Sebenarnya berdasarkan kiraan tidak rasmi, Nabi Adam hanya wujud 7890 tahun lepas dari tahun ini, 2018. Jadi kewujudan manusia Paleolitik bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu adalah bukan dari keturunan Nabi Adam.
Ini ada thread.
Nabi Adam berdasarkan catatan bertulis kitab2 samawi kuno dan timeline umur melalui susur galur para nabi hingga ke nabi terakhir, Nabi Adam mula wujud pada 5872 SM. Dengan jangka umur selama 960 tahun di muka bumi.
Ini menjadikan manusia pertama di muka bumi hanya mula wujud hampir 10,000 ke 15,000 tahun lepas sahaja. Jadi dari mana datangnya fosil dan bukti wujudnya manusia Paleolitik 300,000 tahun lepas.
Untuk yang beragama Islam, kepercayaan kepada rasul adalah salah satu rukun iman. Jadi bagi orang yang beriman kita yakin bahawa Nabi Adam adalah manusia pertama wujud di muka bumi. Ini juga adalah kepercayaan kitab2 samawi lain termasuk Yahudi dan Kristian.
Namun, wujud satu teori bahawa sebelum Adam, ada manusia pernah mendiami muka bumi ini yang hidup selama berjuta tahun. Ini dimulai dengan kata2 malaikat ketika di awal penciptaan Adam.
Malaikat bertanya kepada Tuhan, kenapa diciptakan manusia yang melakukan kerosakan? Rujuk Al Baqarah ayat 30. Ini membuatkan seperti malaikat sudah kenal manusia walaupun Adam masih belum diturunkan ke muka bumi.
Kisah wujudnya satu kaum sebelum manusia ada juga dinyatakan di dalam The Book of Enoch yang dipercayai kitab Nabi Nuh oleh kaum Yahudi. Dinyatakan bahawa wujudnya kaum yang dipanggil Nephilim yang berbapakan malaikat yang bersifat manusia.
Kisah malaikat yang diberikan sifat dan nafsu manusia bukanlah kisah asing kerana di Babylon Iraq, pernah di utus dua malaikat bernama Harut & Marut kepada penduduk Babylon. Rujuk Al Baqarah ayat 102. Kisah malaikat ini juga dicatat di dalam kitab Yahudi kuno.
Jadi perkahwinan malaikat dan makhluk bumi pada masa tu melahirkan kaum Nephilim. Saiz tubuh kaum Nephilim ini adalah sangat besar dan majoritinya bersaiz gergasi. Ada pendapat juga mengatakan hasil perkahwinan ini menghasilkan manusia separa haiwan dan separa binatang.
Wallahu’alam. Kisah ini tidak termasuk dalam rukun iman jadi jangan ambil serius. Ambil sebagai pengetahuan am dan menambahkan keyakinan kita tentang kebijaksanaan Maha Pencipta dalam membuat segala sesuatu.
Nanti aku akan buat thread lagi apakah kaitan kaum Nephilim ini dan banjir besar nanti di zaman Nabi Nuh.
Maaf. Ada kesilapan info di thread saya. Bukan kitab Nabi Nuh tapi Nabi Idris. Sebab dalam penulisan Kristian dorg merujuk kepada kitab nenek moyang Noah. Jadi dah terpahat dalam kepada nama Noah. Terima kasih kepada @encikATIP
Oh maksudnya hampir sama tapi sedikit berbeza. Haiwan adalah makhluk atau susuk tubuh, binatang lebih kepada sifat dan tingkah laku.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
1. Tahukah anda manusia pertama yang mencipta pena dan jarum adalah individu yang bernama Akhnuh di kota Memfis sekitar 4533SM hingga 4188 SM. Ada pendapat yg mengatakan bahawa kemajuan teknologi yang ada ketika itu sudah hampir atau mungkin jauh lebih hebat dari yang ada kini.
2. Ini dibuktikan dengan penemuan jam mekanikal, bateri, CD, kesan radioaktif loji nuklear, arca kapal terbang, lukisan helikopter dsb yang kebanyakannya ditemui berhampiran dan tidak jauh dari kawasan penempatan Akhnuh.
3. Akhnuh juga turut dikenali dengan nama Henokh oleh Ahli Kitab. Di dalam Al Quran, Akhnuh di gelar sebagai Nabi Idris, salah seorang nabi dan rasul yang wajib di percayai oleh umat Islam.