Macam mana nak mula niaga di SHOPEE. Thread ini panjang. Kalau nak simpan dulu sila rt. Lepas baca praktis terus. No action no result.
1. Mula2 ko kena ada smartphone la. Wajib. Benda kedua kena ada ada pc atau laptop (optional. Dan ketiga kena internet yg stabil.)
2. Sebelum pergi lebih jauh. Ko kena tahu kenapa org membeli di shopee.
- free shipping
-harga murah dan senang compare harga
-secure. Susah nak kena scam
3. Jadi firstly korang mestilah sign up account shopee. Nak menjual di shopee kena la ada akaun shopee. So download apps siap2. Kemudian buat satu akaun shopee. Akaun tu lah akaun membeli dan akaun tu juga ko menjual.
4. Nasihat aku untuk yg baru nak buat akaun, pastikan username/id korang tu pilih elok2. Aku suggest :
- bukan nama personal
- letak nama ssm kalau ada
- nama yang senang orang nak sebut dan taip
5. Kenapa bukan nama sendiri? Sebabnya nanti senang orang nak usha ko di media social yang lain. Orang taip je nama ko di fb atau google, terus keluar kan..malu oii nak2 kalau jual ubat kuat ke apa ke. Haha.
6. Lepas siap buat akaun shopee korang dah boleh mula membeli. Bukan menjual lagi. So sebelum pergi jauh. Korang apply dulu shopee free shipping program.
7. Shopee free shipping program ni apa? Ia kerjasama antara shopee dan poslaju/dhl untuk bagi free shipping pada buyer dan seller. Shopee tanggung free shipping dengan syarat2 tertentu.
8. Syarat free shipping tu
- kalau alamat pos tu semenanjung, cover postage bawah 5kg
- sabah sarawak cover 1kg ke bawah sahaja
- mesti minimum purchase rm40
- pembeli kena guna voucher yg shopee bagi
9. So korang apply la free shipping program tu pada link ni
help.shopee.com.my/my/s/article/W…

Dah masuk link ni korang scroll bawah2 dan klik. Pastu keluar gambar warna wani tu. Scroll sampai bawah, sehingga nampak perkataan sign up. So register la ya. Pastu tunggu approve ikut masa dia
Jap lagi sambung. Masuk kerja dulu..
10. sebelum kita proceed terus kepada menjual. aku share sikit pasal dropship. Aku jual baju kurung perempuan secara dropship je di shopee. aku tak pegang stock, aku tak keluar modal pon. aku just upload di shopee, dapat order, aku pass pada hq. Then dapat untung!!
11. Ni kriteria kalau korang nak jadi dropship mana2 company.
- HQ tu senang dan pantas balas wasap ko. senang la ko nak tanya apa2.
-company tu mmg buat dropship dan dia bg guna shopee untuk jual barang dia
-Paling penting, postage dalam masa 2 hari selepas ko submit order!
12. Now kita pi ke bahagian seller. untuk upload produk. Untuk pc, klik mcm dalam gambar tu.
13. Pastu klik dalam gambar tu untuk mula upload produk! Untuk phone terus ada option upload produk. korang masukkan barang apa yang korang nak jual kat situ.
14. Ni tips masukkan gambar ye.
-pastikan gambar lawa, bukan gambar atas cadar busuk korang. haha
-paling kurang gambar first tu gambar yang sangat menarik, striking, dan lain daripada yg lain. korang edit pakai phone je. ni contoh yg aku buat. Baju umrah rm99. satu set lengkap
15. Ruang untuk upload gambar ada 9. So korang maximize kan ruang tu. Letak la side kiri kanan produk korang. Sebab customer suka tengok banyak gambar. Kalau letak satu je. Dia boring, then cari seller lain..
Seterusnya part produk name. Sini paling penting.. korang jangan letak nama produk korang tu. Contohnya, Kalau korang jual jam yang bernama G-Shock AXG22. Tapi korang letak kelebihan nama jam tu, Jam g-shock murah, jam g-shock tahan air, jam g-shock lelaki. Penuhkan 80 word ya..
16. Sebelum aku pergi jauh, pastikan korang isikan semua detail dulu bahagian shop setting. terutamanya address tu.
Nanti aku sambung bahagian produk description and so on..
17. Ok, next bahagian produk description. Di shopee, kita buat hard sell terus. Bagi info tentang profuk seringkas dan sepadat yang mungkin. tak perlu ayat bunga2 mcm fb. Fb kita perlu buat copywriting yang power untuk pukau org datang ke iklan kita, tapi shopee direct terus je!
18. Next, ko proceed bahagian detail produk. macam brand, material, and so on la. So kalau produk korang tu xde brand, jangan bantai je brand org, letak je no brand atau oem. Tak ada masalah punya. Still ada orang beli.
19. Seterusnya kalau produk korang single item je, mcm minyak gamat. seketul macam tu je. xde size kecik besar, xde warna lain2. so proceed je tanpa klik bahagian variation. Tapi kalau produk korang banyak colour, size, atau kata lain banyak pilihan. Buat la variasi mcm gmbr ni
20. Lepas siap setup, variasi, korang boleh letak harga dan brp stock yg ada untuk setiap variasi. SKU tu tinggal je.. Korang juga boleh buat harga borong, untuk tarik minat org beli dgn harga lagi banyak dan lebih murah
21. lepas tu korang setting berat produk. yang panjang produk tu xperlu. berat tu anggar2 je. tak perlu sampai ambik penimbang dan timbang satu2. Shipping fee tu korang setting manual dulu, sementara dpt free shipping. after dapat free shippinh, turn on je nanti
22. Part last sekali bahagian upload produk ni, korang setkan produk tu ready stock atau pre-order. kalau ready stock, ko kena pos dlm masa 3 hari skrg, bulan 3 ni shopee tetapkan dalam masa 2 hari pulak! pre-order dalam masa 7 hari minimum. so korang pandai2 la ye.
23. Bila dah, siap semua setting tu, korang dah yakin, klik je publish. Produk kalau xde masalah, akan terus publish. Ada sesetengah produk, shopee nak review dulu. Takut langgar undang2. Selalunya mcm ubat kuat, kurus, suplement2 bagai tu.
24. Bila dah publish, korang list lagi produk lain, sampai la ada minimum 5 produk. jangan buat satu je, hambar betul nampak kedai korang nanti. Kalau xde produk sangat, ulang produk sama sampai 5 kali. tukar gambar first je..
25. Bila dah list macam ni, korang klik more operation tau, then tekan boost. Yang tu free marketing shopee bagi untuk setiap 4 jam. Tapi korang kena rajin klik la. Dia akan up iklan kita based on kategori yang kita set.
Habis part upload produk. Ada masa jap lagi aku ajar bahagian my sales! jangan lupa rt.
26. Now aku akan cerita sedikit sebanyak pasal list2 dalam gambar ni
-my product : tempat korang upload produ baru dan edit produk. kat situ juga nak boost produk

