ULASAN PERLAWANAN PERAK MENENTANG KEDAH (08/02/2019)
INI ADALAH BEBENANG...
• Perak bermain dengan formasi 4-4-1-1 manakala Kedah menggunakan formasi yang hampir serupa (4-4-2).
• Secara keseluruhannya, Perak menguasai perlawanan baik ketika menyerang atau bertahan.
• Peluang Perak hadir ketika Wander mewujudkan situasi 1v1 antara Ifwat dan Firdaus.
• Peluang Kedah pula hadir apabila Hakim kehilangan bola di kotak penalti dan serangan balas pantas Kedah gagal disudahi Ortega yang bebas tanpa dikawal.
• Gol Perak hadir menerusi Brendan Gan. Teknik sepakan yang bagus di zon 14 tanpa tekanan memudahkan gol itu dihasilkan.
• Gol Renan merupakan kesilapan Hafizul dari segi 'decision-making'. Hafizul boleh menumbuk bola tersebut keluar dan Renan merembat mudah bola muntah tersebut.
• Perak yang lebih banyak menyerang dari luar kotak penalti gagal menambah jaringan dek tendangan melewati palang.
• Bersama Aidil, Kedah tampil lebih agresif berbanding musim lalu dan mereka memanfaatkan situasi bola mati ketika menyerang.
• Zac jelas menjadi 'error-prone' buat Perak apabila Zac tewas ketika perebutan bola di udara bersama Bauman dan Ortega di samping hantarannya gagal.
• Kemasukan J. Partiban membuatkan Alif Yusof menjadi semakin sibuk memandangkan Perak menyasarkan dia sebagai 'weakest link' Kedah.
• Kecederaan pengadil utama selama hampir 25 minit mematikan momentum perlawanan sepenuhnya dan menyebabkan rentak kedua-dua pasukan hilang.
• Perak mendapat peluang terbaik untuk memenangi perlawanan menerusi 'free-header' Leandro tetapi terkena palang.
• Kedah hampir memenangi perlawanan menerusi 2 rembatan Fernando tetapi berjaya dihalang Amirul dan Zac.
RUMUSAN : Perak mencipta banyak peluang tetapi kurang sentuhan penyudah, serangan Kedah kurang impak berbanding pertahanan mereka.
MAN OF THE MATCH : Brendan Gan / Amirul Azhan / Renan Alves
Dunia politik itu tiada kebenaran. Sama seperti Harvey Dent, semua pemain bermuka-muka. Yang pasti, akan ada pihak yang menyokong dan ada yang membangkang. Siapa yang menang?
Yang pandai berkata-kata, yang pandai menarik mata.
Tiada yang bersih. Tiada yang suci. Politik.
Kita tidak tahu apa yang terkandung dalam hati dan akal seorang ahli politik.
Benda paling tak best dengar untuk saingan musim hadapan ialah PKNS, Selangor United dan Selangor bakal bergabung di bawah satu tampuk dan akan ada pasukan di setiap peringkat liga.
"Apa yang tak best-nya? Selangor buat nak mengurangkan penggunaan dana kerajaan negeri... ".
1. Pasukan akan menjadi lebih sedikit (tidak termasuk kelab gulung tikar, didenda) dan menyebabkan semakin kurang jumlah perlawanan kompetitif dalam saingan tertinggi Liga-M.
2. Mengurangkan talent pool dan menyekat peluang ramai pemain muda untuk beraksi di platform tertinggi.
How to solve this :
Bubarkan Piala Presiden & Belia dan tarik kelab Liga Perdana yang kewangannya stabil untuk ke Liga Super. 4 pasukan Piala Presiden yang layak ke pusingan akhir musim sebelumnya akan bermain dalam saingan Liga Perdana bersama baki kelab serta 2 kelab Liga M3.
Walaupun dijangka kurang sambutan, FA kena mula menjual saham FC kepada peminat. No other choice jika FAM tidak mahu kehilangan 1 lagi ahli gabungan seperti Perlis.
Pengambilalihan itu harus berlaku perlahan-lahan dan jika FA tidak melakukannya, kerajaan negeri yang akan rugi.
Bola sepak itu perniagaan. Dalam mana-mana perniagaan pun, kita akan rugi sebelum untung.
The thing is bola sepak Malaysia sekarang tidak berasaskan keuntungan. Tanya TMJ dan RMS, untungkah pengorbanan mereka setakat ini?
Pengambilalihan FC kepada peminat akan mengubahnya.
Kenapa?
Peminat akan mula ada sense of belonging dan memiliki 'business-minded'. They will start to change the way they support the team.
Benda ni takkan berlaku in a blink of eyes yang 100% club stakes will be sold in a year. Benda ni risiko yang pasti tetapi langgar je lah!