SEX TRYST GOES WRONG - The Senseless Death Of Voon Su Ching
π©π» Voon Su Ching β Wife
π§π»ββοΈ Wong Poh Yen β Husband
π¨π» Haji Harith Haji Bakir β Lover
π Jaga Rumah Member
π Mati Selepas Berzina
π§± Mayat Dalam Tembok
π²πΎ Warga Malaysia
π§π³ Warga Brunei
Clever-clever squirrel jump...
Suami kepada seorang warga Malaysia yang juga pemilik premis cuci kereta dan kedai mekanik di Brunei membuat laporan polis pada 13 Februari 2013 selepas isterinya tidak pulang ke rumah setelah keluar membeli kek hari lahir untuk anak tunggal lelaki mereka.
Mayat Voon Su Ching, 39, ditemui lima hari kemudian dalam keadaan mereput dan bersimen di dalam kawasan banglo milik rakannya yang pulang ke kampung sempena Tahun Baharu Cina.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Kelincahan Su Ching menduakan
suaminya akhirnya terbongkar dengan penemuan mayatnya.
So what actually happened to this beloved wife and mother?
This is the story.
Menurut laporan media tempatan, Su Ching telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki berusia 49 tahun yang bertugas sebagai kaunselor di sebuah institut pengajian tinggi.
Hubungan terlarang Haji Harith Haji Bakir dengan Su Ching turut diketahui rakan-rakan rapat
mereka berdua yang menyifatkan mendiang seorang yang periang, peramah dan gemar berjenaka.
Su Ching menggunakan alasan mahu keluar membeli kek anaknya untuk bertemu dan melepaskan rindu dendam bersama kekasih gelapnya yang berstatus suami orang anak empat di rumah banglo milik
sahabatnya yang pulang ke Tawau sempena hari perayaan.
Wanita itu dikatakan sesak nafas dan jatuh rebah di dalam kamar tidur selepas melakukan hubungan seks dengan Haji Harith. Kekasihnya yang panik memeriksa tubuh Su Ching dan mendapati wanita itu sudah mati.
TAHUKAH ANDA?
Walaupun hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina dan seks sejenis hanya mula dikuatkuasakan sejak April 2019 di Brunei di bawah pindaan undang-undang Syariah βyang sebelum ini ditunda selama empat tahun ekoran kritikan antarabangsa yang diterimaβ jenayah zina
yang berlaku sebelum penguatkuasaan hukum hudud di Brunei masih boleh dijatuhkan hukuman berat.
Haji Harith yang panik dengan kematian mengejut Su Ching mengambil keputusan membuang mayat wanita itu ke dalam parit di belakang rumah banglo tersebut.
Mayat itu seterusnya ditutup dengan lapisan zink dan timbunan pelepah kelapa dan daun kering.
Lelaki itu kemudian membersihkan kamar tidur tempat mereka beraksi sebelum memandu kereta Su Ching dan meninggalkannya di tepi pencawang elektrik tidak jauh dari kejiranan rumah itu.
Dia kemudian berjalan kaki pulang ke banglo itu dan melarikan beg tangan Su Ching berisi BND7,000 (RM24,332) tunai selain seutas loket emas. Menganggap kerja-kerja pembersihannya sudah selesai, Haji Harith kemudian memandu keretanya meninggalkan kediaman itu untuk pulang
ke pangkuan isteri dan anak-anaknya.
SADDEST VALENTINE DAY
Su Ching yang tak kunjung pulang mencetuskan kebimbangan suaminya, Wong Poh Yen. Telefon bimbit isterinya yang gagal dihubungi sehingga keesokan harinya memaksa Poh Yen membuat laporan polis pada Hari Valentine,
tanggal 14 Februari 2013.
Bertindak atas maklumat, pihak polis menyoal siasat semua kenalan rapat Su Ching yang akhirnya mengakui wanita itu berselingkuh di belakang suami dan anaknya dengan seorang lelaki Brunei bernama Haji Harith.
Sewaktu dipanggil ke balai polis untuk
diambil keterangan, Haji Harith berbohong dan berkata kali terakhir dia menghubungi Su Ching ialah pada 13 Februari untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina.
Pihak polis Brunei yang merasakan jawapan Haji Harith itu cukup memuaskan sebagai alibi untuk membuktikan dia tidak
bersalah, melepaskan lelaki itu.
Haji Harith walau bagaimanapun masih dirundung perasaan takut dan bersalah. Tanggal 16 Februari, dia menggunakan sebahagian dari wang milik Su Ching untuk membeli batu-bata dan simen menggunakan nama samaran βAli bin Ahmadβ.
Bahan-bahan itu digunakan untuk menutup mayat Su Ching di dalam parit agar tubuh yang mula mereput dan membusuk itu tidak dapat dihidu jiran tetangga dan pemilik banglo berkenaan yang akan pulang tidak lama lagi.
Pemandu lori yang ditugaskan untuk menghantar barang-barang itu
kemudian diupah menutup parit tersebut dengan simen dan membina tembok setinggi tiga meter di atasnya.
Like WTF bruh?
Betullah kata orang tua-tua, ketakutan boleh mendorong kita mengambil tindakan drastik yang tak terjangkau dek akal.
Setelah berpuas hati dengan hasil kerja pemandu lori itu, Haji Harith pulang ke pangkuan isteri dan anak-anaknya di rumah.
WTF IS THAT?
Mary, pemilik banglo berkenaan, pulang ke Brunei dari Tawau pada 17 Februari. Kewujudan tembok batu-bata setinggi tiga meter di belakang rumahnya mencetuskan rasa curiga, apatah lagi bila terdapat bau bangkai yang kurang menyenangkan dari
binaan berkenaan. Lalat yang mengerumuni batu-bata yang kelihatan lembab semakin menimbulkan rasa kurang senang Mary.
Mary membuat laporan polis namun malangnya aduan tersebut tidak diendahkan polis Brunei.
Tanggal 18 Februari, Poh Yen yang masih menunggu khabar berita dari
isterinya menemukan segugus kunci pendua banglo Mary. Teruja dengan penemuan itu, Poh Yen pergi ke sana bersama adik iparnya dengan harapan isterinya ada di rumah Mary.
βYa, memang Su Ching ada datang rumah I tolong tengok-tengok dan kemaskan apa patut sepanjang I balik
kampung. Tapi dia datang sehari tu jelah, lepas tu dia balik,β kata Mary kepada suami sahabatnya.
βTapi kan, I nak you tengok tembok belakang rumah I ni. Pelik sebab waktu I tinggalkan rumah benda tu tak ada. Alih-alih bila I balik, benda tu dah tersergam macam tu.
Dahlah bau busuk,β tambahnya.
end of PART I
PART II
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
