The Patriots Profile picture
The Patriots is a group of people from different walks of life, age, race and religion that comes together to form a community of peace and tolerance.

May 29, 2023, 11 tweets

‘Sumpahan Ikan Patin Terhadap Orang Melayu Sarawak’

Bagi orang Melayu Pahang, ikan patin ni dah macam hidangan wajib terutamanya masak tempoyak. Tapi berbeza pulak dengan orang Melayu Sarawak sebab sesetengah dari deme tak dibenarkan makan ikan patin.

Kami nak maklumkan #PBAKL2023 masih berlangsung. Kami dah sedia untuk hari keempat! In shaa Allah, buku yang habis stok sebab jualan masa hujung minggu akan masuk harini.

Jom serbu! Mana yang tak dapat turun tu, boleh guna Shopee: bit.ly/bukupatriots

Kenapa boleh jadi begitu?

Legenda mengatakan pada satu hari nenek moyang kepada sebahagian orang Melayu Sarawak iaitu Awang Gading sedang mengail ikan di sungai. Secara tiba-tiba dia terdengar suara bayi menangis.

Cari punya cari, dia terjumpa seorang bayi perempuan di atas sebuah batu. Lepas dah fikir masak-masak, Awang Gading bawa balik bayi perempuan itu ke rumah dan dinamakan sebagai Dayang Kumunah.

Setelah meningkat dewasa, Dayang Kumunah mula menjadi perhatian lelaki kerana miliki wajah yang begitu cantik. Dalam ramai-ramai yang minat dekat Dayang Kumunah, Awangku Usop beranikan diri untuk meminang. Setelah beberapa ketika, pinangan Awangku Usop diterima.

Tapi syaratnya Awangku Usop tak boleh suruh Dayang Kumunah ketawa walaupun sekali. Syarat diterima dan mereka berdua terus bersatu.

Lepas beberapa minggu menikah, Awang Gading telah meninggal dunia hingga membuatkan Dayang Kumunah murung dan sedih setiap hari.

Tapi kesedihan tu berjaya ditutup dengan kelahiran 5 orang anak.

Benda dah settle tapi Awangku Usop pulak buat masalah.

Sebab sampai ke sudah dia tak pernah tengok Dayang Kumunah ketawa. Dia cubalah buat lawak dan bagi pickup line, tapi Dayang Kumunah cuma diam je.

Mungkin dia tak kelakar. Tapi bila anak deme yang bongsu buat lawak, Dayang Kumunah masih tak gelak.

Awangku Usop mintak berkali-kali sampailah isterinya ketawa. Dekat situ kejutan berlaku apabila Awangku Usop terlihat insang ketika isteri ketawa terbahak-bahak.

Tunggu apa lagi, Dayang Kumunah terus berlari ke tepi sungai. Awangku Usop dan anak-anak cuba kejar.

Belum sempat cakap apa-apa, Dayang Kumunah terus bertukar jadi ikan patin.

Dayang Kumunah pun berpesan kepada keluarganya agar tidak makan ikan patin.

Sebab deme macam makan darah daging sendiri. Sejak itu, sebahagian daripada orang Melayu Sarawak tidak akan sesekali menikmati patin masak tempoyak.

Suka kami ulangkan yang harini hari keempat PBAKL2023. Pesta masih on ya. Kami ada kat reruai dah ni. Jemput semua turun ramaikan.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling