Menembak rakannya sendiri dari belakang dan merogol mayat tersebut. Mayat dipotong kepada beberapa bahagian kecil.
Ada yang dimakan secara mentah dan ada juga yang dimasak terlebih dahulu
Manusia Kannibal yang masih hidup dan bergerak bebas di Jepun, Issei Sagawa.
Issei Sagawa lahir pada tahun 1949 di Jepun. Disebabkan lahir pramatang, dia menghadapi pelbagai komplikasi dan masalah kesihatan yang serius. Lahir dalam sebuah kelurga yang kaya dan berjaya serta mempunyai seorang adik lelaki yang rapat dengannya.
Masa kecil, bapa dan pakciknya gemar bermain bersamanya dan adik di mana bapa atau pakciknya akan berpura-pura menjadi seekor raksasa yg akan makan mereka berdua. Permainan ini dipercayai faktor awal yang mewujudkan sifat kanibalisme dalam diri Issei.
Percubaan pertama utk makan manusia
Apabila sudah baligh dan dewasa, keinginan Issei utk makan manusia semakin membuak-buak ditambah lagi dengan fantasi seks yang pelik. Issei selalu bayangkan keseronokan memakan daging wanita terutamanya wanita dari Barat yang cantik dan seksi.
Sehinggalah pada tahun 1972, dia telah memecah masuk ke dalam sebuah rumah apartmen di Tokyo yang didiami seorang wanita muda dari Jerman. Issei memang dah niat nak makan daging wanita itu malangnya wanita itu tersedar sebelum Issei Sagawa sempat menyerangnya.
Disebabkan badannya kecil, Issei Sagawa akhirnya terpaksa mengaku kalah dan larikan diri. Issei Sagawa berjaya ditangkap oleh pihak polis kemudiannya. Tapi, dia ditangkap atas tuduhan cubaan merogol mangsa, bukan disebabkan cubaan serangan seksual, membunuh dan makan mangsa!
Walau bagaimanapun, bapanya yang kaya telah berbincang dengan mangsa dan menawarkan bayaran sejumlah wang yang banyak sekiranya mangsa bersetuju menarik balik laporan yang dibuatnya.
Dia dibebaskan tanpa sebarang rekod kesalahan jenayah.
Membunuh dan memakan rakan sendiri
5 tahun selepas ditangkap, dia yang pada ketika itu berumur 28 tahun telah berpindah ke Paris untuk melanjutkan pengajian dalam bidang bahasa dan kesusasteraan di universiti terkemuka Paris-Sorbonne University.
Setelah menamatkan pengajian dan bekerja beberapa tahun sebagai seorang penulis, akhirnya bertemu dan berkawan baik dengan seorang wanita dari Belanda yang berumur 25 tahun.
Wanita yang bernama Renee Hartevelt itu merupakan seorang pelajar dan selepas beberapa lama berkenalan, Renee seringkali datang ke rumah Issei Sagawa untuk belajar mengenai bahasa Jerman. Pada ketika itulah Issei Sagawa teruskan rancangan dan keinginannya untuk makan manusia.
Issei Sagawa kemudiannya telah beli sepucuk pistol utk merealisasikan keinginannya membunuh dan makan daging Renee. Pada 11 Jun 1981, ketika Renee sedang membaca sebuah puisi, Issei telah menembak dari belakang.
Setelah wanita tersebut mati, dia kemudiannya telah melakukan amalan necrophilia, iaitu melakukan seks bersama mayat tersebut.
Selepas itu, dia potong badan mayat kepada beberapa bahagian kecil. Ada bahagian mayat tersebut yang dimakan mentah dan ada yg dimasak terlebih dahulu.
Dalam tempoh 2 hari, Issei berjaya makan beberapa bahagian mayat antaranya peha, bibir, dada dan beberapa bahagian lain sebelum dia
mengambil keputusan untuk membuang bahagian mayat yang belum dimakan.
Mayat Renee telah dimuatkan ke dalam 2 buah beg bagasi dan dibuang di sebuah taman awam di Paris. Tak lama lepas tu, beg-beg tersebut telah ditemui oleh 2 orang awam. Hasil bantuan polis dan pemandu teksi yg hantar Issei ke taman tersebut, dia akhirnya ditangkap.
