'Misteri Qorin, Sang Pendamping Manusia'
Korang perasan tak masa berdiri tempat tinggi, ada bisikan cakap, “terjun la..terjun la”. Cuba toleh kiri kanan, ada tak nampak kelibat?
Korang sedar tak yang korang tak pernah sendirian. Pada saat baca ni pun korang tak bersendirian!
#PBAKL2023 masih berjalan sekarang! Dah tak lama dah nak kemuncak ni.
Korang kat luar sana jemput turun beli buku-buku kami sementara masih ada stok. Kelmarin kami tak sangka ramai datang membeli sampai team kena restock balik.
Jemput semua singgah reruai kami!
Sedar atau tidak, sejak korang dilahirkan ada sejenis pendamping yang sering menemani. Mukanya sama dengan korang. Itulah dia qorin.
Semua orang tak terlepas daripada qorin. Kalau korang perasan dalam tamadun timur atau barat, mesti ada cerita pasal bisikan halus.
Katanya ada satu untuk buat kebaikan. Ada satu lagi buat kejahatan. Macam kartun la, ada yang bisik telinga kanan buat baik dan bisik telinga kiri buat jahat.
Qorin ada dua jenis. Jin dan malaikat. Nak faham benda ni, kena tengok sumber dari Rasulullah SAW.
Baginda bersabda: “Setiap kamu ada qorin daripada bangsa jin, dan juga qorin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga qorin itu—
—dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim) Rasulullah terselamat daripada jin qorin.
Manakala, jin qorin manusia biasa pula sentiasa hasut buat kejahatan.
Inilah punca bila kita pegang duit orang, terdengar bisikan: “Alahh ambil la sikit, mesti takde sape perasan”.
Bila jumpa awek cun, terdengar bisikan: “Jom ehemmm ehemmm”. Bila dengan pasangan kat rumah pulak: “Ceraikan je, ceraikan je!”
Ini semua bisikan jahat jin qorin untuk menjahanamkan manusia.
Jin qorin akan sentiasa mencucuk manusia untuk buat dosa sampailah ke akhir hayat.
Berjoget dia kalau dapat buat manusia was-was, lalai solat dan malas nak baca al-Quran.
Lepas manusia mati, barulah berpisah dengan jin qorin. Manusia berpindah ke alam barzakh sementara jin qarin terus hidup berumur panjang. Malaikat pendamping pula lain.
Manusia juga didampingi sebilangan malaikat yang nasihat buat baik dan menjaga daripada marabahaya.
Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili kata, setiap manusia ada malaikat pendamping yang mencatat amal manusia. Esok lusa di hari akhirat, ia akan bawa buku amalan kita.
Suka kami nak ingatkan yang reruai kami masih ada promosi! Save gambar ni siap-siap untuk mudah cari nanti.
Nikmati promosi buku-buku yang korang dah lama rancang nak beli sepanjang #PBAKL2023 ni!
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.