Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Nixon Shock
Amerika belum capai kata sepakat pasal had hutang. Ni masa nak bincang Nixon Shock. Presiden Nixon tiba-tiba bekukan gaji rakyat selama 90 hari.
Dah tu dia berhenti tambat USD pada emas... buat sementara waktu. Tapi lain jadinya. twitter.com/i/web/status/1…
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread nak kongsi ilmu. Saya cuba mudahkan apa yang rumit.
Jadi kalau minat bab-bab ni, jemput follow saya.
Pertama sekali, saya rasa ramai suka sistem ‘tambat matawang pada emas’.
Sistem ni adalah ‘gold standard’. Bukan benda yang baru. Dulu kala, memang betul kita berdagang guna emas dan perak fizikal.
Tapi saban zaman, benda ni tak boleh sustain. Jadi dunia beralih ke duit kertas. Cuma setiap negara pastikan jumlah duit mereka ada ditambat pada emas.
Macam mana tu? Okay. Katakanlah total up semua duit dalam ekonomi ada AS$100 bilion.
Ni termasuk segala benda: cash, simpanan bank peribadi, time deposit, large depost, T-bill — apa-apa benda diisytihar ‘duit’ la.
Dalam sistem gold standard, ekonomi tu wajib ada emas—
Harini #PBAKL2023 dah mula! Buku-buku saya ada kat reruai The Patriots. Ya. Langkah Sheraton pun ada.
Korang semua dijemput ramaikan reruai The Patriots. Dan mana-mana yang tak dapat turun sana, jangan risau... Shopee masih ada: shope.ee/4AUqcOWdAu
—yang cukup untuk match nilai $100 bilion tu. Harga emas sekarang adalah $62,456/kg. Kita anggap $62,000/kg jer. Senang.
100 bilion bahagi 62,000 = 1,612.9 tan emas. Wajib ada nak jaga money supply tu.
Kalau lebih? Ekonomi tu boleh buat tiga benda selalunya:
1. Kembangkan money supply. Kira inject duit baru dalam ekonomi nak stimulate.
2. Naikkan harga emas. Ingat ni. Penting sebab akan jadi senjata.
3. Simpan buat rizab nak defend ekonomi kalau ditimpa krisis.
Apa korang faham dari tiga ni? Negara paling banyak emas kawal dunia.
Flaw gold standard ni kita nampak dengan jelas apabila dunia terkena Great Depression. Lepas Wall Street crash tahun 1929, semua negara macam tak boleh nak keluar langsung dari krisis ni.
Sebab kerajaan tak boleh nak cetak duit baru untuk stimulate ekonomi. Kena ada emas.
Emas kan terhad. Tak boleh nak match dengan money supply baru kalau cetak.
Dah tu ekonomi tengah menguncup. Orang tak mampu nak spend. Ni menyebabkan duit ‘tak mengalir’ dalam ekonomi.
Somewhere kat ekonomi tu, duit ‘stop’. Ni menyebabkan deflasi (harga turun).
Apabila Franklin D. Roosevelt naik jadi presiden, dia nak kembangkan money supply. Dia kata, “anggap duit lebih tu macam hutang. Nanti aku bayar.”
“Bila?”
“Tak tau. Selagi ekonomi tak pulih, aku takkan bayar.”
Luaskan money supply. Rakyat dapat duit. Ekonomi mula pulih.
So, ni langkah pertama US keluar gold standard. Langkah pertama ya. Lepas Perang Dunia Kedua pula, Amerika ‘sedar’ amanah mereka nak jaga dunia. Ya, saya faham.
Kembang tekak sikit bila baca. Lagi kembang bila tulis. Tapi anggap tu macam asas geopolitik.
Sebab pada 1 Julai 1944, seramai 730 wakil daripad 44 negara Allied turun kat Mount Washington Hotel nak bincang buat sistem kewangan pasca-WW2. Soviet pun ada masa tu.
Mereka bincang punya bincang. Dan semua setuju (kecuali Soviet) nak buat Bretton Woods System.
Bawah sistem ni, semua negara setuju nak tambat matawang mereka pada USD. Manakala USD pula ditambat pada emas. Fixed rate $35/ounce (31.1 gram).
Jadi matawang-matawang dunia masih ditambat pada emas... tapi melalui USD. Orangtengahisme. Sebab apa semua nak gini?
Sebab US ada rizab emas banyak masa tu. Mereka serba mampu nak maintain dan sustain. Tapi secara jangka panjang, ni idea gila.
