Jeffrey Zain Profile picture
Jul 10, 2023 β€’ 24 tweets β€’ 9 min read β€’ Read on X
SEX TRYST GOES WRONG - The Senseless Death Of Voon Su Ching

πŸ‘©πŸ» Voon Su Ching β†’ Wife
πŸ§”πŸ»β€β™‚οΈ Wong Poh Yen β†’ Husband
πŸ‘¨πŸ» Haji Harith Haji Bakir β†’ Lover
🏠 Jaga Rumah Member
πŸ† Mati Selepas Berzina
🧱 Mayat Dalam Tembok
πŸ‡²πŸ‡Ύ Warga Malaysia
πŸ‡§πŸ‡³ Warga Brunei

Clever-clever squirrel jump...
Suami kepada seorang warga Malaysia yang juga pemilik premis cuci kereta dan kedai mekanik di Brunei membuat laporan polis pada 13 Februari 2013 selepas isterinya tidak pulang ke rumah setelah keluar membeli kek hari lahir untuk anak tunggal lelaki mereka.
Mayat Voon Su Ching, 39, ditemui lima hari kemudian dalam keadaan mereput dan bersimen di dalam kawasan banglo milik rakannya yang pulang ke kampung sempena Tahun Baharu Cina.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Kelincahan Su Ching menduakan
suaminya akhirnya terbongkar dengan penemuan mayatnya.

So what actually happened to this beloved wife and mother?

This is the story.
Menurut laporan media tempatan, Su Ching telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki berusia 49 tahun yang bertugas sebagai kaunselor di sebuah institut pengajian tinggi.

Hubungan terlarang Haji Harith Haji Bakir dengan Su Ching turut diketahui rakan-rakan rapat

mereka berdua yang menyifatkan mendiang seorang yang periang, peramah dan gemar berjenaka.

Su Ching menggunakan alasan mahu keluar membeli kek anaknya untuk bertemu dan melepaskan rindu dendam bersama kekasih gelapnya yang berstatus suami orang anak empat di rumah banglo milik
sahabatnya yang pulang ke Tawau sempena hari perayaan.

Wanita itu dikatakan sesak nafas dan jatuh rebah di dalam kamar tidur selepas melakukan hubungan seks dengan Haji Harith. Kekasihnya yang panik memeriksa tubuh Su Ching dan mendapati wanita itu sudah mati.
TAHUKAH ANDA?
Walaupun hukuman rejam sampai mati bagi kesalahan zina dan seks sejenis hanya mula dikuatkuasakan sejak April 2019 di Brunei di bawah pindaan undang-undang Syariah β€”yang sebelum ini ditunda selama empat tahun ekoran kritikan antarabangsa yang diterimaβ€” jenayah zina
yang berlaku sebelum penguatkuasaan hukum hudud di Brunei masih boleh dijatuhkan hukuman berat.

Haji Harith yang panik dengan kematian mengejut Su Ching mengambil keputusan membuang mayat wanita itu ke dalam parit di belakang rumah banglo tersebut.
Mayat itu seterusnya ditutup dengan lapisan zink dan timbunan pelepah kelapa dan daun kering.

Lelaki itu kemudian membersihkan kamar tidur tempat mereka beraksi sebelum memandu kereta Su Ching dan meninggalkannya di tepi pencawang elektrik tidak jauh dari kejiranan rumah itu.
Dia kemudian berjalan kaki pulang ke banglo itu dan melarikan beg tangan Su Ching berisi BND7,000 (RM24,332) tunai selain seutas loket emas. Menganggap kerja-kerja pembersihannya sudah selesai, Haji Harith kemudian memandu keretanya meninggalkan kediaman itu untuk pulang
ke pangkuan isteri dan anak-anaknya.

SADDEST VALENTINE DAY
Su Ching yang tak kunjung pulang mencetuskan kebimbangan suaminya, Wong Poh Yen. Telefon bimbit isterinya yang gagal dihubungi sehingga keesokan harinya memaksa Poh Yen membuat laporan polis pada Hari Valentine,
tanggal 14 Februari 2013.

Bertindak atas maklumat, pihak polis menyoal siasat semua kenalan rapat Su Ching yang akhirnya mengakui wanita itu berselingkuh di belakang suami dan anaknya dengan seorang lelaki Brunei bernama Haji Harith.

Sewaktu dipanggil ke balai polis untuk
diambil keterangan, Haji Harith berbohong dan berkata kali terakhir dia menghubungi Su Ching ialah pada 13 Februari untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina.

Pihak polis Brunei yang merasakan jawapan Haji Harith itu cukup memuaskan sebagai alibi untuk membuktikan dia tidak
bersalah, melepaskan lelaki itu.

Haji Harith walau bagaimanapun masih dirundung perasaan takut dan bersalah. Tanggal 16 Februari, dia menggunakan sebahagian dari wang milik Su Ching untuk membeli batu-bata dan simen menggunakan nama samaran β€˜Ali bin Ahmad’.
Bahan-bahan itu digunakan untuk menutup mayat Su Ching di dalam parit agar tubuh yang mula mereput dan membusuk itu tidak dapat dihidu jiran tetangga dan pemilik banglo berkenaan yang akan pulang tidak lama lagi.

Pemandu lori yang ditugaskan untuk menghantar barang-barang itu
kemudian diupah menutup parit tersebut dengan simen dan membina tembok setinggi tiga meter di atasnya.

Like WTF bruh?
Betullah kata orang tua-tua, ketakutan boleh mendorong kita mengambil tindakan drastik yang tak terjangkau dek akal.

Setelah berpuas hati dengan hasil kerja pemandu lori itu, Haji Harith pulang ke pangkuan isteri dan anak-anaknya di rumah.
WTF IS THAT?
Mary, pemilik banglo berkenaan, pulang ke Brunei dari Tawau pada 17 Februari. Kewujudan tembok batu-bata setinggi tiga meter di belakang rumahnya mencetuskan rasa curiga, apatah lagi bila terdapat bau bangkai yang kurang menyenangkan dari
binaan berkenaan. Lalat yang mengerumuni batu-bata yang kelihatan lembab semakin menimbulkan rasa kurang senang Mary.

Mary membuat laporan polis namun malangnya aduan tersebut tidak diendahkan polis Brunei.

Tanggal 18 Februari, Poh Yen yang masih menunggu khabar berita dari
isterinya menemukan segugus kunci pendua banglo Mary. Teruja dengan penemuan itu, Poh Yen pergi ke sana bersama adik iparnya dengan harapan isterinya ada di rumah Mary.

β€œYa, memang Su Ching ada datang rumah I tolong tengok-tengok dan kemaskan apa patut sepanjang I balik
kampung. Tapi dia datang sehari tu jelah, lepas tu dia balik,” kata Mary kepada suami sahabatnya.

β€œTapi kan, I nak you tengok tembok belakang rumah I ni. Pelik sebab waktu I tinggalkan rumah benda tu tak ada. Alih-alih bila I balik, benda tu dah tersergam macam tu.
Dahlah bau busuk,” tambahnya.
end of PART I

β€’ β€’ β€’

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
γ€€

Keep Current with Jeffrey Zain

Jeffrey Zain Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @mrcreepyposta

May 3, 2024
BLOOD MONEY

πŸ‘¦πŸ» Ahmad Arif Ridwan, 28
πŸ‘΅πŸΌ Rini Mariany, 50
πŸ’΅ IDR 43 Juta / RM RM12,618
πŸ† Mangsa Disetubuhi
🧳 Mayat Dalam Bagasi
πŸ“… 24 April 2024

PENAFIAN: This story is NOT intended to victim-blame but serves as a cautionary tale especially for vulnerable elderly individuals.
Image
Image
Misteri sebuah bagasi hitam berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi, Indonesia pada akhir bulan lalu terungkai selepas pembunuhnya ditahan polis pada Selasa.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Rini Mariany, 50, pada mulanya dilaporkan hilang sehari sebelum mayatnya ditemui pada 25 April. Susulan daripada itu, polis giat mengesan suspek yang terlibat dalam pembunuhan kejam itu.
Read 7 tweets
Feb 21, 2024
SWEPT AWAY - Batu Buruk Beach Incident Grips Terengganu

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengesan ada sehingga empat kawah air di dasar laut sepanjang Pantai Batu Burok.

Apa sebenarnya kawah air?
Benarkah ia kawasan berpuaka?
Image
Image
Kawah air dengan kedalaman kira-kira 3.05 meter dan dipenuhi dengan sampah itu, berbahaya kepada pengunjung jika dihanyutkan ke kawasan berkenaan, kata Pengarah JBPM negeri, Hassan As’ari Omar. Image
Menurut Hassan As’ari, kawah air yang terletak kira-kira 50 meter daripada pesisir pantai itu terbentuk disebabkan berlakunya pusaran air.

