Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Revolusi Industri
Selalu dengar “AI akan ambil alih kerja kita”. Kata-kata macam ni boleh buat semua risau.
Kalau AI ambil alih, kita nak kerja apa? Makan minum macam mana? Risau.
Maka jom hayati ulasan ni nak faham arus AI ni. Sebab apa? twitter.com/i/web/status/1…
Sebab datuk moyang kita dah alami arus yang sama. Sebab tu penting sejarah ekonomi ni.
Sebagai penulis bab ni (dan juga isu geopolitik), saya selalu marhaenkan penjelasan supaya semua pembaca faham.
Kalau suka ulasan macam ni, jemput follow saya. Sehari saya buat 1-2 thread.
Okay. Saya memang suka main angka nak faham ekonomi. Tapi saya tahu angka tak mencerminkan segalanya.
Semua angka boleh tunjuk benda-benda bagus. Tapi di sebalik tabir, rakyat marhaen tengah sengsara. Setuju?
Jadi kita kena faham ekonomi guna naratif manusia.
Suka dan duka.
Realitinya, semua manusia ada kemahiran. Cuma tak sama jenis kemahiran.
Saya boleh menulis... tapi takkan mampu menukang. Suruh saya buat projek kayu, entah amende yang jadi kang.
Itu konsep mudah. Ada benda kita power; ada benda kita kena minta tolong orang.
Sambil cakap pasal kemanusiaan ni, saya nak bagitau lagi ESOK kita boleh berjumpa. Jom semua!
Tak sabar juga nak jumpa korang. 3 Jun tau. 3 Jun ni saya turun #PBAKL2023 untuk sesi Meet N Greet ni!
Tolong pula mestilah kena bagi duit.
Tapi mungkin saya mampu menukang. Cuma job kerja kayu saya banyak. Maka saya upah orang lain kerja bawah saya.
Saya kena bayar pekerja guna duit.
Sini kita nampak duit sebagai “syarat pekerja”.
Tapi demand tu yang "punca ada kerja."
Syarikat dibayar client (demand) + syarikat upah pekerja (labor) = pekerjaan (job).
Tu formula mudah saya boleh bagi.
AI tengah kacau kat bahagian labor tu. Dan masalah utama adalah? Orang ramai takkan peduli bila benda ni jadi.
Mana saya tahu orang ramai tak peduli?
Kita baru jer sambut Aidilfitri. Semua mengenakan baju raya bukan main lawa. Tapi korang tahu tak siapa jahit baju raya tu?
Of course, SEORANG tukang jahit.
Tapi korang tahu tak 200+ tahun yang lalu, nak jahit baju perlu empat orang?
Spinner, weaver, fuller dan tailor.
Spinner akan buat benang. Weaver pula ambil benang dan anyam jadi fabrik. Dan fuller kemudian tebalkan fabrik jadi pakaian.
Mana pergi jobs ni?
Ya. Diganti melalui Revolusi Perindustrian 1.0.
Banyak nama kena petik kalau nak tahu secara mendalam. Tapi mudah kata?
Dah hilang dah tiga job ni. Dulu benda biasa. Sekarang kalau jumpa orang tua buat weaving? Kita kata, “weh legend pakcik ni.”
Semua beli kain diproses mesin. Hanya tailor saja masih relevan kerana tu perlu kreativiti kerana setiap manusia perlu lain-lain design.
Point One: Kreativiti mampu mengekalkan pekerjaan yang diancam revolusi perindustrian.
Asasnya, IR 1.0. menghapuskan kerja-kerja yang boleh dibuat tangan. Geng artisan dulu warisi kemahiran secara turun temurun. Nama keluarga tahun 1000-an macam tu lain.
Sampai tahun 1700 macam tu? Nama keluarga dah ikut pekerjaan dah.
Charles Weaver. Mary Spinner. Adam Fuller. Matthew Taylor.
Tapi IR 1.0. bagi kejutan sampai geng artisan hilang kerja. Sebab kerja mereka terlalu asas, boleh dicabar dengan mudah.
Mesin-mesin pada awal tu asas jer. Kena guna sungai nak pusing roda bagi tenaga bagai.
Tapi bila ada penemuan macam arang batu dan petroliam, tenaga elektrik jadi sangat berupaya saing.
Dari sini, industrialists respond dengan cara membina kilang.
Ni kacau job market. Sebab ramai kat kampung tinggal ladang untuk bekerja kat bandar. Ni jadi masa Revolusi Perindustrian 2.0. Adam Fuller taknak belajar dah cara buat ‘fulling’. Dia nak kerja kilang.
