendak batinnya, seperti yang disarankan oleh Ustazah Fatin.
6. Netizen turut menggesa agar pertubuhan hak asasi wanita seperti All Women’s Action Society serta Sisters In Islam membidas kenyataan Ustazah Fatin yang menganggap isteri ‘pelacur kepada suami’.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
1. Kerabat diraja Pahang, Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, diheret ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau, Jun lalu.
Siapakah Tengku Eddie Akasya?
2. Eddie merupakan anakanda kepada Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Che Puan Muda Pahang Dato’ Sri Julita Aishah binti Abdul Latif, seorang bekas pramugari Singapore Airlines.
3. Hasil perkongsian hidup Tengku Muda Pahang dan Che Puan Muda Julita Aishah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata yang elok paras rupa serta baik budi bahasa:
-YM Tengku Ameera Asya
-YM Tengku Eddie Akasya
-YM Tengku Ahmad Firhan Shah
-YM Tengku Armaan Alam Shah
1. “Vivy ialah wajah syarikat. Saya lebih puas bekerja di belakang tabir kerana tidak selesa dengan publisiti meluas,” ujar Datuk Fadzarudin Shah bin Datuk Seri Anuar Abd Aziz, 36, kepada Tatler Malaysia pada 2017.
Benarkah Datuk Seri Anuar Abd Aziz seorang scammer?
2. Laporan media menamakan Anuar Abd Aziz, bapa mertua kepada Datin Vivy Sofinas Yusof, 37, sebagai ‘Geng Kaki Kencing’ yang pernah terlibat dalam pelbagai kes penipuan pelaburan dan pinjaman.
“Kalau bapak aku penyamun pun aku akan jadi low-profile,” komen Taty Erwan.
3. Keterlibatan Datuk Seri Anuar Abd Aziz —yang lebih mesra disapa Tuan Haji Anuar— dalam Global Peace Loving Family (GPLF) Ventures Square turut menerima pelbagai kecaman daripada mangsa:
-Raja penipu!
-Duit kami bila nak bagi balik?
-Tak halal rezeki dia dunia akhirat!
1. Gara-gara tidak berpuas hati dengan komen-komen pedas yang ditulis di Google Review, pemilik kedai makan Dondang Sayang Bunga Seafood Gang di Klebang, Melaka mengambil langkah drastik dengan serangan balas:
“Bawalah duit anda ke kedai lain. Rezeki kami bukan di tangan anda.”
2. Difahamkan, ramai pelanggan memberikan satu bintang kerana tidak berpuas hati dengan layanan kurang mesra para pekerja selain kualiti makanan serta harga yang mereka sifatkan ‘mengalahkan Israel’.
“Tak tahu pula orang Melaka dah pandai cekik darah,” tulis Mohamad Izuan.
3. “Boleh kot tukar nama kedai jadi Dondang Melingkup. Service haram. Pelayan hauk. Mahal mengalahkan Israel,” kritik Myssnia.
“Kami manusia, bukan mesin. Kami juga ada perasaan. Yang suka menjerit-jerit dan biadab pergi main jauh-jauh. You are not welcome!” balas pemiliknya.
1. Seorang pengguna Facebook bertindak menularkan sikap guru besar dan penolong kanan SK Bandar Sri Damansara (3) yang didakwa menganiaya pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut.
“Siapa kaki bodek cikgu, anak konfem dapat masuk pertandingan, jadi pengawas,” komen seorang ibu.
2. Difahamkan, Sumayyah Mohd Marzuki bertindak demikian kerana kesal tiada sebarang tindakan diambil walaupun aduan rasmi telah dibuat mengikut saluran yang disediakan menyebabkan masalah sama masih berulang saban tahun.
3. “Bukannya ibu bapa tak ikut saluran. Campur tangan PIBG, laporan SiSPAA dan PPD, tapi masih tak jalan.
“Cikgu-cikgu yang aktif bawa budak untuk pertandingan, dilapor seolah-olah tak penuhi KPI. Anak-anak tak digalakkan menyertai pertandingan, tak dibenarkan buat latihan.
1. Seorang suami mendedahkan kecurangan isterinya yang berketurunan Kelantan bersama rakan sekerja bergelar doktor ketika mereka sama-sama bertugas di Makkah anjuran Tabung Haji pada tahun lalu.
“Saya tak pernah rasa macam ni semenjak kahwin. I love you Aini,” tulis doktor itu.
2. Suami berinisial EH itu telah memuat naik banyak gambar di Facebook berserta bukti mesej perbualan isterinya, Aini bersama lelaki tersebut yang berstatus suami orang dan mempunyai seorang anak perempuan.
3. Menerusi tangkap layar mesej tersebut doktor berkenaan telah memulakan perbualan beberapa kali dengan bertanya apa yang sedang dilakukan wanita itu.
Mereka semakin selesa berbual sehinggalah pada penghujung Julai tahun lalu, doktor itu mengakui sudah jatuh cinta kepada Aini.
1. Isteri kepada kru pesawat MH370, Intan Maizura Othman, menyelar kebiadaban pelawak berketurunan Singapura, Jocelyn Chia kerana menggunakan tragedi itu sebagai modal komedinya.
“This is BABI. Bad Advertising Bad Influence,” tulisnya di Instagram.
2. “Anak saya, Muhammad, masih lagi menangis sehingga sekarang kerana kehilangan seorang papa,” luahnya.
Intan Maizura sedang hamil anak kedua ketika kehilangan suaminya, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan dalam tragedi sembilan tahun lalu.
3. “Tahukah kamu berapa ramai ibu yang masih meratapi kehilangan anak mereka sehingga kini? Sudah tentu kamu tak tahu kerana kamu tak ada empati. Atau mungkin juga kamu tak ada keluarga. Kalau ada keluarga pun, saya percaya mereka tentu malu melihat kebodohan kamu,” ujarnya.