“Mongol dan Mughal.”
Adakah Mongol dan Mughal itu bangsa yang sama? Nama macam sama. Kalau nak tahu, dalam bahasa Parsi, Mughal bermaksud Mongol. Penguasanya dari titisan darah diraja yang sama namun jauh berbeza adat budaya.
Kitab Tamadun Mongol ni sebuah tamadun yang menakjubkan. Sementara kami sambung thread ni, kalau korang lepas habis baca berminat nak dapatkan, boleh beli di Shopee kami di: bit.ly/3KhafNU
Nasab Mughal ke Mongol ni korang boleh faham secara mudah: Genghis Khan --> The Chagatai Khanate --> Timurlane --> Babur. Genghis Khan membangunkan Empayar Mongol pada 1225 M. Dia berjaya menawan 5 negara Asia Tengah termasuklah Uzbekistan.
Wilayah ini diserahkan kepada puteranya, Chagatai. Anaknya ini menubuhkan Chagatai Khanate. Pada 1340, kerajaan agung ini lalu membesar dan berpecah kepada dua: Khanate Barat dan Khanate Timur.
Dua Raja muslim yang masyhur iaitu Timurlane dan Babur datang dari Khanate Barat. Timurlane adalah panglima perang Chagatai Khanate Barat pada 1360 M. Dia datang dari kabilah Mongol yang dipanggil Barla. Kabilah ini masuk Islam dan menerima pengaruh Parsi/Turki.
Timurlane bercita-cita jauh mahu menghidupkan semula Empayar Genghis Khan. Dia tiada darah diraja. Maka dia mengambil langkah berkahwin dengan seorang puteri berdarah Genghis Khan untuk diiktiraf ketuanan.
Pada 1399 Timur menawan Delhi dan tanah jajahannya dipanggil Hindustan. Setelah pemergian Timurlane ke alam abadi, kerajaannya jatuh satu persatu. Daripada reruntuhan itu, muncullah Babur dari lembah Ferghana yang terletak dalam negara Uzbekistan hari ini.
Pada 1526 M, Babur berjaya menawan Delhi seperti yang dilakukan datuknya. Dengan kejayaan ini, dia menubuhkan sebuah kerajaan islam yang dipanggil kesultanan Mughal. Babur mengaku orang Mongol, tapi berbudaya Parsi dan Turki.
Baru korang tahu yang Mughal tu asal dari Mongol. Banyak lagi yang korak tak tahu pasal Empayar Mongol. Kenalah baca KITAB TAMADUN MONGOL untuk dapatkan info lanjut. Segera dapatkan sempena JUALAN DISKAUN SETINGGI RM15. Klik bit.ly/3KhafNU
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
