Ahmad Faezal Profile picture
Jun 2, 2023 28 tweets 10 min read Read on X
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Revolusi Industri

Selalu dengar “AI akan ambil alih kerja kita”. Kata-kata macam ni boleh buat semua risau.

Kalau AI ambil alih, kita nak kerja apa? Makan minum macam mana? Risau.

Maka jom hayati ulasan ni nak faham arus AI ni. Sebab apa? twitter.com/i/web/status/1… Image
Sebab datuk moyang kita dah alami arus yang sama. Sebab tu penting sejarah ekonomi ni.

Sebagai penulis bab ni (dan juga isu geopolitik), saya selalu marhaenkan penjelasan supaya semua pembaca faham.

Kalau suka ulasan macam ni, jemput follow saya. Sehari saya buat 1-2 thread. Image
Okay. Saya memang suka main angka nak faham ekonomi. Tapi saya tahu angka tak mencerminkan segalanya.

Semua angka boleh tunjuk benda-benda bagus. Tapi di sebalik tabir, rakyat marhaen tengah sengsara. Setuju?

Jadi kita kena faham ekonomi guna naratif manusia.
Suka dan duka. Image
Realitinya, semua manusia ada kemahiran. Cuma tak sama jenis kemahiran.

Saya boleh menulis... tapi takkan mampu menukang. Suruh saya buat projek kayu, entah amende yang jadi kang.

Itu konsep mudah. Ada benda kita power; ada benda kita kena minta tolong orang.
Sambil cakap pasal kemanusiaan ni, saya nak bagitau lagi ESOK kita boleh berjumpa. Jom semua!

Tak sabar juga nak jumpa korang. 3 Jun tau. 3 Jun ni saya turun #PBAKL2023 untuk sesi Meet N Greet ni! ImageImage
Tolong pula mestilah kena bagi duit.

Tapi mungkin saya mampu menukang. Cuma job kerja kayu saya banyak. Maka saya upah orang lain kerja bawah saya.

Saya kena bayar pekerja guna duit.

Sini kita nampak duit sebagai “syarat pekerja”.

Tapi demand tu yang "punca ada kerja." Image
Syarikat dibayar client (demand) + syarikat upah pekerja (labor) = pekerjaan (job).

Tu formula mudah saya boleh bagi.

AI tengah kacau kat bahagian labor tu. Dan masalah utama adalah? Orang ramai takkan peduli bila benda ni jadi.

Mana saya tahu orang ramai tak peduli? Image
Kita baru jer sambut Aidilfitri. Semua mengenakan baju raya bukan main lawa. Tapi korang tahu tak siapa jahit baju raya tu?

Of course, SEORANG tukang jahit.

Tapi korang tahu tak 200+ tahun yang lalu, nak jahit baju perlu empat orang?

Spinner, weaver, fuller dan tailor. Image
Spinner akan buat benang. Weaver pula ambil benang dan anyam jadi fabrik. Dan fuller kemudian tebalkan fabrik jadi pakaian.

Mana pergi jobs ni?

Ya. Diganti melalui Revolusi Perindustrian 1.0.

Banyak nama kena petik kalau nak tahu secara mendalam. Tapi mudah kata? Image
Dah hilang dah tiga job ni. Dulu benda biasa. Sekarang kalau jumpa orang tua buat weaving? Kita kata, “weh legend pakcik ni.”

Semua beli kain diproses mesin. Hanya tailor saja masih relevan kerana tu perlu kreativiti kerana setiap manusia perlu lain-lain design. Image
Point One: Kreativiti mampu mengekalkan pekerjaan yang diancam revolusi perindustrian.

Asasnya, IR 1.0. menghapuskan kerja-kerja yang boleh dibuat tangan. Geng artisan dulu warisi kemahiran secara turun temurun. Nama keluarga tahun 1000-an macam tu lain. Image
Sampai tahun 1700 macam tu? Nama keluarga dah ikut pekerjaan dah.

