Profile picture
, 52 tweets, 12 min read Read on Twitter
[THREAD]

Membunuh sekurang-kurangnya 30 orang wanita dgn memukul kepala mangsa dan jasadnya dibuang ke hutan terpencil. Pada masa sama, dia akan datang ke tempat pembuangan mayat utk melakukan seks dgn mayat yg mereput.

Kisah Individu Syaitan Bertopengkan Manusia - Ted Bundy
Pada musim bunga dan musim panas tahun 1974, polis di Pacific Northwest, US berada dlm keadaan panik.

Wanita2 kolej di seluruh Washington dan Oregon telah hilang paling kurang sorang dlm masa sebulan & polis mempunyai beberapa petunjuk tntg siapa dalang di sebalik semua ini.
Dalam tempoh 6 bulan, enam wanita telah diculik dan beberapa wanita lain telah melaporkan bahawa mereka cuba diumpan oleh seorang lelaki.

Kebanyakkan mangsa menggambarkannya sebagai seorang yg kacak dan berkarisma, ciri-ciri yg digunakannya untuk mendapatkan kepercayaan mereka.
Satu-satunya keterangan yang dimiliki oleh pihak polis adalah bahawa wanita-wanita ini didatangi oleh seorang pemuda yang tampan dan menarik serta memakai anduh pada lengannya, cuba mengumpan mereka ke arah sebuah kereta Volkswagen Bettle berwarna coklat.
Lelaki itu mengenalkan dirinya sebagai Ted. Selepas mendedahkan laporan ini kepada orang ramai, pihak polis dihubungi oleh empat orang yang mengenal pasti lelaki tersebut, bernama Ted Bundy.
Empat orang tersebut adalah bekas teman wanitanya, kawan rapatnya, salah seorang rakannya, dan profesor psikologi yang mengajar Ted.
Walaupun ia merupakan satu amaran, namun polis tak merasakan bahawa Ted adalah suspek dalam kes kehilangan pelajar wanita tersebut sebab fikirkan tak mungkin seorang pelajar jurusan undang-undang tanpa rekod jenayah boleh melakukan perkara sebegitu.
Perkara ini memberikan banyak peluang kepada Ted Bundy sepanjang kerjayanya sebagai seorang pembunuh yang membolehkan dia membunuh sekurang-kurangnya 30 mangsa di 7 buah negeri dalam tahun 1970-an.
Ted Bundy telah menipu ramai orang, termasuk polis yang tidak mengesyakinya, pengawal penjara yg dia berjaya larikan diri, wanita-wanita yang dimanipulasi, isterinya yg dinikahinya selepas ditangkap.
Malah, dia sendiri berkata, "Saya adalah anak har*m yang paling kejam pernah anda semua temui,".
Kehidupan awal Ted Bundy

Ted Bundy dilahirkan di Vermont, 4,485 kilometer dari tempat di mana dia melakukan pembunuhannya yang pertama. Ibunya bernama Eleanor Louise Cowell dan bapanya tidak diketahui.
Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, dia dibesarkan oleh nenek dan datuknya yang kejam sebagai anak mereka sendiri.

Lebih buruk, Ted percaya yang ibu kandung dia merupakan kakak kandung sebab dah lama membesar bersama semasa tinggal dengan atuk dan nenek.
Ted dan ibunya selalu dipukul datuknya, mereka pon larikan diri ke Washington utk tinggal bersama sepupunya ketika Ted berusia 5 tahun.

Di sana, Eleanor bertemu dan berkahwin dgn seorang tukang masak hospital, Johnnie Bundy, secara rasminya menjadikan Ted sebagai anak angkat.
Ted tak suka bapa tirinya itu sebab dia cakap Johnie Bundy ni orang yang tidak bijak dan bergaji rendah.

Tak banyak yg diketahui mengenai zaman kanak-kanak Ted sbb dia bgi penerangan yg bercanggah namun gambaran boleh dibuat bahawa dia mempunyai zaman kanak-kanak yang biasa.
Walaupun Ted menyifatkan dirinya sebagai seorang yang suka alone dan suka mengintip wanita pada waktu malam, namun ramai yg mengenali Ted dari sekolah menengah menggambarkannya sebagai seorang yang terkenal dan sangat disukai.
Kehidupan di kolej dan serangan pertama

Ted Bundy tamat sekolah menengah pada tahun 1965 dan selepas mendaftar di Universiti Puget Sound sebelum berpindah ke University Washington untuk mempelajari bahasa Cina.
Pastu dia berhenti sekejap drpd belajar pada tahun 1968 tapi kembali ke kolej dlm jurusan psikologi.

Time Ted berhenti belajar untuk seketika, dia balik rumah & time itulah dia dapat tahu buat pertama kalinya bahawa wanita yg dia anggap sebagai kakanya, adalah ibu kandungnya.
Sekembalinya Ted ke Universiti Washington, dia bercinta dgn Elizabeth Kloepfer yang bekerja sebagai setiausaha di kolej perubatan kampus tersebut. Elizabeth adalah antara 4 orang yang melaporkan Ted sebagai suspek dalam pembunuhan di Northwest Pacific.
Di antara empat orang yang lain ialah bekas pegawai polis Seattle, Ann Rule, yang bertemu Ted ketika mereka berdua bekerja di pusat panggilan di mana mereka membantu orang yang ingin membunuh diri.
Pada tahun 1973, Ted diterima masuk ke University Puget Sound dalam jurusan undang-undang, tetapi lepas beberapa bulan, dia stop pergi kelas. Ketika inilah kehilangan wanita yang pertama bermula.
Serangan pertama Ted Bundy pada bulan Januari 1974 bukanlah pembunuhan sebenar sebaliknya serangan terhadap Karen Sparks, seorang pelajar dan penari berusia 18 tahun di University of Washington.
Ted pecah masuk ke apartmen Karen dan memukulnya menggunakan rod besi sehingga tidak sedarkan diri sebelum menggunakan objek yg sama secara seksual ke atas mangsanya itu.

Serangan tersebut membuatkan Karen berada dalam keadaan koma selama 10 hari dan mengalami kecacatan kekal.
Pembunuhan pertama Ted Bundy

Mangsa Ted seterusnya yg juga merupakan mangsa pembunuhan pertama adalah Lynda Ann Healy, pelajar Universiti Washington.
Sebulan selepas serangan pertama terhadap Karen Sparks, Ted memecah masuk ke sebuah apartmen pada awal pagi, memukul Lynda sehingga pengsan dan membawanya masuk ke dlm kereta Ted.
Sejak itu, Lynda tidak pernah lagi dijumpai namun beberapa tahun kemudian serpihan tengkoraknya dijumpai di salah satu lokasi di mana Ted buang mayatnya.

Selepas itu, Ted terus jadikan pelajar perempuan di kawasan tersebut sebagai sasaran.
Taktik biasa dia adalah tumpangkan pelajar wanita yg muda atau menghampiri wanita dgn memakai anduh lalu meminta tolong mereka memasukkan sesuatu ke dalam keretanya. Ted akan mukul mangsanya sampai pengsan sebelum mengikat, merogol dan membunuh mangsanya.
Mayat tersebut kemudiannya akan dibuang di kawasan hutan yang terpencil. Tapi, mayat-mayat tu tak ditinggalkan macam tu je.

Kadang-kala Ted akan datang tempat pembuangan mayat tersebut untuk buat hubungan seks bersama mayat yang mereput.
Dalam beberapa situasi, Ted akan potong kepala mangsanya dan menyimpan tengkorak di dalam apartmentnya. Ted juga tidur bersama-sama tengkorak tersebut.

Dalam tempoh lima bulan berikutnya, Ted telah menculik dan membunuh lima lagi pelajar perempuan di Northwest Pacific.
Mangsa2 tersebut adalah Donna Gail Manson, Susan Elaine Rancourt, Roberta Kathleen Parks, Brenda Carol Ball, dan Georgann Hawkins.
Disbbkan kehilangan yg begitu kerap ini, polis minta siasatan besar-besaran dilakukan dan minta beberapa agensi kerajaan yg lain utk bantu mencari mangsa-mangsa yang hilang.
Salah satu daripada agensi tersebut adalah Jabatan Perkhidmatan Kecemasan Washington, tempat di mana Ted bekerja ketika melakukan jenayah tersebut.

Di situ, Ted bertemu dgn Carole Ann Boone, di mana dia jalinkan hubungan cinta untuk beberapa tahun ketika pembunuhan diteruskan.
Perpindahan dan penangkapan Ted Bundy