-my shop catogory: tempat korang kategorikan produk tu kategori apa, wanita ke, lelaki ke,mainan ke,
- my sales: ni tempat korang cek order masuk, dah post ke belum, cancel, complete atau order tu customer nak refund
-marketing centre tu tempat korang, nak buat ads,buat voucher, buat diskaun, join shocking sale!
-my income: ni tempat korang cek income yang korang buat dari shoppe. berapa yang on going, brp yang dah release. so boleh trace dari sini income tu.

-my wallet: tempat korang tgk duit yang shopee release pada korang brp rm. lengkap kat sini dari tarikh, nama dan order.
27. So now, aku ajar tgk part my sales. my shop categories tu senang je.
so part my sale ni bahagian2 mcm dalam gambar.
-all
-unpaid
-to ship
-shipping
-complete
-cancellation
-return/refund
28. Daripada sini korang boleh tgk status order2 la. mcm contoh aku bagi tu, tu aku punya hari ni. Alhamdulillah rezeki. kalau dekat "to ship" tu kita kena arrange shipment dahulu untuk print borang pos laju tu. Lepas klik arrange akan jadi no2 macam dalam gambar
29. To ship ni barang belum di pos lagi, sama ada masih di hq, atau sudah sampai poslaju tapi belum di scan. So selagi mana status masih di to ship, selagi tu shopee anggap benda tu belum pos. So hati2, jangan bagi peram lama kat situ, kalau lebih 3 hari akan auto cancel by shope
30. Kalau ready stock shopee bg 3 hari untuk korang pos. katakan hari ni dpt order, so hari terakhir kena post atau masuk dalam sistem poslaju iaitu hari sabtu. Kalau pre-order min 7 hari ko boleh setting. So macam produk aku jual ni, aku set 7hari bekerja. Alhamdulillah rezeki.
31. Bila barang dah masuk dalam katogori shipping, so ko dah selamat dari di cancel oleh shopee! So tunggu la sehingga customer dapat barang. Tapi jangan happy dulu. sebab shopee tak release duit pada ko lagi tu..
32. Selagi mana status masih di shipping, selagi tu shopee tak release duit. Bila nak dapat duit? Bila dah masuk status complete. Complete ni akan terjadi bila customer dapat barang, pastu dia tekan receive order ataupun selepas 3 hari customer dapat barang, so auto duit masuk!
FAHAM TAK NI? HAHAH..SENANG JE SEBENARNYAAA..slow2 okey..jangan blur. nanti faham la tuu.
33. Part cancellation tu bila mana customer xbuat payment dlm masa yg ditetapkan/ dia dah order, then brp saat pastu dia cancel balik/ atau dia dah order semalam pastu request cancel dan seller approve, atau barang yang tak ikut masa postage yg ditetapkan oleh shopee.
34. Refund/refund ni bila ada masalah pada barang. customer tak puas hati dengan barang tu, atau kita salah post barang, so customer akaun request return atau refund la nanti!
FUh! padattnyaaa. ada lagi nak share. nanti aku sambung..btw,

siapa nak beli baju umrah untuk mak,isteri atau nenek, baju kurung lawo2, bridesmaid ke, jemput la ke shopee aku cuci mata

shopee.com.my/mohdzikrullah?…

p/s: jgn ikut aku letak nama sendiri utk usename shopee tu..
35. Hi guys. Ada sambungan lagi. Aku terang sikit flow payment. Ni Kalau korang ada ready stock. Lepas dapat order, shopee akan hold dulu duit tu, ko takkan dpt lagi. Ko kena pos dulu item tu. After customer dpt barang. Then dia puas hati. Pastu dia klik “ received order”.
36. Lepas customer klik received order tu, baru la shopee release payment tu. Tapi kena ingat! Shopee ambik 1% dari tota sale korang tu. So kena kira siap2 la brp untung tu.
37. Kalau cust tak klik received order tu, shopee akan release pyment tu dalam masa 3 hari. So kena sabar la sikit ye. Shopee bagi 3 hari tu sebab nak bagi masa untuk customer return atau refund kalau ada item yang rosak/ salah hantar/ tipu item!
38. Lepas cust dpt barang. Cust boleh rating korang 1-5 stars. So kalau nak rating tinggi dan cantik, make sure barang tu jangan tipu, delivery jangan lambat. Senang cerita. Pastikan barang tu seperti mana korang explain la. Kalau tak rating buruk. Takde sape dah nak beli pastu.
39. Lepas shopee release duit tu. Duit tak terus dapat tau. Duit tu akan masuk wallet shopee korang. So dari wallet tu, korang boleh membeli sepantas kilat di shopee. Kalau taknak beli pape korang boleh withdraw masuk akaun bank korang ye!
40. Korang boleh withdraw duit dari wallet tu, seminggu 3x je. Sehari sekali je. Tak boleh 3x terus dalam sehari. So korang plan la nak withdraw macam mana. Kalau aku, setiap minggu aku keluarkan. Masuk akaun sendiri la baru rasa tenang kann..
41. So yang plan nak buat bisness di shopee ni. Boleh la fikir nak buat macam mana. Kalau dropship, you kena dahulukan duit sendiri dahulu utk bayar hq. Kalau ready stock lagi bagusss..Sendiri urus lagi senang..
42. So boleh la try jual apa2 yang korang nak. Jual barang kedai rm2 pon boleh! Serius tak tipu. Korang gi la usha2 kedai rm2 tu. Banyak gila barang yang ko rasa, seriously barang ni sepatutnya rm10 kot...
43. So kalau korang masih lagi blur nak mati baca thread ni dan nak sangat buat. Aku suggest korang cari la sifu mana2 untuk hadap dia. Belajar di kelas2 shopee yg wujud.
44. Kalau taknak juga pergi belajar. Korang beli la video. Aku ada beli juga video utk belajar shopee ni. Video ni full lengkap dari A-Z. Memang diajar satu2. So boleh ulang2. Awal2 ckp, bukan video aku. Dan bukan aku nak jual sangat. Just suggestion bg siapa yg berminat je.
45. Video tu harga dia rm99. Ada 14 video yg diajar satu2. Mmg lengkap bagi aku. Aku beli pon sebab nak tgk apa yg kurang skill shopee aku. So kalau korang nak korang whatsapp no ni
wasap.my/60199397971/vd…
46. Selamat belajar. Doakan aku berjaya dunia akhirat. Aminn.
Follow i di ig. Nak sharing2 di ig pulak nanti. 😁

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with mohd zikrullah

mohd zikrullah Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @m0zios

28 Feb 19
INI THREAD PASAL DROPSHIP..AGAK PANJANG..RT LEPAS BACA YE.

MACAM MANA BUAT DROPSHIP DI SHOPEE DAN CARA APPLY FREE SHIPPING YANG BETUL!

P/S: SIAPA LEPAS BACA TAK CUBA MMG RUGI!
1. Semalam aku share pasal cara jual di shopee, boleh tengok link sini.


lepas tu ramai gila duk tanya pasal dropship dan free shipping shopee macam mana. Jadi aku tak larat nak balas dm sorang2. Korang fahamkan je step2 ni.
2. Firstly aku terang dulu pasal dropship. Bagi siapa belum tahu, dropship ni caranya kita buat jualan atau bisnes tanpa pegang stok, tanpa keluarkan modal, tanpa perlu pergi pos barang. Korang hanya promote di mana2 platform, samada online ataupun ofline.
Read 23 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!