Ahmad Faezal Profile picture
May 25, 2023 28 tweets 10 min read Read on X
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Nixon Shock

Amerika belum capai kata sepakat pasal had hutang. Ni masa nak bincang Nixon Shock. Presiden Nixon tiba-tiba bekukan gaji rakyat selama 90 hari.

Dah tu dia berhenti tambat USD pada emas... buat sementara waktu. Tapi lain jadinya. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread nak kongsi ilmu. Saya cuba mudahkan apa yang rumit.

Jadi kalau minat bab-bab ni, jemput follow saya.

Pertama sekali, saya rasa ramai suka sistem ‘tambat matawang pada emas’. Image
Sistem ni adalah ‘gold standard’. Bukan benda yang baru. Dulu kala, memang betul kita berdagang guna emas dan perak fizikal.

Tapi saban zaman, benda ni tak boleh sustain. Jadi dunia beralih ke duit kertas. Cuma setiap negara pastikan jumlah duit mereka ada ditambat pada emas. Image
Macam mana tu? Okay. Katakanlah total up semua duit dalam ekonomi ada AS$100 bilion.

Ni termasuk segala benda: cash, simpanan bank peribadi, time deposit, large depost, T-bill — apa-apa benda diisytihar ‘duit’ la.

Dalam sistem gold standard, ekonomi tu wajib ada emas—
Harini #PBAKL2023 dah mula! Buku-buku saya ada kat reruai The Patriots. Ya. Langkah Sheraton pun ada.

Korang semua dijemput ramaikan reruai The Patriots. Dan mana-mana yang tak dapat turun sana, jangan risau... Shopee masih ada: shope.ee/4AUqcOWdAu ImageImageImage
—yang cukup untuk match nilai $100 bilion tu. Harga emas sekarang adalah $62,456/kg. Kita anggap $62,000/kg jer. Senang.

100 bilion bahagi 62,000 = 1,612.9 tan emas. Wajib ada nak jaga money supply tu.

Kalau lebih? Ekonomi tu boleh buat tiga benda selalunya: Image
1. Kembangkan money supply. Kira inject duit baru dalam ekonomi nak stimulate.

2. Naikkan harga emas. Ingat ni. Penting sebab akan jadi senjata.

3. Simpan buat rizab nak defend ekonomi kalau ditimpa krisis.

Apa korang faham dari tiga ni? Negara paling banyak emas kawal dunia.
Flaw gold standard ni kita nampak dengan jelas apabila dunia terkena Great Depression. Lepas Wall Street crash tahun 1929, semua negara macam tak boleh nak keluar langsung dari krisis ni.

Sebab kerajaan tak boleh nak cetak duit baru untuk stimulate ekonomi. Kena ada emas. Image
Emas kan terhad. Tak boleh nak match dengan money supply baru kalau cetak.

Dah tu ekonomi tengah menguncup. Orang tak mampu nak spend. Ni menyebabkan duit ‘tak mengalir’ dalam ekonomi.

Somewhere kat ekonomi tu, duit ‘stop’. Ni menyebabkan deflasi (harga turun).
Apabila Franklin D. Roosevelt naik jadi presiden, dia nak kembangkan money supply. Dia kata, “anggap duit lebih tu macam hutang. Nanti aku bayar.”

“Bila?”

“Tak tau. Selagi ekonomi tak pulih, aku takkan bayar.”

Luaskan money supply. Rakyat dapat duit. Ekonomi mula pulih. Image
So, ni langkah pertama US keluar gold standard. Langkah pertama ya. Lepas Perang Dunia Kedua pula, Amerika ‘sedar’ amanah mereka nak jaga dunia. Ya, saya faham.

Kembang tekak sikit bila baca. Lagi kembang bila tulis. Tapi anggap tu macam asas geopolitik.
Sebab pada 1 Julai 1944, seramai 730 wakil daripad 44 negara Allied turun kat Mount Washington Hotel nak bincang buat sistem kewangan pasca-WW2. Soviet pun ada masa tu.

