Azizul Farhan Profile picture
Jun 6, 2023 9 tweets 4 min read Read on X
Aku nak mulakan thread baru setiap hari dgn #SejarahApaHarini

6 Jun 1944

Pernah tak korang tonton Saving Private Ryan? Kalau pernah mesti korang tau pasal D-Day atau Pendaratan Normandy ni.

Pendaratan Operasi Neptune ni ialah operasi terbesar angkatan laut dalam sejarah. Image
Si Misai Kontot meletakkan Marshal Erwin Rommel untuk mengukuhkan Tembok Atlantik sebagai persediaan serangan Pihak Bersekutu.

Tapi serangan bertali arus dari udara dan laut sepanjang malam menganggu Jerman untuk terus bertahan. Image
Awal pagi 6 Jun, 156,000 tentera Amerika Syarikat (AS), British dan Kanada memulakan operasi mendarat.

Sasarannya menawan kawasan sejauh 80 kilometer sepanjang pantai Normandy yang dibahagikan kepada lima sektor iaitu Utah, Omaha, Gold, Juno dan Sword. Image
Mereka digabungkan dalam lima infantri dan tiga pasukan udara.

Kira-kira 133,000 tentera mendarat melalui laut manakala 23,000 lagi mendarat dari udara dengan 13,000 anggota payung terjun AS daripada Divisyen Udara ke 101 dan 82 turun di belakang Pantai Utah. Image
11,500 pesawat termasuk 3,500 membawa anggota payung terjun, 5,000 pesawat pejuang dan 3,000 pesawat pengebom terbang melintasi pantai Normandy.

Sebanyak 11,912 tan bom digugurkan terhadap pertahanan Jerman. Tentera Bersekutu kehilangan 127 pesawat dengan 63 daripadanya rosak. Image
Operasi Neptune melibatkan 6,939 kapal, jumlah terbesar pernah direkodkan. Pasukan pendaratan membawa 4,126 bot dan kapal pendaratan bawa tentera serta kenderaan, termasuk kereta kebal dan berperisai.

Keseluruhannya, kira-kira 20,000 kenderaan dan 1,000 kereta kebal didaratkan. Image
Jerman hanya ada 50,000 tentera ditempatkan di kawasan pendaratan Tentera Bersekutu dengan hanya menempatkan 1 divisyen berperisai dan 6 divisyen infantri berdekatan pantai.

Jerman kerah lebih 500 pesawat, 30 bot tempur, 4 kapal pemusnah, sembilan kapal torpedo & 35 kapal selam. Image
Dianggarkan 9,000 tentera Jerman terkorban manakala 10,000 anggota bersekutu cedera dengan 4,414 maut.

Kini Anda Tahu. Image
Peperangan sememangnya satu titik hitam dalam sejarah, namun kita perlu mengambil iktibar dan tidak mengulanginya semula kerana mendatangkan banyak musibah kepada semua.

Berminat nak tau lagi pasal PERANG DUNIA KEDUA? Dapatkan segera di Shopee: bit.ly/perangduniaked… Image

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Azizul Farhan

Azizul Farhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AzizulFarhan2

Nov 1, 2023
"Kenapa Yitzhak Rabin Dibunuh?"

Bila aku tanya pasal Yitzhak Rabin pada @AhmadFaezal4, dia bagi satu TLDR;

"Aku kalau boleh nak tenggelamkan jer Gaza. Tapi aku tau tak boleh. Jadi jom bincang." - Yitzhak Rabin.

Apa sebenarnya bekas PM Israel ni buat sebelum dibunuh? Image
Sebelum sambung thread ni, korang nak tau tak apa situasi yang berlaku masa Mesir berperang dengan Israel?

Jawapannya ada dalam OPERASI BADAR: MENCALAR KEANGKUHAN YAHUDI. Dapatkan segera!
bit.ly/operasibadar
Image
Biasanya kita tau, majoriti PM Israel ni perangai cam celaka. Netanyahu, Sharon hingga ke Ben-Gurion.

Tapi ada sorang ni dia agak "lesser evil" daripada shaiton nauzubillah yang lain tu. Image
Read 19 tweets
Oct 12, 2023
"Kenapa Israel Tak Didakwa Di Mahkamah Jenayah Antarabangsa?"

Sambungan daripada thread semalam.

Israel ni dah buat banyak jenayah perang, apartheid dan segala-galanya yang boleh buat diorang didakwa di ICC...

Tapi persoalannya, kenapa diorang tak didakwa?
Nak tau lagi mendalam pasal geopolitik dunia? Korang bole dapatkan DUNIA TANPA TEMBOK.

