Erdogan Dalam Bahaya Sekarang
Turkiye dah memilih. Tapi keputusan tak berpihak pada sesiapa. Saya nampak ramai agak keliru.
1. Erdogan tak menang? Kan leading?
2. Awat sampai dua Round?
3. Tapi kat parlimen, #Erdogan menang dah?
Tanpa buang masa, kita bincang terus. Jom! twitter.com/i/web/status/1…
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Kalau minat ulasan harian macam ni, jemput follow saya. Sehari saya buat 1-2 thread.
Sejak kebelakangan ni, geopolitik dan ekonomi memang kena betul dengan Turkiye. Sebab Turkiye tengah harungi krisis teruk.
Sebelum tu, saya nak bagitau #PBAKL2023 dah dekat. Korang tengok dulu poster saya tepekkan. Diskaun menarik!
Bagi yang tak dapat turun PBAKL, jangan risau. Link Shopee sentiasa ada. Korang boleh dapatkan Psychology of Money kat sini shope.ee/7KQzIK4fse
Sambung cerita.
Dah lima tahun rakyat Turkiye lalui inflasi perit, krisis hutang dan matawang menjunam. Terjadi akibat 1) defisit akaun semasa dan 2) dasar kewangan Erdogan yang anti-interest.
Tak faham term berat? Jangan risau. Ni thread Ahmad Faezal. Saya akan marhaenkan bagi SEMUA faham.
“Akaun semasa” dalam bahasa ekonomi bermaksud ‘rekod nilai import eksport’. Kalau kita import lebih dari eksport, tu defisit. Sebab keluar duit lagi banyak dari masuk. Kalau eksport lagi banyak dari import, tu surplus. Masuk duit lagi banyak dari keluar.
Kalau ikut statistik tahun lalu, Turkiye import sebanyak AS$364.4 bilion. Mostly dari China dan Jerman. Tapi Turkiye eksport hanya AS$254 bilion. Mostly Jerman, US dan UK. Israel pun ada.
Defisit besar tu. 254-364.4 = -AS$110.4 bilion. Kenapa banyak sangat? Turkiye memerlukan.
Populasinya besar. Erdogan juga urbanize Turkiye betul-betul. Jadi demand barangan dan perkhidmatan negara tak dapat tampung.
Kena import juga. Benda ni bawa masalah kat akaun semasa. Sebab ekonomi Turkiye agak rapuh. Terlalu bergantung pada sektor pembinaan.
Cakap pasal sektor pembinaan. Tiga benda terjadi:
1. Trumpism
2. COVID-19
3. Earthquake
Yang Trump tu simple jer isunya. Dia berperang perdagangan sampai harga besi dan aluminum naik mendadak. Sebelum ni US beli besi “Made in Turkey”. Trade war tu buat besi Turkiye mahal gila.
Trump juga ada buat sanction terhadap Turkiye sebab beli misil Rusia S-400. Biden naik tak batalkan sanction ni lagi. Sebab Erdogan tak setuju dengan demand Biden.
Jadi Turkiye harungi benda ni dan COVID-19 serentak. It was painful. Settle jer COVID, ingat boleh bernafas.
Sekali tengok kena gempa bumi yang dedahkan kelompangan industri pembinaan.
New York Times ada buat analisis yang sangat damning. Terpana betul tengok kualiti investigative journalism mereka terutamanya bab pendedahan guna interactive imagery.
Semua ni buku lima tangan kiri. Buku lima tangan kanan? Erdogan sendiri.
Dia masuk campur dalam ekonomi negara. Benar, dia presiden. Kuasa dia ada pada dasar ekonomi. Tapi dia tembus masuk dalam hal urusan Bank Negara.
Sebab dia nak perangi interest rate atas alasan ‘riba’.
Alamatnya, ekonomi Turkiye jadi teruk. Dari resilient terus jadi cacat. Semua ni main peranan sebab banyak economic indicator Turkiye tunjuk penurunan.
Maka pilihan raya kali ni culminate pada reaksi rakyat pada segala dasarnya. Dan kita nampak apa dah jadi.
Erdogan yang selalu menang mudah tiba-tiba tak menang pilihan raya. Kita kena pergi ke Round Two.
Sebab ramai undi Kemal Kilicdaroglu. Siapa Kemal ni? Dia ni ketua pembangkang sejak 2010 lagi. Dia represent parti Mustafa Kemal Ataturk (CHP).
Otak dia boleh tahan power.
Dalam ‘perang politik’, ada banyak strategi tau. Salah satu trategi adalah “big-tent”. Nak buat dasar politik ni susah.