Mereka bincang punya bincang. Dan semua setuju (kecuali Soviet) nak buat Bretton Woods System. Image
Bawah sistem ni, semua negara setuju nak tambat matawang mereka pada USD. Manakala USD pula ditambat pada emas. Fixed rate $35/ounce (31.1 gram).

Jadi matawang-matawang dunia masih ditambat pada emas... tapi melalui USD. Orangtengahisme. Sebab apa semua nak gini?
Sebab US ada rizab emas banyak masa tu. Mereka serba mampu nak maintain dan sustain. Tapi secara jangka panjang, ni idea gila.

Memang betul pasaran antarabangsa sangat stabil untuk Eropah bangun balik. Cuma once Eropah dah bangun balik, apa jadi?

US mula dalam tekanan. Image
Benda ni start sekitar 1960-an masa Eropah dah okay. Tiba-tiba US pula tengah tanggung inflasi kronik. Akaun perdagangan pula defisit. Import lagi banyak dari eksport.

Dah tu Amerika pula pergi berperang kat Vietnam. Dan Lyndon B. Johnson rancakkan program Great Society. Image
Idea Great Society ni sangat bercita-cita. Hapuskan kemiskinan secara total. Mantapkan pendidikan dan kualiti hospital. Macam mana nak maintain benda ni... sambil tanggung belanja perang di Vietnam?

In short: Amerika ni baik kalau tak berapa mampu. Asal mampu jer buat onar— Image
—kat negara orang. Mereka perang kat Vietnam. Perang kat Iraq (2003). Needless wars.

Masa ni negara-negara Eropah terutamanya mula rebut emas. Jadi Amerika kena buat tiga benda:

· Perang
· Great Society
· Bersaing dapat emas.

Troubling times. Sebab tu inflasi melambung. Image
Masuk tahun 1968, rakyat Amerika dah meluat. Johnson tahu benda ni. Dia tak bertanding. Hubert Humphrey wakili Democratic. Election jer, kena bantai. Richard Nixon menang pilihan raya... mewarisi bala ekonomi ni.

Jadi fikir punya fikir, Nixon buat keputusan unlink USD dari emas. Image
Dia cakap, “closing the gold window” dengan cara:

1. Tak bagi sebarang pertukaran USD jadi emas.

2. Letak 10% duty terhadap semua import. Support local American products.

3. Bekukan gaji dan harga nak kawal inflasi.
Niat nak stabilkan USD dan kurangkan import. Image
Korang bayangkan betapa Nixon punya gila bekukan gaji selama 90 hari. Tiga bulan tak dibayar gaji.

Ni langkah paling luas (dan terakhir) nak keluar daripada gold standard. Dan tu yang jadi sebenarnya. Bretton Woods System dihapuskan secara tak sengaja. Image
Akibatnya, ekonomi US berhenti terus. Memang tu yang Nixon nak. USD susut -33%. Nixon sangka senang jer. Ikut teori patutnya mudah.

Tapi sekali tengok, pengeluar daging lembu tak sembelih. Penternak pula lemaskan ayam. Makanan tak sampai kat supermarket. Image
Ramai juga bengang dengan Nixon. Sebab dia guna gaya imperialistik. Bagi Nixon, matlamat menghalalkan cara. Dia nak buat satu jer: free-floating USD.

Biar USD survive tanpa emas. Ekonomi US cukup gagah kalau dapat dibetulkan balik. Dan memang tu terjadi. Image
Lepas gaji distruktur balik, ekonomi restart dan mereka buat Smithsonian Agreement gantikan Bretton Woods completely.

Apa yang terjadi ni kita kena faham... gold standard dihentikan terus. Nixon plan sementara jer. Tapi dia sangat suka tengok USD berdiri di atas kaki sendiri. Image
Dah tu presiden susulan (dan negara lain) juga nampak lagi relevan biar matawang berdiri atas kaki sendiri.

Jadi sejak 1973 tu, sistem Fiat dibina... dan emas diguna nak buat rizab utama jer. Tak terlibat dah dalam sistem kewangan harian.
Walaupun kena sekatan minyak, Amerika masih boleh hidup. Maka jadilah macam sistem harini. Semua negara bersetuju lagi relevan biar ekonomi Fiat.

Money supply harini pun dah kembang tinggi... jauh meninggalkan stok emas. Spend lebih nak stimulate ekonomi. Biar fiscal deficit. Image
Negara membangun balik... sesuatu yang susah bawah gold standard.

Benda ni instrumental kat Amerika. Maintain fiscal deficit yang sedap. Jentera ekonomi mengaum. Rakyat hidup senang. Kerajaan pun senang... terlalu senang sampai boleh cari gaduh dengan negara lain. Hauk betul.
Saya buka ‘suggestion box’ kot korang nak saya ulas apa-apa. PM jer. Saya buat dengan percuma. Kalau ada nak sokong penulisan percuma saya, jemput beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA.

Saya jual kat Shopee: shope.ee/5fIXSr85TM Image
Kalau korang nak baca thread-thread lama saya, jemput subscribe Telegram Channel saya.

Situ juga ada Exclusive Content yang tak naik kat sini.

Link: t.me/ahmadfaezalpen…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Faezal

Ahmad Faezal Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AhmadFaezal4

May 21
“ICC Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Netanyahu?”

Dah kecoh habis pasal ni tapi ramai terlepas pandang implikasinya. Serius. Implikasinya sangat besar, kalau kita baca betul-betul teks permohonan waran. Tapi sebelum tu, kita faham dulu apa beza ICC dan ICJ.Image
ICC adalah International Criminal Court yang mendakwa individu. ICJ pula adalah International Court of Justice. Kalau ada pertikaian antara-negara, memang ICJ lah medannya.

Dan ICC ni serupa mahkamah biasa. Ada hakim, pendakwa raya dan peguam bela sepanjang proses kes. Image
Pada 20 Mei, pendakwa raya Karim Khan umum pasal permohonan waran tangkap. Dua orang kat belakang tu saya tak tahu apa masalah.

Khan nak ICC tangkap Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) dan juga Yoav Gallant (Menteri Pertahanan Israel). Tapi permohonan tak stop kat situ!Image
Read 21 tweets
May 11
“Hipokrasi Di Sebalik No Palm Oil”

Sekarang tengah hangat isu “no palm oil” sebab hari tu ada sebuah kedai runcit diserbu. Dalam serbuan tu pula, pihak berkuasa jumpa aiskrim yang ada label, “no palm oil”. Jadi apa lagi, kena rampaslah. Sini semua peniaga kena take note.Image
First thing first, kenapa kena rampas? Kita faham isu ni terus lah. Sekarang Barat terutamanya yang haluan kiri tu tengah bergiat pasal hal alam sekitar. Cara mereka simple tapi sangat berbisa: “cari satu elemen negatif dan kaitkannya dengan industri sedia ada.”Image
Sebelum sambung pasal industri tu, saya nak jumpa korang semua. Poster bawah adalah event saya hadir masa PBAKL nanti. Jemput ramaikan dan ya, ada sesi talk juga sempena pelancaran buku.
Image
Image
Read 14 tweets
Jan 17
Iran Dah Masuk Berperang?

Iran dah flex sekarang ni. Nak faham apa jadi, kita mula pada 16 Januari dulu. Tarikh tu, Iran lancarkan misil yang kena tepat pada sasaran. Habis hancur bersepai sasaran mereka sampai boleh claim operasi berjaya.Image
Sekarang soalan besar: siapa sasaran Iran? Cuba teka. Israel? Nope. Perhaps Amerika Syarikat yang gigit Houthi dari arah Timur Tengah? Pun tidak.

