“Macam Mana Orang Cina Cipta Kertas?”
Kalau kita baca sejarah dunia, orang dah mula kertas sejak zaman Mesir Purba lagi, di mana diorang guna kertas papyrus. Tapi yang ni dikira masih primitif. Tamadun pertama yang buat kertas sebenar datang dari tamadun Cina.
Sebelum kami mulakan thread ringkas berkenaan dengan bagaimana kertas mula dicipta di Tamadun Cina, kami nak ajak semua untuk beli buku kami, KITAB TAMADUN CINA yang ditulis oleh saudara @AymanRashdanW. Anda boleh beli di: https://t.co/Ls1heziFdHbit.ly/kitabtamadunci…
Kisah macam mana diorang jumpa cara ni agak menarik sebenarnya. Ia bermula dengan masalah kertas di tamadun Cina sekitar abad ke – 2 Masihi. Masa tu diorang tulis atas sutera dan papan buluh, tapi dua ni ada masalah.
Sutera ni mahal dan buluh pulak berat. Jadi, ada sida kerajaan dinasti Han masa tu bernama Cai Lun cuba cari jalan lain. Dia jumpa cara ni bila dia guna kulit kayu pokok mullberry, pokok yang sama daun dia ulat sutera suka makan.
Dia siat dan rebus kulit kayu pokok mullberry, henyak dengan sisa serat pokok ganja dan sisa jaring ikan. Campuran benda benda ni kemudian diskirinkan atas penapis dan dikeringkan menjadi kertas.
Lepas Cai Lun perkenalkan kertas ni pada maharaja Han, terus deme ni kena puji dan teknik ni mula tersebar ke satu empayar. Pada masa yang sama, kerajaan Cina rahsiakan teknik ni daripada kerajaan lain supaya diorang dapat kawal monopoli dagangan kertas.
Sampailah berlakunya pertempuran Talas antara Dinasti Tang dan kerajaan Islam Abbasiyah, dan kerajaan Abbasiyah menang pertempuran itu. Hasilnya, Dinasti Tang terpaksa transfer teknologi kertas kepada Abbasiyyah, dan seterusnya ialah sejarah.
Kemasukan kertas ke kerajaan Islam mencetuskan Zaman Keemasan Islam, apabila ilmu-ilmu senang dicatat dek penciptaan buku. Buku pula tersebar luas, dalam kuantiti banyak, membentuk institut ilmu, perpustakaan. Dari sini, kertas mula tersebar ke seluruh dunia termasuklah Eropah!
Sejarah Cina ni penuh dengan penciptaan teknologi teknologi agung seperti kertas. Kalau korang nak baca benda apa lagi deme cipta sampai satu dunia pakai, boleh dapatkan buku KITAB TAMADUN CINA di: https://t.co/qgMVpqm1iibit.ly/kitabtamadunci…
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.