Kena ada seorang pemimpin yang serba mampu. Sebab “big tent” ni bagaikan khemah besar mengumpulkan segala gabungan parti tak kira ideologi.
Mudah kata:
“Big tent” adalah muafakat antara gabungan-gabungan besar. Ambil contoh. Dulu Franklin D. Roosevelt buat satu muafakat menggabungkan kesatuan kerja, pengundi pekerja, para petani, golongan liberal, puak konservatif selatan, African Americans, pengundi bandar dan imigran.
Bayangkan sebuah kuah yang semua rempah masuk. Nak bagi sedap tu bukan senang.
Kemal buat benda tu. Dan kuahnya? National Alliance, yang menggabungkan parti Ataturk (CHP) dengan IYI, DEVA, GP, SAADET dan DP.
Memang pro-Ataturk betul. Erdogan buat Big Tent PEOPLE.
Dua Big Tents ni bertemu tahun 2019. PEOPLE menang... tapi kalau semua pembangkang bergabung, mereka akan kalah.
Situ kita nampak first concern. Rakyat makin tolak Erdogan. Malah CHP destroyed parti Erdogan kat Istanbul.
Untuk Istanbul, Erdogan letak giant. Binali Yildirim.
Boleh pula dia kalah pada tangan Ekrem Imamoglu. Dua kali kalah. Second tu kalah teruk ditinggal 800,000 undi.
Erdogan juga kalah kat Ankara dan Izmir. Benda sama berulang 2023 ni.
Erdogan kalah kat Istanbul, Ankara, Izmir dan Adana. Tapi menariknya, menang kat Gaziantep.
Namun Erdogan tak capai 50% undi popular. Asalnya leading 60%. Tapi bila undi dikira habis, Erdogan capai 49.23% jer. Kemal dapat 45.05%. Dan pembangkang kedua iaitu Sinan Ogan dapat 5.3%. Pembangkang keempat Muharrem Ince dapat 0.42%.
Ini masalah sebenarnya.
Sebab Ince dah tarik diri asalnya sokong Kemal. Jadi saya buat head-to-head gini:
Erdogan: 49.23
Kemal: 45.47 (campur Ince)
Ogan: 5.3
Round Two akan letak Erdogan lawan Kemal. Sebab ni biggest two. Ogan tersingkir... tapi 5.3% tu ramai tau. Siapa kalangan pengundi Ogan?
Pada tahun 2011, Ogan masuk politik jadi ahli parlimen. Dia mewakili Nationalist Movement Party (MHP). Mereka ni geng far-right yang Islamist.
MHP ni diasas tahun 1969 sebab CHP katanya dah lari dari perjuangan Ataturk. Tapi sejak 2007 ni, MHP banyak bantu Erdogan.
Akibat terlalu rapat dengan Erdogan, ramai dalam kalangan MHP ni menentang. Mereka ni disingkir atau dibuang. Salah seorang yang dibuang? Yup.
Sinan Ogan. Dibuang pada 2017. Sejak tu, Ogan ni dah tak masuk mana-mana parti politik. Dia bertanding ni pun atas tiket bebas......
Cuma kat belakang dia ada perikatan Ancestral Alliance (ATA). Rata-ratanya dalam kalangan ATA ni adalah geng Turkish nationalism dan Ataturkism.
Korang nampak 5.3% pengundi ni siapa?
Maka rundown balik:
Erdogan: 49.23
Kemal: 45.47 + 5.3 (campur Ogan).
Siapa majoriti?
The ball is in Ogan’s court now. Dia kingmaker. Dia akan kempen sokong siapa nanti?
Up in the air.
Oleh kerana tiada 50% majority, Turkiye akan buat Round Two pada 28 Mei. Pemenang tu akan jadi Presiden Turkiye.
As for parliament pula, tu tak menentukan jawatan presiden.
Turkiye guna sistem demokrasi berpresiden. Jawatan Presiden tu gabungkan jawatan Agong dan Perdana Menteri. Single executive position.
Manakala parlimen pula pegang legislative. Dua cabang kuasa tak sama. Penguasa legislative tak kuasai executive.
Saya kumpulkan semua thread kat Telegram Channel saya: t.me/ahmadfaezalpen…
Jemput subscribe.
Kalau korang nak saya ulas apa-apa, PM saya terus. Saya buat percuma jer.
Dan kalau nak sokong penulisan percuma saya, jemput beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA. Murah jer kat Shopee. Kalau taknak beli kat Shopee, boleh PM saya juga. Mana-mana pun boleh.
Link: shope.ee/5fIXSr85TM
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.