Kami di The Patriots tak lupa menyumbang setiap kali berlaku krisis kemanusian di Gaza akibat kezaliman Israel.



bit.ly/DuniaTanpaTemb…
bit.ly/DuniaTanpaTemb…
bit.ly/DuniaTanpaTemb…
Image
1 April 2015, pihak Palestin secara rasmi tandatangan Statut Rom sekaligus menganggotai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Keanggotaan tu buka ruang kepada Palestin untuk dakwa jenayah perang dan kemanusian terhadap Israel.

Apa dakwaan-dakwaan yang boleh dibuat Palestin? Image
Read 20 tweets
Oct 10, 2023
"Kenapa Penyokong Celtic Menyokong Palestin?"

Pernah tertanya-tanya tak kenapa setiap kali konflik Palestin-Israel berlaku, fans² Celtic antara yang terawal kibarkan bendera Palestin di stadium mereka.

Ni semua ada kaitan dengan sejarah penubuhan kelab sendiri.

Apa kaitannya?
Setiap kali berlaku krisis kemanusian di Gaza akibat kezaliman Israel, kami di The Patriots tidak pernah lupa untuk memberikan sumbangan bakti kami kepada saudara kami di Palestine sana.

Dapatkan KITAB TAMADUN YAHUDI dan buku-buku lain dengan segera!
bit.ly/3MkDT6b
Image
Green Brigade lantang letakkan bendera Palestin dan mesej sokongan kepada diorang tanpa hiraukan hukuman yang akan dikenakan oleh UEFA.

Apa yang diperjuangkan Palestin sama seperti apa yang nenek moyang diorang pernah lalui ketika duduk di bawah pemerintahan British di Ireland. Image
Read 9 tweets
Jul 19, 2023
Salam Maal Hijrah Semua!

Tahu tak korang, Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah pada bulan Safar?

Aik? Bukan baginda hijrah masa Maal Hijrah ke? HAA... Mesti korang tak tau.

Sebenarnya ni berkait dgn siapa yang mula perkenalkan Kalendar Hijrah iaitu Saidina Umar al-Khattab. Image
Masa zaman pemerintahan Saidina Umar sebagai Khulafa al-Rasyidin kedua, ketika Islam tersebar kian meluas, terdapat sekurang-kurangnya 3 riwayat tentang faktor kenapa Kalendar Hijrah digunakan. Image
Gabenor di Basrah Iraq iaitu Saidina Abu Musa al-Ash’ari pernah utuskan surat kepada Saidina Umar al-Khattab: “Kami dah terima surat dari Saidina Umar al-Khattab yang tiada padanya tarikh surat.” Jadi, sukar untuk melaksanakan arahan khalifah jika tiada tarikh spesifik.
Read 12 tweets
Jun 7, 2023
#SejarahApaHarini

7 Jun 1974

Ejen Parti Komunis Malaya menembak mati Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara Malaysia yang ketiga.

Kejadian ni berlaku di persimpangan Jalan Mountbatten (kini Jalan Tun Perak), berhampiran Bangunan Lee Yan Lian, Kuala Lumpur. Image
Beliau dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menaiki kenderaan rasmi Mercedes Benz 250 yang dipandu oleh Sarjan Omar Yunus. Image
Kenderaan mereka berhenti di persimpangan jalan kira-kira pukul 8.20 pagi dan didatangi dua lelaki tidak dikenali dengan moto.

Diorang pecahkan cermin belakang dan tembak bertubi-tubi ke arah beliau dan pemandunya.

Tragedi ini diselitkan di dalam filem Tanda Putera.
Read 6 tweets
Jun 6, 2023
#SejarahApaHarini

6 Jun 1976

Tragedi Double Six merupakan nahas kapal terbang yang berlaku di Kota Kinabalu. Pesawat yang dikendalikan oleh Sabah Air, datang dari Labuan terhempas di daerah Sembulan ketika hendak menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Image
Nahas ni mengorbankan semua penumpang pesawat termasuk:-

1. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Pertama Sabah.

2. Menteri Datuk Salleh Sulong

3. Datuk Peter Mojuntin

4. Chong Thien Vun

5. Timbalan Menteri Darius Binion

6. Anak sulung Tun Fuad, Johari Stephens Image
7. Setiausaha Kementerian Kewangan Sabah Datuk Wahid Peter Andau

8. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Dr Syed Hussein Wafa

9. Isak Atan (Setiausaha Sulit Tengku Razaleigh Hamzah)

10. Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi Tun Fuad)

11. Juruterbang Kapten Gandhi Nathan Image
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(