Memang betul pasaran antarabangsa sangat stabil untuk Eropah bangun balik. Cuma once Eropah dah bangun balik, apa jadi?
US mula dalam tekanan.
Benda ni start sekitar 1960-an masa Eropah dah okay. Tiba-tiba US pula tengah tanggung inflasi kronik. Akaun perdagangan pula defisit. Import lagi banyak dari eksport.
Dah tu Amerika pula pergi berperang kat Vietnam. Dan Lyndon B. Johnson rancakkan program Great Society.
Idea Great Society ni sangat bercita-cita. Hapuskan kemiskinan secara total. Mantapkan pendidikan dan kualiti hospital. Macam mana nak maintain benda ni... sambil tanggung belanja perang di Vietnam?
In short: Amerika ni baik kalau tak berapa mampu. Asal mampu jer buat onar—
—kat negara orang. Mereka perang kat Vietnam. Perang kat Iraq (2003). Needless wars.
Masa ni negara-negara Eropah terutamanya mula rebut emas. Jadi Amerika kena buat tiga benda:
· Perang
· Great Society
· Bersaing dapat emas.
Troubling times. Sebab tu inflasi melambung.
Masuk tahun 1968, rakyat Amerika dah meluat. Johnson tahu benda ni. Dia tak bertanding. Hubert Humphrey wakili Democratic. Election jer, kena bantai. Richard Nixon menang pilihan raya... mewarisi bala ekonomi ni.
Jadi fikir punya fikir, Nixon buat keputusan unlink USD dari emas.
Dia cakap, “closing the gold window” dengan cara:
1. Tak bagi sebarang pertukaran USD jadi emas.
2. Letak 10% duty terhadap semua import. Support local American products.
3. Bekukan gaji dan harga nak kawal inflasi.
Niat nak stabilkan USD dan kurangkan import.
Korang bayangkan betapa Nixon punya gila bekukan gaji selama 90 hari. Tiga bulan tak dibayar gaji.
Ni langkah paling luas (dan terakhir) nak keluar daripada gold standard. Dan tu yang jadi sebenarnya. Bretton Woods System dihapuskan secara tak sengaja.
Akibatnya, ekonomi US berhenti terus. Memang tu yang Nixon nak. USD susut -33%. Nixon sangka senang jer. Ikut teori patutnya mudah.
Tapi sekali tengok, pengeluar daging lembu tak sembelih. Penternak pula lemaskan ayam. Makanan tak sampai kat supermarket.
Ramai juga bengang dengan Nixon. Sebab dia guna gaya imperialistik. Bagi Nixon, matlamat menghalalkan cara. Dia nak buat satu jer: free-floating USD.
Biar USD survive tanpa emas. Ekonomi US cukup gagah kalau dapat dibetulkan balik. Dan memang tu terjadi.
Lepas gaji distruktur balik, ekonomi restart dan mereka buat Smithsonian Agreement gantikan Bretton Woods completely.
Apa yang terjadi ni kita kena faham... gold standard dihentikan terus. Nixon plan sementara jer. Tapi dia sangat suka tengok USD berdiri di atas kaki sendiri.
Dah tu presiden susulan (dan negara lain) juga nampak lagi relevan biar matawang berdiri atas kaki sendiri.
Jadi sejak 1973 tu, sistem Fiat dibina... dan emas diguna nak buat rizab utama jer. Tak terlibat dah dalam sistem kewangan harian.
Walaupun kena sekatan minyak, Amerika masih boleh hidup. Maka jadilah macam sistem harini. Semua negara bersetuju lagi relevan biar ekonomi Fiat.
Money supply harini pun dah kembang tinggi... jauh meninggalkan stok emas. Spend lebih nak stimulate ekonomi. Biar fiscal deficit.
Negara membangun balik... sesuatu yang susah bawah gold standard.
Benda ni instrumental kat Amerika. Maintain fiscal deficit yang sedap. Jentera ekonomi mengaum. Rakyat hidup senang. Kerajaan pun senang... terlalu senang sampai boleh cari gaduh dengan negara lain. Hauk betul.
Saya buka ‘suggestion box’ kot korang nak saya ulas apa-apa. PM jer. Saya buat dengan percuma. Kalau ada nak sokong penulisan percuma saya, jemput beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA.
Saya jual kat Shopee: shope.ee/5fIXSr85TM
Kalau korang nak baca thread-thread lama saya, jemput subscribe Telegram Channel saya.
Situ juga ada Exclusive Content yang tak naik kat sini.
Link: t.me/ahmadfaezalpen…
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.