Sasaran Iran adalah... Baluchistan, Pakistan. Yup. Dua hari selepas sign agreement dengan Pakistan nak tingkatkan kerjasama— Image
— Iran pergi bedil mereka. Next-level diplomacy. The Tehran Way.

Bila jadi gini, memang letak tepilah perjanjian tu. Pakistan dah halau duta Iran dan panggil balik dutanya dari Tehran. Pakistan juga kata dua kanak-kanak pergi buat selamanya angkara apa yang Iran buat. Image
Read 12 tweets
Dec 15, 2023
‘Negara Islam Boleh Keluar Dari PBB Tak?’

Ramai tengah bengang kat PBB sekarang. Mana tak — pada 13 Januari lalu, PBB bersidang nak buat gencatan segara. 193 negara kena undi sama ada sokong, tolak atau berkecuali.

Elok dah pergi. Elok dah undi. Elok dah ada keputusan.Image
10 negara menentang. 23 negara berkecuali. Tapi 153 negara MENYOKONG. Jangankan majoriti. Dah supermajority kat situ. Sebelum sambung point utama, koran gkena tahu banyak negara-negara Eropah SOKONG gencatan.

Maka resolusi ni lulus. Cuma dah lulus ni, bila nak laksana? Image
Masih berterusan konflik kat sana. Ini masalahnya. Resolusi diluluskan ni bersifat nonbinding, sebab persidangan kat UN General Assembly.

UNGA ni tiada mandat nak kuatkuasakan apa-apa. Israel boleh laksana kalau nak. Tapi kalau taknak laksana, tiada negara boleh paksa. Image
Read 21 tweets
Oct 31, 2023
Yaman Dah Isytihar Perang Terhadap Israel?

Yaman dah masuk berperang dengan Israel. Netanyahu pakat kalut buat meeting sekarang.

Banyak sumber dah laporkan benda ni. Tapi korang kena tahu dulu secara kronologi. Sebab benda ni bukan baru.

Dah nampak benihnya sejak minggu lalu.
Image
Saya akan bicara sikit pasal geopolitik.

Jadi buat korang yang nak basic element... kot-kot teringin nak faham perang global ni, boleh dapatkan siri DUNIA TANPA TEMBOK.

Ada kat sini:

Ada mata ganjaran korang boleh guna nanti! ahmadfaezal.com
Image
Sejak minggu lalu? Betul.

Minggu lalu, kapal U.S.S. Carney dok ada kat utara Laut Merah. Tentera Laut US tu pintas beberapa cruise missile dan dron yang menghala ke Israel.

Dari mana?

Yup. Yaman.

Lepas-lepas tu, ada siri pemintasan lagi. Kali ni Arab Saudi pula pintas. Image
Read 16 tweets
Oct 12, 2023
Gaza Bakal Dilanggar Israel?

Dah lebih sehari saya tengah baca naratif Israel.

Saya baca kenyataan menteri mereka. Saya tengok suara rakyat mereka.

Sambil tu, saya tengok pergerakan tentera mereka.

Dan saya terjumpa sesuatu. Sangat merisaukan sebenarnya.
Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi.

Dari 7 Oktober saya ikuti nak memudahkan apa yang rumit untuk korang.

Kalau nak ulasan macam ni, jemput follow.

Pertama, saya nak ulas pasal kisah bayi yang didendang lepas "ramai bayi diangkut ke Gaza". Image
Dah mula beberapa hari lalu — tersebar dakwaan yang pihak Palestin telah memancung 40 bayi Israel.

Dakwaan ni mekar saban hari. Katanya siap bergambar. Ikut naratif, IDF memberitahu Benjamin Netanyahu yang menempelak.

Netanyahu bagitau Joe Biden yang percaya bulat-bulat. Image
Read 22 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(