Kat kilang, supervisor dia Matthew Taylor. Dia ni pun taknak belajar menjahit.
Kemudian jadi Revolution 3.0. Sebab dunia masuk zaman digital.
Microprocessors dicipta technologists yang bantu industrialists untuk buat mesin. Tak perlu ramai gila orang nak handle satu kilang.
Kurangkan orang. Kerja pula laju. Saya kongsi apa Henry Ford buat.
Dia boleh buat kereta Model T ni punyalah cepat kerana bantuan teknologi. Asalnya 12.5 jam satu kereta.
Dah ada teknologi baru tu? 93 minit jer.
Korang kena faham tau. Dalam industri ni, apabila kita boleh jimat masa tapi kekalkan kualiti, kita untung banyak.
Tapi kesannya?
Ramai hilang kerja lah.
Cuma kalau cakap macam ni, confirm korang bimbang. Sebab saya serupa kata, “terima je lah hakikat”
Tak.
Ada satu benda saya nak explain kat sini:
IR1.0 – 1760-1840 (80 tahun)
IR2.0 – 1870-1947 (77 tahun)
IR3.0 – 1969-sekarang (dah 54 tahun).
Apa korang faham kat atas ni?
1. Kita sebenarnya ada masa nak belajar skill baru.
2. Berdasarkan gap 1.0-2.0 dan 2.0-3.0., nampak sangat gap tu bergenerasi.
3. Sekarang kita ada kat ambang IR4.0.
Jom kita kenali sikit apa tu IR4.0.
Menurut Klaus Schwab pada tahun 2015, IR 4.0. ni bukan sekadar improvement. Memang akan bertukar habis. Malah industrial capitalism tu bertukar begitu ketara. Cara hidup berubah.
Saintis berkata, teknologi akan bertambah pintar (dah ada). Internet makin laju (pun dah ada).
Ramai cakap IR 4.0. adalah AI, gene editing dan advanced robotics. Sempadan yang memisahkan antara dunia fizikal, digital dan biologikal akan menipis.
Maka IR 4.0. akan cipta peluang pekerjaan yang sangat high-skilled. Perlu degree, master dan silap-silap PhD.
Dunia semakin laju. Maka tak pelik kalau IR 3.0. tu terbungkus terus anytime soon tanpa ada gap langsung dengan IR 4.0.
1.0 dan 2.0 ada gap lama. 2.0 dan 3.0 pula gap dah mengecil.
Tapi faktanya masih sama: perubahan takkan terlalu mengejut. Kita tetap akan ada masa.
Dalam bahasa teknologi, perubahan dalam masa 10 tahun dianggap cepat. Tapi dalam usia manusia, 10 tahun tu masa sangat lama nak belajar dan kuasai skill baru.
Maka pekerjaan bagi saya yang agak terancam adalah dalam sektor pembuatan, peruncitan dan data entry.
Amat terancam adalah administrative support. Macam operator yang handle 24/7 chat tu. Sekarang ni masih relevan, sebab processor nak run AI tu masih mahal. H100 tu jer dah US$40,000.
Tapi 10 tahun akan datang, entahnya jadi $1,000 jer nanti. Masa tu akan rasa.
Pengguna ada problem Internet misalnya? Chat jer dengan sistem guna data. AI akan balas.
OpenAI boleh jer export asas ChatGPT untuk disunting programmer syarikat Internet supaya dapat penuhi keperluan pelanggan.
Syarikat bayar je lah OpenAI. $200 sebulan ka.
Maka apa saya nampak? Job disruption akan ambil masa. Dan kita dengan segala akses ilmu boleh luangkan masa belajar skill baru.
Sentiasa follow updates AI tu untuk tahu jobs yang selamat. Mak bapa yang ada anak-anak kecil tu paling selamat sekarang.
Gilap anak-anak tu supaya faham AI. Letak mereka pada jalan yang akhirnya mereka boleh bekerja tempat AI tak boleh kacau.
Jangan terjah terus suruh belajar robotics bagai. Kena faham supply demand sebab ada negara “pencipta teknologi”.
Ada negara pula “penerima teknologi”. Asas ni kita semua kena faham sebab ia mempengaruhi job market.
Tapi tiada masalah kalau pastikan anak-anak cintai ilmu. Sebab kerana ilmulah, datuk dan moyang kita selamat masa IR terdahulu.
Kalau korang nak request apa-apa, PM saya jer. Saya buat percuma.
Jemput masuk kat dalam Telegram Channel saya. Saya kumpul semua thread kat situ.
Link: t.me/ahmadfaezalpen…
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.