The Patriots Profile picture
The Patriots is a group of people from different walks of life, age, race and religion that comes together to form a community of peace and tolerance.

Jun 22, 2023, 15 tweets

"Mencari Mendam Berahi."

Sebaik melihat replika Flor de la Mar yang menjadi sebahagian daripada Muzium Samudera di Melaka, perkara pertama yang muncul dalam kepala ialah dah tak ada kapal anak bangsa Melayu kita yang nak dibina? Kenapa kapal penjajah?

Sebelum kami mulakan bebenang ringkas berkenaan MENDAM BERAHI, kami nak cadangkan anda beli novel sejarah kami, MENCARI MENDAM BERAHI tulisan saudara @ilhammazalan, kalau anda dahagakan fantasi sejarah terbaik! Beli di: https://t.co/0IUKv6QZ4ybit.ly/MendamBerahi

Barangkali pemilihan pilih Flor de la Mar, kononnya nak orang Melayu tahu ada bangsa lain lagi maju dan patut belajar dengan mereka. Hakikatnya, Melayu lagi maju bab perkapalan dari dulu lagi dengan contoh terbaik ialah kapal ghali Kesultanan Melayu Melaka (KMM), Mendam Berahi.

Orang Melayu pada abad ke-10 sudah berupaya membina kapal yang berukuran 25 hingga 35 meter panjang dan 12 meter lebar. Yang kata bukan calang-calang orang ya iaitu pengkaji arkeologi Nusantara yang berasal dari Jerman, Dr Horst H. Liebner.

Ini berdasarkan pengamatannya terhadap beberapa bangkai kapal karam yang ditemui sekitar perairan Indonesia. Kajian Dr Liebner mendapati kapal-kapal ini karam sekitar 930 hingga 990 Masihi akibat ribut.

Ini belum sebut kapal-kapal Melayu yang menjadi bualan orang China abad pertama Masihi. Kapal-kapal ini yang dikenali sebagai Kunlun bo (kapal-kapal Asia Tenggara) berukuran 50 meter panjang, menampung kargo seberat 600 tan dan berupaya membawa antara 600 hingga 700 orang.

Profesor Lynda Shaffer dalam bukunya Maritime Southeast Asia to 1500 kata orang Melayu mampu merentas laut sejauh ribuan batu tanpa bergantung kepada carta pelayaran bertulis dan kompas, hanya membaca pergerakan angin, bintang, warna air laut dan bentuk gelombang laut!

Bila diamati sejarah hebat orang Melayu ini, tak hairanlah kemampuan Mendam Berahi orang Melayu. Mendam Berahi merupakan sebuah kapal khas yang dibina untuk Sultan Mansur Shah dengan tujuan meminang seorang puteri Majapahit bernama Raden Galuh Cendera Kirana.

Mengikut catatan Hikayat Hang Tuah, kapal ini mengambil masa sekitar 30 hingga 40 hari untuk disiapkan. Bagi mempercepatkan proses pembinaan Mendam Berahi, figura-figura seperti Laksamana Hang Tuah dan Bendahara Tun Perak turut menghulurkan tenaga.

Kapal ini sebahagian dari tujuh kapal Kesultan Melayu Melaka, Sairul Amin, Mi'ratus Safa, Mendam Berahi, Sekepar, Batil Tuasa, Rancung Mengkuang dan sebuah kapal yang tak bernama tetapi dibina oleh Hang Tuah. Menariknya, nama Mendam Berahi turut diberi oleh Hang Tuah.

Mendam Berahi bukan saja digunakan dalam banyak ekspedisi penaklukan KMM tetapi turut digunakan untuk misi-misi diplomatik. Salah satu daripadanya ialah misi diplomatik KMM ke Ryukyu sekitar pertengahan abad ke-15 yang diketuai oleh Hang Tuah.

Selain Ryukyu, Mendam Berahi juga dikatakan pernah sampai ke Jeddah, Mesir dan Istanbul bagi membawa rombongan Hang Tuah mendapatkan meriam dan ubat bedil untuk KMM. Persinggahan di Jeddah dibuat bagi membolehkan ahli-ahli rombongan berpeluang mengerjakan haji di Baitullah.

Istanbul untuk menghadap pemerintah Turki Uthmaniyah ketika itu, Sultan Selim I dan menyatakan apa yang berlaku di Melaka termasuk kehadiran Portugal di rantau Nusantara. Sebelum berlayar pulang, rombongan KMM juga dikatakan dipercayai menunaikan solat dalam Hagia Sophia.

Kapal yang menjadi saksi diplomatik Melaka ini katanya sedang dalam proses dibina semula di Melaka. Kalaulah benar berita, alangkah baiknya hati kerana akhirnya, anak bangsa kita dapat menyaksikan semula kehebatan dan keagungan bangsa Melayu.

Dan akhir kata dari kami, buku fantasi sejarah kami, sedang ada diskaun dalam JUALAN PASCA PBAKL kami yang anda boleh dapatkan di Shopee kami. Jangan lupa beli, sambil borong buku-buku kami yang lain tau! Beli di: https://t.co/y4Z0UzVH1mbit.ly/bukupatriots

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling