My Authors
Read all threads
15 TIPS BAGI MEREKA YANG PERTAMA KALI MELAWAT JEPUN 🇯🇵

1. Visa
tak perlu. Anda boleh stay di sana sehingga 90 hari.
2. Duit Yen
tukar di Malaysia lebih baik kerana di sana susah nak cari money changer. Kadar tukaran di sanapun mahal.

3. Talian internet
bawa pocket wifi untuk memudahkan capaian internet. Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport.
4. Pengangkutan
Beli pass keretapi (Japan Rail Pass) atau pass bas. Di sana pengangkutan keretapi efisen dan menepati waktu.

Contoh,
keretapi mempunyai jadual 07.13AM. Next train 07.27AM. Seterusnya 07.48AM.
Bukan 07.00/07.30/08.00AM. Dan setiap keretapi adalah punctual.
5. Makanan Halal.
Ada, tapi tak semua tempat dan mahal. Elok bawa sambal ikan dan serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan atau convenient untuk dibuka dalam perjalanan jauh menaiki keretapi.
Saya prefer Brahim (nasi segera bersama lauk) sebab boleh panaskan dalam microwave dan terus makan.

NOTA: anda ada produk dan berminat untuk saya review semasa travel , boleh DM untuk details .
6. Kalau lapar sangat masuk 7E. Untuk yang kali pertama masuk 7E mereka, kita akan rasa macam 'Alangkah bahagianya kalau kat Malaysia pun macam ni'.
Kat kaunter cuba cakap -

“Sumimasen (Excuse me) Gohan (nasi) - wa- doko desuka? (where is it?).”

Sumpah, inilah makanan (sticky rice Jepun) yang paling kenyang, mudah, murah dan mampu untuk wallet backpackers di samping onigiri.
7. Penginapan.
bergantung pada bajet anda. Saya prefer stay mengunakan Airbnb sebab complete dengan kemudahan memasak dan bilik tidur.

Airbnb ni dah di gunakan secara meluas di dunia termasuk Malaysia. Daftar guna link ni 👇 dan korang akan dapat RM120

abnb.me/e/ekXkdbukRY
Tips- pilih rumah yang paling mudah diakses sama ada dengan stesen bas atau stesen keretapi.
8. Berjalan kaki.
anda kena bersedia untuk banyak berjalan kaki di Jepun. Lainlah kalau anda sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive.
Orang Jepun jalan laju. Kalau anda baca guidelines macam ni, ‘The hostel is 5 minutes away on foot from the train station,' percayalah perjalanan lima minit tu kita kena darab dengan 3 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up halaju jalan kaki mereka.
9. Tempat menarik.
Saya dah sampai Kyoto, Kobe, Osaka, Tokyo, gunung Fuji. Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara adalah kontras yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Banyak tempat menarik boleh dilawati dan kebanyakannya tiada bayaran dikenakan. Jepun juga mempunyai banyak tempat yang diwartakan sebagai warisan UNESCO.
10. Bahasa Jepun.
elok juga tahu sepatah dua sebagai menunjukkan budi bahasa kita.

Contoh:
Selamat pagi -Ohayo Gozaimas
Hello - Kon ni chi wa
Terima kasih - Arigato Gozaimas
Excuse Me – Sumimasen
Rakyat Jepun sangat helpful walaupun mereka sendiri tak faham apa yang kita tanya. Saya pun kadang kadang tak faham apa yang mereka jawab. Kalau kita ada kelebihan berbahasa asing adalah lebih baik.
11. Vending machine.
teramat banyak di sana. Boleh beli apa saja. They are everywhere. Terdapat 5.5 juta vending machine di negara ini! Dari bento kepada sosej. Payung kepada surat khabar. Air tu dah semestinya. Coklat. Telur ayam. Sup ikan. Burger. Ramen. Buah oren dan pisang
Malah ada juga mesin yang berfungsi untuk mengambil selfie. Japanese are all about conveniences.
12. Tandas.
Terlampau bersih dan canggih. Sampaikan button mana nak tekanpun tak pasti selepas “melabur”.
Rakyat Jepun obses akan kebersihan dan keselesaan.
Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan anda akan ada pilihan water pressure, suhu air, cara pancuran pembersihan (sori tak bermaksud nak campur urusan peribadi anda), tetapi itulah hakikat kemodenan mangkuk tandas di Jepun. When in Japan, do as the Japanese do.
13. Surau.
Islam itu mudah dan memudahkan. Jadi takde excuse pergi travel tak solat. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau yang cukup selesa. Di bandar bandar besar juga ada masjid dan surau. kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat.
Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, maka kita perlu menghormati adab di tempat orang. Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan,lap sikit lantai lepas selesai ambil air sembahyang
14. Makan ramen.
makan dengan hirupan bunyi bising dianggap penghargaan kesedapan kepada tukang masak. Kalau kat Malaysia rasa nak tampar muka orang yang makan berbunyi begitu.
Kalau di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi customer yang beratur menunggu di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. Only in Japan.
15) Duit syiling Jepun.
ada banyak dominasi – 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik) - kecuali jika anda ingin menyimpannya sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh tukar kat money changer.
Follow Travel Jimat di media sosial lain untuk dapatkan info-info menarik berkaitan tiket flight murah dan pengembaraan 😊 dengan hanya tekan link di bawah👇

Instagram: instagram.com/traveljimat_
Telegram Group: t.me/carigengtravel
Jangan lupa guna link bawah ni daftar Airbnb untuk dapatkan RM165 lepas tu korang boleh terus guna untuk tempahan penginapan.

abnb.me/e/ekXkdbukRY
Kalau korang nak beli JR Pass atau Train Pass boleh contact @histravelmy

OPEN TRIP JOGJA 4 HARI 3 MALAM RM990 TERMASUK TIKET PENERBANGAN

TARIKH :
28-31 MARCH 2020 (3 SLOT AVAILABLE)

DEPOSIT : RM50

BAKI BOLEH BAYAR ANSUR-ANSUR.

WHATSAPP 📲 0193787746

YANG TAKDE MEMBER TRAVEL DI GALAKAN JOIN.
Include :
✅Tiket Flight KL-JOGJA-KL
✅Penginapan
✅Private transport including driver,gasoline and parking fee
✅Airport Transfer
Credit : Sir Yamin Ismail
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Travel Jimat

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!