Profile picture
Ahmad Fadli @AhmadOllie
, 16 tweets, 3 min read Read on Twitter
1. Tahukah anda manusia pertama yang mencipta pena dan jarum adalah individu yang bernama Akhnuh di kota Memfis sekitar 4533SM hingga 4188 SM. Ada pendapat yg mengatakan bahawa kemajuan teknologi yang ada ketika itu sudah hampir atau mungkin jauh lebih hebat dari yang ada kini.
2. Ini dibuktikan dengan penemuan jam mekanikal, bateri, CD, kesan radioaktif loji nuklear, arca kapal terbang, lukisan helikopter dsb yang kebanyakannya ditemui berhampiran dan tidak jauh dari kawasan penempatan Akhnuh.
3. Akhnuh juga turut dikenali dengan nama Henokh oleh Ahli Kitab. Di dalam Al Quran, Akhnuh di gelar sebagai Nabi Idris, salah seorang nabi dan rasul yang wajib di percayai oleh umat Islam.
4. Disebabkan Nabi Idris hidup 379 tahun selepas kewafatan Nabi Adam, maka seperti yang semua telah sedia maklum bahawa Nabi Adam di ajar secara terus oleh Tuhan melalui perantaraan malaikat segala ilmu yang bermanafaat di bumi. Rujuk Al Baqarah ayat 31.
5. Dengan pengetahuan yang berkembang selama 1339 tahun, logik lah untuk manusia sudah mencapai teknologi yang mengagumkan. Contoh terdekat adalah bandar Melaka yang diasaskan sekitar 1400M kini sudah berubah ke metropolitan 600 tahun kemudiannya.
6. Berbalik kepada kisah Nabi Idris. Baginda di kurniakan keboleh ilmu yang hebat selain ilmu agama, kepakaran lain baginda adalah ilmu menjahit, penulisan, matematik, astronomi dan banyak lagi. Rujuk Tafsir al-Qurthubi.
7. Sudah menjadi kebiasaan sejak zaman dahulu seseorang untuk menguasai atau menjadi pakar dalam banyak cabang ilmu. Hanya di zaman kita saja master dalam dua atau lebih bidang adalah benda yang mengagumkan.
8. Hebatnya Nabi idris di mata masyarakat Mesir hinggakan mereka menjadikan baginda di idolakan sbgai dewa dalam agama mesir kuno. Nabi Idris digambarkan sebagai Osiris atau Uzairis dewa selepas mati dan alam selepas mati. Ini juga berlaku kepada Nabi Isa dan penganut Buddha.
9. Kehebatan Nabi Idris juga telah membuatkan Raja Saurid mejemputnya menafsirkan mimpi pelik raja. Setelah ditafsir, akan berlaku banjir yang besar. Ini berlaku 300 tahun sebelum peristiwa banjir besar. Maka diarahkannya untuk menyelamatkan segala penulisan ilmu yang ada.
10. Nabi Idris memberitahu raja bahawa bangunan yang paling selamat dan kukuh untuk menyimpan semua maklumat dari segala bencana alam adalah dalam bentuk piramid. Maka dibinalah piramid dan segala maklumat disimpan di dalam bentuk kod atau kini dikenali sebagai helografi.
11. Selepas banjir besar segala maklumat ini telah ditemui oleh seorang Raja yang zalim di daerah berdekatan. Ini menyebabkan raja tersebut berjaya menguasai empayar yang agung dengan teknologi serta kepakaran yang hebat hingga menjadi manusia pertama yang mengaku dirinya Tuhan.
12. Siapakah raja hebat ini yang dikatakan mewarisi dan memakai jubah Nabi Adam menjadikan haiwan serta manusia tunduk serta gerun dengannya? Nanti aku cerita dalam thread seterusnya.
13. Banyak juga kisah Nabi Idris yg tidak diceritakan umum dan aku rasa agak menarik tapi lebih ke arah keagamaan. Jadi bagi yang cintakan rasul silalah kaji kehebatan Nabi Idris sehingga di angkat martabat yg tinggi seperti yang di ceritakan di dalam surah Maryam ayat 56, 57.
14. Aku cuba cerita dari sudut pandangan aku dan bukan dari sisi agama sangat. Sebab aku bukan ustaz. Aku sukakan sejarah dan aku rasa kajian aku pasal timeline para nabi adalah paling menarik kerana banyak peristiwa penting dalam sejarah manusia berlaku di timeline ini.
Pembetulan Hieroglif atau hieroglyphics
15. Aku terbuka dengan semua komen dan maklumat kerana aku pun masih mencari kesahihan setiap peristiwa yang berlaku dan diceritakan. Kebanyakan kisah dtg dari kisah Israiliyat. Tak ramai org Islam yg mengkaji timeline kenabian ini.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Ahmad Fadli
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!