Charles Weaver. Mary Spinner. Adam Fuller. Matthew Taylor.

Tapi IR 1.0. bagi kejutan sampai geng artisan hilang kerja. Sebab kerja mereka terlalu asas, boleh dicabar dengan mudah.
Mesin-mesin pada awal tu asas jer. Kena guna sungai nak pusing roda bagi tenaga bagai.

Tapi bila ada penemuan macam arang batu dan petroliam, tenaga elektrik jadi sangat berupaya saing.

Dari sini, industrialists respond dengan cara membina kilang. Image
Ni kacau job market. Sebab ramai kat kampung tinggal ladang untuk bekerja kat bandar. Ni jadi masa Revolusi Perindustrian 2.0. Adam Fuller taknak belajar dah cara buat ‘fulling’. Dia nak kerja kilang.

Kat kilang, supervisor dia Matthew Taylor. Dia ni pun taknak belajar menjahit. Image
Kemudian jadi Revolution 3.0. Sebab dunia masuk zaman digital.

Microprocessors dicipta technologists yang bantu industrialists untuk buat mesin. Tak perlu ramai gila orang nak handle satu kilang.

Kurangkan orang. Kerja pula laju. Saya kongsi apa Henry Ford buat. Image
Dia boleh buat kereta Model T ni punyalah cepat kerana bantuan teknologi. Asalnya 12.5 jam satu kereta.

Dah ada teknologi baru tu? 93 minit jer.

Korang kena faham tau. Dalam industri ni, apabila kita boleh jimat masa tapi kekalkan kualiti, kita untung banyak.

Tapi kesannya? Image
Ramai hilang kerja lah.

Cuma kalau cakap macam ni, confirm korang bimbang. Sebab saya serupa kata, “terima je lah hakikat”

Tak.

Ada satu benda saya nak explain kat sini:

IR1.0 – 1760-1840 (80 tahun)
IR2.0 – 1870-1947 (77 tahun)
IR3.0 – 1969-sekarang (dah 54 tahun). Image
Apa korang faham kat atas ni?

1. Kita sebenarnya ada masa nak belajar skill baru.

2. Berdasarkan gap 1.0-2.0 dan 2.0-3.0., nampak sangat gap tu bergenerasi.

3. Sekarang kita ada kat ambang IR4.0.

Jom kita kenali sikit apa tu IR4.0. Image
Menurut Klaus Schwab pada tahun 2015, IR 4.0. ni bukan sekadar improvement. Memang akan bertukar habis. Malah industrial capitalism tu bertukar begitu ketara. Cara hidup berubah.

Saintis berkata, teknologi akan bertambah pintar (dah ada). Internet makin laju (pun dah ada). Image
Ramai cakap IR 4.0. adalah AI, gene editing dan advanced robotics. Sempadan yang memisahkan antara dunia fizikal, digital dan biologikal akan menipis.

Maka IR 4.0. akan cipta peluang pekerjaan yang sangat high-skilled. Perlu degree, master dan silap-silap PhD. Image
Dunia semakin laju. Maka tak pelik kalau IR 3.0. tu terbungkus terus anytime soon tanpa ada gap langsung dengan IR 4.0.

1.0 dan 2.0 ada gap lama. 2.0 dan 3.0 pula gap dah mengecil.

Tapi faktanya masih sama: perubahan takkan terlalu mengejut. Kita tetap akan ada masa.
Dalam bahasa teknologi, perubahan dalam masa 10 tahun dianggap cepat. Tapi dalam usia manusia, 10 tahun tu masa sangat lama nak belajar dan kuasai skill baru.

Maka pekerjaan bagi saya yang agak terancam adalah dalam sektor pembuatan, peruncitan dan data entry. Image
Amat terancam adalah administrative support. Macam operator yang handle 24/7 chat tu. Sekarang ni masih relevan, sebab processor nak run AI tu masih mahal. H100 tu jer dah US$40,000.