β€œKerja menyelamat mangsa lemas yang dihanyutkan arus ke dalam kawah itu terganggu disebabkan keadaan yang gelap dan dipenuhi sampah.” Image
Read 9 tweets
Oct 24, 2023
FAITH & SIGHT - Mengapa Sesetengah Individu Mendakwa Mereka Tidak Nampak Kaabah?

KIRI - Seorang wanita menjerit ketakutan selepas didakwa tidak dapat melihat Kaabah walaupun sedang melakukan ibadah tawaf.
KANAN - Seorang ibu terpinga-pinga kerana tidak dapat melihat Kaabah.
Image
Image
KISAH PERTAMA
Menurut empunya cerita, ketika sedang melakukan ibadah tawaf, sang ibu bertanya kepada anaknya, β€œMana Kaabah ni? Ibu tak nampak pun dari tadi.”

Si anak lantas menjawab, β€œKan Kaabah ada depan mata kita ni ibu.” Sang ibu yang panik mula menjerit ketakutan.
Dia kemudian dibawa bertemu seorang sheikh dan diajukan soalan berikut, β€œKamu ada melakukan apa-apa larangan Allah tak macam amalan ilmu hitam?”

Sang ibu menjawab tiada namun dia sempat berkongsi satu cerita.
Read 7 tweets
Aug 3, 2023
BERHANTU - Chills In The City
What would you do when a seemingly ordinary hotel stay becomes a hair-raising journey into the unknown?

Thanawin Khamsorn faced this very question during a night at a Bangkok hotel on 11th July 2023.

This is his story ↓ Image
Laman web Travelmyth menyenaraikan lima hotel ini sebagai premis paling berhantu di Bangkok:

1-Holiday Inn Bangkok Silom
2-Baiyoke Sky Hotel
3-Asia Hotel Bangkok
4-Nana Hiso Hotel
5-First House Hotel Bangkok.
Apakah hantaran Facebook seorang lelaki Thai, Thanawin Khamsorn, 37, yang telah dikongsi hampir 22,000 kali setakat hari ini memungkinkan kita menambah satu lagi premis dalam senarai hotel berhantu di Bangkok?
Image
Image
Read 21 tweets
Jul 26, 2023
SIHIR PEMISAH ATAU SAKIT MENTAL - The Petronas Geologist Who Murdered His Wife

πŸ‘¨πŸ» Muhamad Suhaimi Abdul Aziz
πŸ§•πŸ» Faizah Arshad
🏠 Damansara Heights
πŸ“… September 1999

UXORICIDE - A person who kills his wife.
from Latin β€˜uxor’ meaning wife.

This is the shocking story ↓ Image
SUNDAY, BLOODY SUNDAY
AHAD 26 SEPT 1999 β€” Faizah Arshad bangun awal seperti biasa pagi itu untuk menyediakan sarapan dengan bantuan Ramlah, pembantu rumah warga Thailandnya.

Rumah teres dua tingkat di kejiranan T20 Bukit Damansara, Kuala Lumpur itu didiami oleh Image
pasangan suami isteri Muhamad Suhaimi Abdul Aziz, 39, dan isterinya Faizah, serta anak-anak mereka Mohd Fariz, Sarah dan Mohd Syafiq. Suhaimi bertugas sebagai ahli geologis dan Faizah pula eksekutif sumber manusia. Mereka merupakan kakitangan Petronas. Image
Read 25 tweets
Jul 10, 2023
SEX TRYST GOES WRONG - The Senseless Death Of Voon Su Ching

PART II

Poh Yen yang turut curiga cuba mencari kedai di sekitar pekan tempat mereka tinggal yang menjadi lokasi pembelian batu-bata dan simen itu. Pencariannya membuahkan hasil apabila sebuah kedai mengaku pernah

menghantar bahan-bahan itu ke banglo Mary atas nama Ali bin Ahmad.

Selepas mendapatkan nombor telefon Ali dari kedai tersebut, Poh Yen menghubunginya dan meminta lelaki itu hadir ke kediaman Mary secepat mungkin untuk bertanyakan tentang tembok aneh setinggi tiga meter itu.
Haji Harith yang masih menyembunyikan identiti sebenarnya di telefon bersetuju untuk pergi ke rumah Mary. Poh Yen yang ternyata lebih bijak telah menghubungi polis terlebih dahulu dan meminta mereka bersiap sedia di sana untuk bertemu dengan Ali. Alangkah terkejutnya polis
Read 14 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(