Ketika pencarian terhadap penculik diteruskan, bnyk keterangan saksi muncul yg tunjukkan Ted adalah pelakunya tapi time beberapa mayat ditemui di dlm hutan, Ted diterima masuk ke sekolah undang-undang di Utah dan berpindah ke Salt Lake City.
Kat sana, dia teruskan addiction dia untuk merogol dan membunuh wanita muda, termasuk seorang wanita yg menumpang keretanya di Idaho dan 4 remaja perempuan di Utah.
Mengetahui tentang pembunuhan yang berlaku serta perpindahan Ted ke lokasi jenayah tersebut berlaku, bekas kekasihnya Elizabeth Kloepfer menghubungi pihak polis buat kali kedua untuk menegaskan semula syak wasangkanya terhadap Ted Bundy, sebagai pembunuh tersebut.
Amaran kedua ini tidak membawa kepada penahanan Ted, namun ketika para penyiasat mengumpulkan makluamat berkaitan dengan 5 pembunuhan terbaru di Utah dan Idaho itu, nama Ted muncul sebagai salah satu suspek utama.
Tidak hiraukan apa yg berlaku, Ted teruskan pembunuhannya. Kali ini menghala ke Colorado dari rumahnya di Utah di mana 3 lagi wanita dibunuh.
Akhirnya, pada Ogos 1975, Ted Bundy ditahan oleh pegawai polis ketika memandu melalui pinggir bandar Salt Lake City, dan polis menemui topeng, gari, serta objek tumpul di dalam keretanya.
Walaupun barang-barang tersebut tak mencukupi utk menahanannya, seorang pegawai polis menyedari bahawa Ted juga merupakan suspek dalam pembunuhan yang terdahulu lalu meletakkannya di bawah pengawasan.
Pegawai2 polis tersebut kemudiannya menemui kereta Volkswagen Beetle yang telah dijual oleh Ted, di mana mereka menemui rambut yang secocok dengan 3 daripada mangsanya.
Dgn bukti ini, mereka masukkan nama Ted ke dlm senarai suspek yg mana dia kemudiannya dikenalpasti oleh salah seorang wanita yg cuba diculiknya.

Ted Bundy telah disabitkan atas kesalahan menculik & menyerang lalu dihantar ke penjara sementara polis menguruskan kes pembunuhannya
Ted Bundy melarikan diri dan perbicaraannya

Bagaimanapun, ini bukanlah merupakan penamat terhadap pembunuhan oleh Ted Bundy. Tak lama kemudian, Ted berjaya melarikan diri daripada jagaan pihak berkuasa. Malah ia berlaku sebanyak dua kali.
Kali pertama pada tahun 1977 yang mana dia melarikan diri dari perpustakaan undang-undang di mahkamah di Aspen.

Dia dibenarkan untuk masuk ke dalam perpustakaan tersebut tanpa gari kerana dia bertindak sebagai peguam bagi pihaknya dalam kes tersebut.
6 hari kemudian, Ted ditangkap semula. Enam bulan lepas melarikan diri buat kali pertama, Ted sekali lagi meloloskan diri.

Kali ini dengan melalui ruangan merangkak di bahagian syiling yang dihasilkannya menggunakan gergaji. Dia berjaya melarikan diri ke Florida.
Pada 15 Januari 1978, selepas 2 minggu pelariannya, Ted memecah masuk ke sebuah rumah dihuni pelajar2 wanita di Universiti Florida

Dlm hanya 15 minit, Ted serang secara seksual dan membunuh Margaret Bowman dan Lisa Levy, manakala Kathy Kleiner dan Karen Chandler cedera teruk
Masih dlm pelarian selepas 3 minggu melakukan pembunuhan di Florida, Ted culik Kimberly Diane Leach berusia 12 tahun dari sekolahnya, lalu dibunuh.

Seminggu kemudian Ted diberkas oleh pihak polis yg menjumpai bukti dikaitkan jenayah Ted di Universiti Florida di dlm sebuah kereta
Sepanjang perbicaraannya, Ted sabotaj dirinya sendiri dengan mengabaikan nasihat peguamnya dan mengambil alih dalam mempertahankan diri.

Malah orang yang at first pertahankan Ted kemudiannya akan berpaling dan dedahkan apa yang mereka gambarkan tentang Ted.
Joseph Aloi, pegawai penyiasat yang berusaha bagi pihak Ted pernah berkata, "Gambaran saya terhadap Ted adalah dia seorang yg hampir sama dgn syaitan."

Ted Bundy akhirnya disabitkan atas kesemua tuduhan dan diletakkan dalam senarai hukuman mati di penjara di Florida.
Semasa dalam penjara, dia didera oleh tahanan lain termasuklah dirogol oleh oleh empat banduan. Ketika perbicaraan sedang berlangsung, Ted berkahwin Carole Ann Boone yg mana mereka mendapat seorang anak.
Ted Bundy akhirnya menemui ajalnya di atas kerusi elektrik pada 24 Januari 1989. Ratusan orang berkumpul di luar mahkamah untuk meraikan kematiannya.
Antara gambar-gambar mangsa yang dibunuh oleh Ted Bundy dengan sangat kejam
Kalau nak tengok full documentary kes Ted Bundy ni korang boleh je search kat Netflix, Conversations With A Killer The Ted Bundy Tapes
Filem Extremely Wicked Shockingly Evil and Vile yang berdasarkan kisah pembunuhan Ted Bundy ni pon akan keluar bulan January ni kalau tak silap. Korang boleh tengok juga nnti once dah release kat Malaysia. Dilakonkan oleh Zac Efron.

Trailer :
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Soulusi
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!