Terlepas daripada tuduhan
Kes ini tidak tamat kat situ je. Setelah ditangkap, pihak penyiasat juga menemui kad identiti mangsa dan beberapa bahagian mayat yang telah dimasak. Selama 2 tahun lamanya, dia telah ditahan di Paris dan diperiksa oleh ahli psikologi.
Hasil kepakaran peguam yang dilantik ayahnya, Issei telah disahkan mempunyai masalah mental dan oleh itu, tidak layak disabitkan atas kesalahan yang dilakukannya itu. Issei Sagawa kemudianya telah diletakkan di bahagian unit psikiatrik dengan kawalan ketat selama 4 tahun.
Selepas 4 tahun, peguam yg dilantik bapanya berjaya yakinkan mahkamah bahawa adalah lebih baik sekiranya Issei boleh dibawa pulang ke Jepun untuk dirawat. Pada tahun 1984, dia telah dibawa pulang dan ditempatkan di hospital Matsuzawa untuk rawatan.
Doktor psikiatrik yang merawatnya kata bahawa Issei sebenarnya mempunyai masalah personaliti dan bukanlah gila seperti yang didakwa. Ini bermakna, mengikut undang-undang, Issei Sagawa boleh disabitkan atas kesalahan membunuh yang dilakukannya.
Malangnya, pihak berkuasa Jepun tak berjaya dapatkan kerjasama daripada pihak berkuasa Perancis untuk mendakwa Issei. Kira-kira 15 bulan selepas habiskan masa di unit psikiatrik, dia akhirnya diserahkan kpd ibu bapanya. Dalam kata lain, Issei dibebaskan tanpa sebarang kesalahan!
Issei Sagawa masih hidup bebas berkeliaran di Tokyo. Dia juga ada menulis
buku mengenai kanibal dan pengalamannya memakan daging manusia. Selain itu, tanpa berselindung dia mengatakan bahawa dia masih mempunyai keinginan untuk memakan daging manusia lagi.
Ini ha link kalau ada yang nak tengok documentary Issei Sagawa!
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Okay guys. Hari ni admin ada mood sikit nak cerita pasal Flat Head Syndrome.. For pasangan suami isteri kat luar sana tu kena take note benda ni, lagi2 yg bakal jadi parents..
Sindrom Kepala Leper atau Flat Head Syndrome ni biasanya boleh terjadi masa baru lahir lagi, tapi boleh juga berlaku sebab tekanan yang berterusan daripada posisi kepala bayi yang stay satu tempat buat masa yang lama tak pon duduk dalam car seat lama sangat.
Actually, sindrom kepala leper ini tidak memudaratkan. Tapi kita as parents mesti nak yg terbaik untuk anak2.
Membunuh sekurang-kurangnya 30 orang wanita dgn memukul kepala mangsa dan jasadnya dibuang ke hutan terpencil. Pada masa sama, dia akan datang ke tempat pembuangan mayat utk melakukan seks dgn mayat yg mereput.
Kisah Individu Syaitan Bertopengkan Manusia - Ted Bundy
Pada musim bunga dan musim panas tahun 1974, polis di Pacific Northwest, US berada dlm keadaan panik.
Wanita2 kolej di seluruh Washington dan Oregon telah hilang paling kurang sorang dlm masa sebulan & polis mempunyai beberapa petunjuk tntg siapa dalang di sebalik semua ini.
Dalam tempoh 6 bulan, enam wanita telah diculik dan beberapa wanita lain telah melaporkan bahawa mereka cuba diumpan oleh seorang lelaki.
Kebanyakkan mangsa menggambarkannya sebagai seorang yg kacak dan berkarisma, ciri-ciri yg digunakannya untuk mendapatkan kepercayaan mereka.
Tak tau nak pergi mana dengan family/kawan? Jom ke PENANG!
A THREAD.
Sebelum kita ke destinasi wajib dekat Penang, jom kita pilih tempat penginapan dulu. Penginapan ni semua boleh book dekat airbnb.com.my . Rumah-rumah ni semua boleh muat 8-10 orang.
1. Maritime Seaview Duplex
Harga : RM235 per night
Rating : 4.5/5 bit.ly/2KrkHEZ