Tapi 10 tahun akan datang, entahnya jadi $1,000 jer nanti. Masa tu akan rasa. Image
Pengguna ada problem Internet misalnya? Chat jer dengan sistem guna data. AI akan balas.

OpenAI boleh jer export asas ChatGPT untuk disunting programmer syarikat Internet supaya dapat penuhi keperluan pelanggan.

Syarikat bayar je lah OpenAI. $200 sebulan ka. Image
Maka apa saya nampak? Job disruption akan ambil masa. Dan kita dengan segala akses ilmu boleh luangkan masa belajar skill baru.

Sentiasa follow updates AI tu untuk tahu jobs yang selamat. Mak bapa yang ada anak-anak kecil tu paling selamat sekarang.
Gilap anak-anak tu supaya faham AI. Letak mereka pada jalan yang akhirnya mereka boleh bekerja tempat AI tak boleh kacau.

Jangan terjah terus suruh belajar robotics bagai. Kena faham supply demand sebab ada negara “pencipta teknologi”. Image
Ada negara pula “penerima teknologi”. Asas ni kita semua kena faham sebab ia mempengaruhi job market.

Tapi tiada masalah kalau pastikan anak-anak cintai ilmu. Sebab kerana ilmulah, datuk dan moyang kita selamat masa IR terdahulu.
Kalau korang nak request apa-apa, PM saya jer. Saya buat percuma.

Jemput masuk kat dalam Telegram Channel saya. Saya kumpul semua thread kat situ.

Link: t.me/ahmadfaezalpen…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Faezal

Ahmad Faezal Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AhmadFaezal4

May 21
“ICC Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Netanyahu?”

Dah kecoh habis pasal ni tapi ramai terlepas pandang implikasinya. Serius. Implikasinya sangat besar, kalau kita baca betul-betul teks permohonan waran. Tapi sebelum tu, kita faham dulu apa beza ICC dan ICJ.Image
ICC adalah International Criminal Court yang mendakwa individu. ICJ pula adalah International Court of Justice. Kalau ada pertikaian antara-negara, memang ICJ lah medannya.

Dan ICC ni serupa mahkamah biasa. Ada hakim, pendakwa raya dan peguam bela sepanjang proses kes. Image
Pada 20 Mei, pendakwa raya Karim Khan umum pasal permohonan waran tangkap. Dua orang kat belakang tu saya tak tahu apa masalah.

Khan nak ICC tangkap Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) dan juga Yoav Gallant (Menteri Pertahanan Israel). Tapi permohonan tak stop kat situ!Image
Read 21 tweets
May 11
“Hipokrasi Di Sebalik No Palm Oil”

Sekarang tengah hangat isu “no palm oil” sebab hari tu ada sebuah kedai runcit diserbu. Dalam serbuan tu pula, pihak berkuasa jumpa aiskrim yang ada label, “no palm oil”. Jadi apa lagi, kena rampaslah. Sini semua peniaga kena take note.Image
First thing first, kenapa kena rampas? Kita faham isu ni terus lah. Sekarang Barat terutamanya yang haluan kiri tu tengah bergiat pasal hal alam sekitar. Cara mereka simple tapi sangat berbisa: “cari satu elemen negatif dan kaitkannya dengan industri sedia ada.”Image
Sebelum sambung pasal industri tu, saya nak jumpa korang semua. Poster bawah adalah event saya hadir masa PBAKL nanti. Jemput ramaikan dan ya, ada sesi talk juga sempena pelancaran buku.
Image
Image
Read 14 tweets
Jan 17
Iran Dah Masuk Berperang?

Iran dah flex sekarang ni. Nak faham apa jadi, kita mula pada 16 Januari dulu. Tarikh tu, Iran lancarkan misil yang kena tepat pada sasaran. Habis hancur bersepai sasaran mereka sampai boleh claim operasi berjaya.Image
Sekarang soalan besar: siapa sasaran Iran? Cuba teka. Israel? Nope. Perhaps Amerika Syarikat yang gigit Houthi dari arah Timur Tengah? Pun tidak.

Sasaran Iran adalah... Baluchistan, Pakistan. Yup. Dua hari selepas sign agreement dengan Pakistan nak tingkatkan kerjasama— Image
— Iran pergi bedil mereka. Next-level diplomacy. The Tehran Way.

Bila jadi gini, memang letak tepilah perjanjian tu. Pakistan dah halau duta Iran dan panggil balik dutanya dari Tehran. Pakistan juga kata dua kanak-kanak pergi buat selamanya angkara apa yang Iran buat. Image
Read 12 tweets
Dec 15, 2023
‘Negara Islam Boleh Keluar Dari PBB Tak?’

Ramai tengah bengang kat PBB sekarang. Mana tak — pada 13 Januari lalu, PBB bersidang nak buat gencatan segara. 193 negara kena undi sama ada sokong, tolak atau berkecuali.

Elok dah pergi. Elok dah undi. Elok dah ada keputusan.Image
10 negara menentang. 23 negara berkecuali. Tapi 153 negara MENYOKONG. Jangankan majoriti. Dah supermajority kat situ. Sebelum sambung point utama, koran gkena tahu banyak negara-negara Eropah SOKONG gencatan.

Maka resolusi ni lulus. Cuma dah lulus ni, bila nak laksana? Image
Masih berterusan konflik kat sana. Ini masalahnya. Resolusi diluluskan ni bersifat nonbinding, sebab persidangan kat UN General Assembly.

UNGA ni tiada mandat nak kuatkuasakan apa-apa. Israel boleh laksana kalau nak. Tapi kalau taknak laksana, tiada negara boleh paksa. Image
Read 21 tweets
Oct 31, 2023
Yaman Dah Isytihar Perang Terhadap Israel?

Yaman dah masuk berperang dengan Israel. Netanyahu pakat kalut buat meeting sekarang.

Banyak sumber dah laporkan benda ni. Tapi korang kena tahu dulu secara kronologi. Sebab benda ni bukan baru.

Dah nampak benihnya sejak minggu lalu.
Image
Saya akan bicara sikit pasal geopolitik.

Jadi buat korang yang nak basic element... kot-kot teringin nak faham perang global ni, boleh dapatkan siri DUNIA TANPA TEMBOK.

Ada kat sini:

Ada mata ganjaran korang boleh guna nanti! ahmadfaezal.com
Image
Sejak minggu lalu? Betul.

Minggu lalu, kapal U.S.S. Carney dok ada kat utara Laut Merah. Tentera Laut US tu pintas beberapa cruise missile dan dron yang menghala ke Israel.

Dari mana?

Yup. Yaman.

Lepas-lepas tu, ada siri pemintasan lagi. Kali ni Arab Saudi pula pintas. Image
Read 16 tweets
Oct 12, 2023
Gaza Bakal Dilanggar Israel?

Dah lebih sehari saya tengah baca naratif Israel.

Saya baca kenyataan menteri mereka. Saya tengok suara rakyat mereka.

Sambil tu, saya tengok pergerakan tentera mereka.

Dan saya terjumpa sesuatu. Sangat merisaukan sebenarnya.
Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi.

Dari 7 Oktober saya ikuti nak memudahkan apa yang rumit untuk korang.

Kalau nak ulasan macam ni, jemput follow.

Pertama, saya nak ulas pasal kisah bayi yang didendang lepas "ramai bayi diangkut ke Gaza". Image
Dah mula beberapa hari lalu — tersebar dakwaan yang pihak Palestin telah memancung 40 bayi Israel.

Dakwaan ni mekar saban hari. Katanya siap bergambar. Ikut naratif, IDF memberitahu Benjamin Netanyahu yang menempelak.

Netanyahu bagitau Joe Biden yang percaya bulat-bulat. Image
Read 22 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(