Azizul Farhan Profile picture
SKTDH 1 | SMKTDH | Diploma in History and Islamic Civilization UniSZA | Bachelor of Arts Southeast Asia Studies UM | History and Culture Enthusiasts

Jun 6, 2023, 9 tweets

Aku nak mulakan thread baru setiap hari dgn #SejarahApaHarini

6 Jun 1944

Pernah tak korang tonton Saving Private Ryan? Kalau pernah mesti korang tau pasal D-Day atau Pendaratan Normandy ni.

Pendaratan Operasi Neptune ni ialah operasi terbesar angkatan laut dalam sejarah.

Si Misai Kontot meletakkan Marshal Erwin Rommel untuk mengukuhkan Tembok Atlantik sebagai persediaan serangan Pihak Bersekutu.

Tapi serangan bertali arus dari udara dan laut sepanjang malam menganggu Jerman untuk terus bertahan.

Awal pagi 6 Jun, 156,000 tentera Amerika Syarikat (AS), British dan Kanada memulakan operasi mendarat.

Sasarannya menawan kawasan sejauh 80 kilometer sepanjang pantai Normandy yang dibahagikan kepada lima sektor iaitu Utah, Omaha, Gold, Juno dan Sword.

Mereka digabungkan dalam lima infantri dan tiga pasukan udara.

Kira-kira 133,000 tentera mendarat melalui laut manakala 23,000 lagi mendarat dari udara dengan 13,000 anggota payung terjun AS daripada Divisyen Udara ke 101 dan 82 turun di belakang Pantai Utah.

11,500 pesawat termasuk 3,500 membawa anggota payung terjun, 5,000 pesawat pejuang dan 3,000 pesawat pengebom terbang melintasi pantai Normandy.

Sebanyak 11,912 tan bom digugurkan terhadap pertahanan Jerman. Tentera Bersekutu kehilangan 127 pesawat dengan 63 daripadanya rosak.

Operasi Neptune melibatkan 6,939 kapal, jumlah terbesar pernah direkodkan. Pasukan pendaratan membawa 4,126 bot dan kapal pendaratan bawa tentera serta kenderaan, termasuk kereta kebal dan berperisai.

Keseluruhannya, kira-kira 20,000 kenderaan dan 1,000 kereta kebal didaratkan.

Jerman hanya ada 50,000 tentera ditempatkan di kawasan pendaratan Tentera Bersekutu dengan hanya menempatkan 1 divisyen berperisai dan 6 divisyen infantri berdekatan pantai.

Jerman kerah lebih 500 pesawat, 30 bot tempur, 4 kapal pemusnah, sembilan kapal torpedo & 35 kapal selam.

Dianggarkan 9,000 tentera Jerman terkorban manakala 10,000 anggota bersekutu cedera dengan 4,414 maut.

Kini Anda Tahu.

Peperangan sememangnya satu titik hitam dalam sejarah, namun kita perlu mengambil iktibar dan tidak mengulanginya semula kerana mendatangkan banyak musibah kepada semua.

Berminat nak tau lagi pasal PERANG DUNIA KEDUA? Dapatkan segera di Shopee: bit.ly/perangduniaked…

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling