ammardathinker Profile picture
Aug 11, 2019 43 tweets 9 min read Read on X
ZOMBIE

Zombie yang macam dekat filem tu ada ke? Kalau jenis ganas tu takla, tapi memang ada

Contoh macam cacing ni. Dia kawal otak host untuk mati dalam air, lepas tu dia keluar dari badan host macam filem ‘Alien’.

Ini adalah untaian zombie semula jadi.

#untaianammar
Sebelum kita bermula, aku nak takrifkan sedikit la pasal terma ‘zombie’. Zombie dalam untaian ni bukan jenis yang makan otak makan daging tu, tapi lebih kepada kawal minda host.
Adakalanya, host yang jadi zombie tu bukan target sebenar parasit tu pun. Cuma pengantara sahaja. Pengantara tu jadi zombie sebab nak bagi dia kena makan dengan pemangsanya. Pemangsa tu target sebenar parasite dan pemangsa tak jadi zombie.
Bila dah kena kawal minda, dia sama ada hos tu dah mati otak atau masih sedar tapi tiada kawalan. Kesemua parasite zombie untaian ni jenis macam ni. Jadi, mari kita tengok contoh zombie-zombie tersebut.
HORSEHAIR WORM

Kita mula dengan contoh pertama dulu. Cacing ni pada mulanya bertelur dalam air. Selepas itu, larvanya akan dimakan larva serangga dalam air macam jejentik. Bila jejentik ni keluar daripada air nak jadi nyamuk, belalang atau cengkerik akan memakannya.
Melalui cengkerik/belalang ni la dia membesar sampai jadi panjang. Cacing ni hidup di kawasan berair, tapi serangga-serangga ni tak hidup di kawasan macam tu. Jadi, cacing ni akan ubah fungsi saraf tunjang mereka untuk pergi lemaskan diri dalam air.
Saintis masih tak faham mekanisme perubahan ni, tapi hasil kajian menunjukkan cacing tu ubah otak serangga jadi sensitif dengan cahaya. Memandangkan air pantulkan cahaya, serangga ni akan pergi ke air dan lemaskan diri dalam tu.
Hasilnya ialah ‘Alien’ horsehair worm. Serangga tu otaknya masih sedar, tapi tak boleh buat apa sebab kena kawal.

Aku malas nak masukkan gambar lebih sebab geli nak mampus. Aku dah nak up video dah tapi takut korang muntah je. Cari video cacing ni dekat deeplook di youtube.
PARASIT SEMUT

Mereka ni bila aku baca journal sains kesian pulak sebab dia banyak jadi mangsa parasit zombie. Dalam kebanyakan kes, mereka ni pengantara sahaja:
- Cordyceps

Lepas spora kulat ni masuk dalam badan semut, kulat ni akan rembeskan bahan kimia untuk ganggu deria navigasi semut. Pada masa yang sama, filament kulat ni akan makan organ semut untuk membesar.
Yang organ penting dia tak sentuh la. Kalau semut tu mati awal pun tak boleh jugak.

Lama-kelamaan, semut ni akan ‘off track’ dari laluan asal dia ke sarang. Dia akan merayau-rayau ke kawasan lembap yang sesuai untuk pertumbuhan kulat tu. Waktu ni semut tu dah mati otak.
Dia akan terbiar melekat pada daun yang sesuai dalam keadaan menggigit daun dan lepas 24 jam, ‘Alien’ kulat ni muncul.
Menariknya pasal kulat ni, dia ada spesis semut kegemaran dia. Maknanya, kalau semut tu tak sesuai, kesan dia jadi tak kuat.

Ada kumpulan saintis buat kajian dengan asingkan otak semut dari spesis lain lain dan jangkitkan dengan spora kulat tu.
Hasilnya, otak semut spesis kegemaran kulat akan ada banyak rembesan kimia dari kulat tu.

Disebabkan mekanisme unik kulat ni, jadi tak hairanlah konsep ni diaplikasikan dalam game zombie? Cuba teka game apa yang guna?
-Lancet Liver Fluke

Untuk kes parasit semut yang lain, kita ada kes cacing pipih hati, ‘Lancet liver fluke’. Konsep dia lebih kurang macam cordyceps tu, cuma panjang sedikit perjalanannya. Target cacing ni ialah hati dan perut haiwan ternakan.
Pada mulanya, telur cacing ni akan dikumuhkan oleh haiwan ternakan melalui tahi. Kemudian, siput darat yang memakan tahi tu akan terjangkit dengan telur ni. Selepas menetas, larva cacing ni akan dikumuhkan siput melalui lendirnya.
Semut yang nak sumber air/kelembapan akan minum lendir ni. Tak lama selepas itu, larva ni akan tersebar ke seluruh badan semut dan salah satu daripadanya akan pergi ke otak semut.
Melalui inilah semut tu akan dikawal menjadi zombie. Larva tersebut akan merembeskan bahan kimia untuk ganggu fungsi otak semut.
Sekali lagi, semut yang terjangkit tu akan merayau rayau keluar daripada sarang, pergi ke bahagian bilah atas rumput, dan lepas situ sampai kena makan lembu. Maka, kitaran cacing pun bermula kembali di perut/hati haiwan ternakan.
CACING PIPIH SIPUT

Dia kalau pasal parasit memang wajib jadi cacing ke apa ni? Mekansime pun lebih kurang je macam semut tu. Ok, kalau korang pernah nampak siput mata lawa macam ni, jangan korang ambik buat makan. Tu cacing tu dekat mata.
Mata siput tu jadi macam tu sebab nak bagi mata siput tu nampak macam ulat beluncas. Hasilnya, burung akan sambar siput ni buat lauk makan. Macam semut tadi, kelakuan siput ni pun macam dikawal jadi zombie.
Mereka akan letakkan diri mereka pada kawasan yang sangat senang dilihat burung dan pemangsa.

Selepas kena makan, cacing pipih tu akan membesar, membiak dan telurnya dikumuh melalui tahi burung.
LARVA PENYENGAT

Akhirnya, parasit yang bukan cacing! Dalam kes ni, zombie tu ialah lipas. Berbanding zombie lain, yang ni baru ala ‘Alien’ betul. Kita ada facehugger (penyengat), hos (lipas) dan alien (penyengat). Cuma tu la, yang ni lagi seksa kalau kena.
Mula mula, penyengat ni akan lumpuhkan lipas tu melalui penyengatnya. Kemudian, dia akan sengat sekali lagi terus ke otak lipas dengan…macam biasa la, bisa zombie.
Selepas tu, lipas ni akan dibawa ke sarang penyengat dan bertelur pada abdomen lipas tu. Walaupun lipas ni dia kali ganda lagi besar dan kuat berbanding penyengat, dia takkan cuba larikan diri. Dia akan kekal di situ sambil dimakan larva penyengat.
Selepas cukup waktu, keluar la ‘alien’ tu.

Dia pasal sengatan penyengat ni pun seram jugak. Ada sekumpulan saintis ada buat kajian pasal benda ni. Mereka letakkan sekali lipas dan penyengat ni pada bekas yang sama.
Cumanya, lipas yang digunakan tu bahagian otaknya yang penyengat suka tu dah dibuang.

Apa yang jadi ialah penyengat tu ambil masa yang lama untuk cucuk bias zombie tu. Benda yang boleh dibuat dalam bawah seminit, ambil masa 10 ke 15 minit.
Dalam kata lain, penyengat tu memang pentingkan ketepatan dalam men-zombi-kan lipas.

Walaupun bisa tu masih tak diketahui kompsisinya, tapi saintis berpendapat ia mungkin mengganggu biokimia otak lipas bernama octopamine.
Biokimia ni yang buat lipas kekal sedar dan bergerak. Bila saintis tu cucuk octopamine ni pada lipas zombie, dia hidup balik.
PROTOZOA: TOXOPLASMA GONDII

Aku rasa, ni contoh zombie paling terkenal. Aku tak ingat dalam sebulan dua bulan lepas, rasanya ada tweet viral pasal kucing takut tikus tu kan? Ada sebab kucing tu takut. Tikus tu zombie.

Selepas kena jangkit dengan protozoa ni, otak tikus tu akan naik lepuh dan nanah untuk naikkan penghasilan enzim dopamine. Dalam bahasa Jawa, dopamine ni ialah biokimia otak yang berfungsi untuk relakskan otak.
Pernah tak bila korang stress korang macam ada rasa nak tidur? Haa sebab dopamine la. Ubat anti murung pun banyak main dopamine ni je la.
Jadi, apa yang akan jadi bila dopamine terlampau banyak? Kita akan jadi sangat tenang. Kalau ikut takrifan tikus, dia daripada takut dengan kucing akan jadi manja dengan kucing.
Sebelum ni, tikus akan elakkan diri daripada kawasan yang ada kencing kucing. Tu kawasan yang dah ditanda kucing. Tikus yang jadi zombie akan jadi gian dengan bau kencing kucing dan pergi cari kucing tu. Selepas tu kalau kucing tu bodoh, dia makan la tikus tu.
Dia yang menakutkan pasal protozoa ni ialah, 30-60% daripada manusia seluruh dunia ada parasit ni daaan, ada kes kelakuan manusia pun berubah jadi gian dengan kencing kucing. Ramai juga pengkaji cakap mustahil tapi bila ada saintis buat kajian ni pada cimpanzi.
Ramai juga pengkaji cakap mustahil tapi bila ada saintis buat kajian ni pada cimpanzi, memang ada kelakuan haiwan tu berubah jadi gian dengan kencing kucing. Dia yang lebih menakutkan ialah penyakit skizofrenia tu berkemungkinan ada kaitan dengan parasit ni.
Kebanyakan pesakit skizo ada parasit ni dalam badan mereka. Hal ni masih dalam kajian dan aku pun tak beberapa pasti kesan signifikan dia walaupun aku pelajar biologi dan pesakit mental. Mungkin boleh tanya @AimanPsikologi kot.
Dari hasil ni, saintis berpendapat bahawa dulu kita ni zombie pengantara untuk kucing besar macam harimau bintang. Tapi selepas kita beribu tahun jadi pemangsa apeks, protozoa tu dah devolve untuk tak zombie-kan manusia.
Cimpanzi tu masih lagi makanan harimau bintang, sebab tu kesan dia masih kekal ada.
RUJUKAN:
P/S: Kalau kita nak cakap pasal parasite zombie manusia, aku rasa paling sesuai ialah prion (lembu gila). Ni panjang nak mampus aku nak cerita, dan aku rasa macam ada yang dah buat thread pasal ni.
Kalau korang nak zombie lari laju macam siri Left 4 Dead dan World War Z, guna virus rabies (anjing gila).
P/S 2: Pasal penyakit OCD sampai masuk hospital tu aku tu pun panjang nak mampus cerita. Rasa macam dah viral dulu rasanya tahun 2015. One hell of a ride. Nanti aku cerita la dalam minggu depan ke apa kalau aku tak lupa kahkah. DMS lain lakn kalau tak silap.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with ammardathinker

ammardathinker Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ammardathinker

Sep 12
Nak ingatkan balik kisah Nabi ni.

Dulu Nabi Yahya kena pancung dengan orang Yahudi. Tak lama lepas tu, ayahnya Nabi Zakaria kena gergaji dengan orang Yahudi sampai terbelah jadi dua.

Kenapa? Sebab Nabi Yahya tegah Raja Yahudi Herod daripada kahwin ANAK SAUDARA tirinya.
Herod ni pembesar Rom tapi orang Yahudi. Dia ni ada perangai pelik. Dia suka dengan anak saudara tiri dia bernama Salome (ada yang kata Herodias).

Tapi, niat dia nak kahwin dengan Salome ni ditegah secara tegas oleh Nabi Yahya sebab benda ni dikira sumbang mahram.
Jadi, Salome goda Raja Herod ni untuk bunuh Nabi Yahya. Sebab dah mabuk cinta, orang-orang Bani Israel pergi pancung kepala Nabi Yahya dan kepala baginda dijadikan hadiah perkahwinan mereka.
Read 7 tweets
Sep 24, 2023
Unironically, benda ni betul. Aku pun mula mula tak percaya sekali terjumpa kerjas kajian yang sokong benda ni.

Ringkasan: nasi sejuk lagi bagus untuk orang diet sebab suhu buat struktur gula tu berubah.

Kenapa?
Image
Nasi ni ada kanji, sejenis gula kompleks yang sangat tak stabil. Benda yang tak stabil ni kalau dia kena suhu panas sikit memang auto pecah.

Bila beras dimasak, kanji kanji tu akan pecah jadi gula. Ni punca kenapa nasi panas banyak gula. Image
Tapi, kanji dalam beras ni ada sifat unik. Bila kita sejukkan dia, gula gula ni boleh crystallize balik jadi struktur kanji, tapi kali ni lagi keras (Resistant Starch/RS). Kita panggil proses ni sebagai retrogradasi. Image
Read 6 tweets
May 24, 2023
Korang ada terfikir tak dari mana kasturi minyak wangi diambil?

Dari celah kangkang kijang jantan. Macam mana orang boleh terfikir nak ambil minyak kasturi kat situ? Memang kangkang dia bau wangi ke apa?

Untaian sains biokimia! Image
Sat iklan. Bersempena PBAK '23 ni, aku dan @zamirmohyedin akan ada pada booth @thepatriotsasia pada Ahad ni untuk autograf ke, menyembang sains ke, nak sembang bodo ke, haa moh la jumpa ya. Image
Ya, aku cakap kita dapat minyak tu dari kangkang, tapi bahagian mana? Dekat pundi kasturi kijang tu (musk pod). Pundi kasturi ni pulak dekat mana? Dekat sekitar ‘telur’ kijang jantan. Ya, minyak kasturi yang kita dok selalu pakai tu, puncanya sekitar kemaluan kijang jantan je. ImageImage
Read 24 tweets
Mar 19, 2023
Beberapa hari lepas aku ada tulis pasal latihan arkeologi di USM, jadi ni sambungan dia.

Sebagai intro, korang tahu tak orang Kadazan lagi pure Melayu berbanding orang Melayu? Dan Kedah Tua mungkin ibu kota Srivijaya dulu?

Untaian sains arkeologi part 2!
Hari tu aku cerita pasal latihan lapangan Sungai Batu tu hari ketiga dan keempat dia, jadi yang ni untuk hari pertama dan kedua. Kelas teori.

Hari pertama kitorang belajar pasal teknik arkeologi, pengurusan warisan artifak dan arkeogenetik.
Pengajar: Prof. Stephen, Dr. Goh, Dr. Velat dan Dr. Edinur

Masa kelas pengurusan warisan oleh Dr. Goh, dia ada cerita pasal sejarah arkeologi di Malaysia dan pengurusan dia yang agak rumit.
Read 9 tweets
Mar 14, 2023
Minggu lepas aku dijemput untuk ikuti latihan arkeologi oleh USM tentang teknologi purba di tapak arkeologi Sungai Batu, Kedah yang dah ada sejak 200 M.

Makin aku lama join, makin aku rasa Merong Mahawangsa & Raja Bersiong tu mungkin kisah betul.

Untaian sains arkeologi! Image
Latihan ni 4 hari, 2 hari pertama kelas teori dan 2 hari lepas tu latihan 'hands on', tapi aku nak cerita pasal yang 'hands on' ni dahulu.

Kita semua tahu dulu ada banyak rekod luar cerita pasal Kedah Tua ni kerajaan kaya dengan sumber import, baik dari Arab sampai ke China. Image
Malah, siap ada epik India lagi dengan latar belakang Kedah bernama Kathasaritsagara yang kata negara Katha ni kaya raya. Sumber Arab sebut Kataha ni antara kawasan besi berkualiti tinggi di dunia. China pun ada rekod Kedah melalui catatan I-Tsing.
Read 63 tweets
Nov 27, 2022
Sekitar tahun 2013-2014 gitu, kawan kawan aku kenal aku sebagai seorang yang politikal dan juga pengagum Anwar Ibrahim. Sekarang dah tak. Jadi, apa yang berlaku?

in adalah untaian politik 101 untuk pecahkan bubble korang dan realiti politik ni.
Tanya je lah sesiapa yang pernah sekolah dengan aku dulu masa dekat SEMASHUR dulu. Biasalah, zaman darah muda dulu kan.

Sekarang, aku neutral dengan bang Non dan tak terlalu menyokong sangat.
Bila korang lepak dengan puak puak deme ni, tak kisah parti apa, korang pun akan capai konklusi sama macam aku. Jadi makin disillusioned. You just stop giving a damn about them.

Ni bukan nak bantai satu pihak ya, ni untaian nak cerita realiti semua pihak parti.
Read 70 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(