The Patriots Profile picture
The Patriots is a group of people from different walks of life, age, race and religion that comes together to form a community of peace and tolerance.

May 28, 2023, 9 tweets

“Ritual Menara Sunyi Agama Majusi”

Cuba bayangkan yang korang masuk ke sebuah menara. Bila naik je kat atas, korang dapati puluhan mayat berbau busuk dan ratusan rangka manusia.

Apa dah jadi? Mungkinkah ini sarang pembunuh bersiri?

Harini HARI KETIGA #PBAKL2023!

Kami mengalu-alukan korang ke reruai kami. Buku-buku yang selama ni tiada stok kami dah buat bagi ada... dengan promosi diskaun sangat menarik.

Mana-mana yang tak dapat datang tu, jangan risau. Shopee kami sentiasa ada: bit.ly/bukupatriots

Tidak sama sekali. Bahkan ia sebenarnya ritual agama Majusi. Tower of Silence (Menara Sunyi) atau Dakhma ialah lokasi mayat kaum kerabat mereka dibiarkan terbuka agar menjadi makanan burung hering. Seumpama altar korban. Dalam agama Majusi, kematian dianggap suatu yang buruk.

Buruk kerana kerja tangan Ahriman, tuhan kejahatan. Apabila roh terpisah daripada jasad, maka tubuh dianggap tidak perlu lagi disimpan.

Mereka menganggap mayat yang mati tidak patut mencemarkan tanah dan air. Pilihan terbaik bagi mereka ialah melupuskan mayat secepat mungkin.

Di sinilah Sky Burial Tower atau Dakhma berperanan. Seboleh-bolehnya taknak sampai mayat mereput. Bila dah mati, dengan segera mereka akan letakkan atas Dakhma. Di situlah burung hering akan turun mencabik daging dan organ si mati. Mayat dibiarkan sampai tinggal tulang.

Bila dah ‘bersih’, barulah sisa yang tinggal diambil dan diuruskan. Kata diorang, cara ni lebih mesra alam. Hari ini, korang boleh jumpa menara Dakhma di Mumbai, India. Pada tahun 2015, tinggal 138,000 penganut agama Majusi dalam dunia. 69,000 daripadanya hidup di India.

Tidak seperti zaman dahulu, burung hering tidak lagi merajai langit. Layang-layang lagi banyak berterbangan hari ini. Disyaki diancam kepupusan akibat perubatan moden manusia, polemik ini turut mengancam ritual lama Parsi. Dengan purata 800 kematian setahun—

—mereka mengharapkan 250 ekor burung hering untuk menyempurnakan ritual. Jumlahnya semakin mengecil. Kesannya, mayat sampai mengambil masa 8 minggu untuk reput dengan sendiri. Hari ini, ritual Dakhma sudah tidak relevan.

Burung hering semakin berkurangan sepertimana juga penganut agama Majusi. Nak tahu lagi banyak pasal unsur-unsur kepercayaan yang diganti Islam? KITAB TAMADUN ISLAM ni ada kat reruai kami di #PBAKL2023.

Kami berada di reruai PWTC sepanjang tempoh PBAKL. Jemput ramaikan!

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling