“Nah doktor, amek mesin jahit jenama Singer ni, jahit bini saya elok-elok!”

Secara ringkas boleh saya huraikan luka atau koyakkan bersalin terbahagi kepada 4 jenis

Tahap 1 - luka pada kulit ataupun luka sedikit pada lapisan dalam faraj
Tahap 2 - luka melibatkan otot dalam, tapi tapi tak melibatkan otot injap pada lubang dubur

Tahap 3 - bila luka dah melibatkan koyakkan otot injap dubur ( sama ada external atau internal sphincter )
Tahap 4 - luka melibatkan koyakan injap otot dubur dan bahagian dubur yang lebih dalam ( anorectal mucosa )

Maka lepas beranak, doktor atau misi akan tengoklah dulu luka tu jenisnya bagaimana.
Yang mana misi boleh jahit, dia akan jahit. Cuma yang susah-susah tu, misi akan roger Doktor la untuk menjahitnya. Koyakkan tahap 3 dan tahap 4 ni dikelaskan sebagai koyakan teruk sebab melibatkan lubang dubur.
Yelah, lubang dubur kan kotor, bakteria banyak kat situ. Kalau tak dijahit dengan berhati-hati kuman boleh tersebar kat luka, lambat baik, dan boleh terjadi jangkitan kuman pula.
Nak ‘repair’ koyakkan tahap 3 dan 4 biasanya saya buat di dewan bedah. Bius separuh badan diberikan, so pesakit akan bertenang dan relaks. Otot dubur yg koyak tu pun akan kurang regang maka proses menjahit akan jadi lebih senang dan cantuman luka koyak boleh dibuat dengan teliti.
Takdeler insiden tendang menendang doktor masa menjahit tu kan?
Antibiotik pun akan diberikan sebelum proses menjahit tu.

Untuk koyakan tahap 1 dan 2, biasanye misi akan jahit untuk cantumkan otot dangan otot, kulit dengan kulit.
Dengan bahasa mudah, nak jadikan faraj tu nampak seperti asal sebelum koyakan tu bersalin. Nak jahit koyakan tahap 1 atau 2 pun, misi bagi jugak bius, tapi bius ni namanya bius setempat ( bius dicucuk pada tempat koyak tu sebelum dijahit ), takda ler jahit hidup-hidup.
Jangan ler drama. Sedangkan luka terkena pisau pun da mcm kera kena belacan, ni kan nak menjahit orang 😏
Maka, konsepnya mudah jahitan koyakkan bersalin ini untuk menjadikan perineum dan faraj kembali kepada keadaan asal, tak mengira berapa banyak jahitan ataupun jenis jahitan - tulang belut, sembat susup, jahitan guni, jahitan tepi dan seumpama dengannya.
Asalkan perineum itu bercantum semula, dan nampak luaran macam faraj/vagina dah lebih dari cukup, jangan ditanya berapa banyak jahitan. Saya sendiri pun tak mengira berapa banyak jahitan saya dah buat.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with تصميم سيره ذاتيه | CV

تصميم سيره ذاتيه | CV Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @muhammadeizat

Dec 10, 2021
Ramai ibu mengandung teruja untuk membeli Home Doppler utk dgr sendiri bunyi jantung baby memasing. doppler ni boleh dibeli secara online -mudah & murah. Tapi ibu mengandung perlu tahu, penggunaan doppler ini sebenarnya mengundang bahaya.

Thread ini mengenai bahaya home doppler
Kenapa saya cakap bahaya? Ibu mengandung falsely reassured baby mereka berada dalam keadaan yang ok setelah mendengar bunyi jantung melalui doppler ini, bilamana bayi tu sebenarnya in distress dan memerlukan perhatian doktor.
Maka, jika baby sebenarnya in distress - lambatlah ibu mengandung ni pergi berjumpa O&G dan komplikasi boleh berlaku - yang amat ditakuti ialah baby meninggal ( intrauterine death )
Read 8 tweets
Mar 29, 2021
Golongan ibu mengandung yang saya nasihatkan JANGAN berpuasa :

1) ibu yg ada GDM dengan bacaan gula yg tak terkawal, termasukla semua ibu GDM yang sedang on insulin. Mereka yang ada GDM on diet control, boleh berpuasa sekiranya doktor merawat dah menilai ibu selamat berpuasa.
2) ibu yang berisiko untuk dapat darah beku ( venous thromboembolism), termasuk ibu yang sedang penerima ubat cucuk untuk cairkan darah ( clexane/heparin) serta faktor-faktor lain yang doktor fikirkan akan meningkatkan ibu untuk dapat darah beku.
Dehidrasi masa berpuasa boleh menerukkan keadaan, dan meningkatkan peluang untuk dapat darah beku untuk ibu-ibu yg berisiko.

3) ibu yang ada pre-eclampsia, atau darah tinggi masa hamil yang memerlukan ubat darah tinggi yang perlu di makan on time
Read 6 tweets
Dec 25, 2020
Tips macam mana saya boleh hilang 30kg in 5 months :

Tips Kurus No. 1

Berhenti minum manis-manis. Jgn bubuh gula langsung. Minum air kosong sahaja. Air sejuk atau air panas takda masalah. Asalkan air kosong.

Kalau korang takboleh buat tips no.1 ni, toksah tengok tips no.2
Tips kurus No. 2

Control portion. Selalu amalkan suku suku separuh. Suku = nasi, suku lagi = lauk, separuh = sayur+Buah. Kalau makan banyak, pastikan aktiviti pun banyak. Jgn makan lepas tu tidur.
Make sure ada calorie deficit
Tips kurus No. 3

Makan je apa nak. Enjoy your food. Buatpe nak stress-stress

Nak minum petang? amek yg kurang minyak. Bukan la amek makanan yg deep fry macam korang tengah makan sekarang tu. Ganti dgn buah atau makanan fiber tinggi

Cekodok, Karipap segala deep fry tu stop ✋
Read 10 tweets
Dec 24, 2020
“Kalau Encik takut darah saya suggest tak perlu masuk teman isteri la. Duduk luar labour room pun ok. Nanti papehal saya update kalau perlu”

“Dulu-dulu saya ni takut darah, tapi okay dah kot. Steady!”
“Betul ni? Nnti jangan cakap saya tak bagi encik masuk pulak. Nnti da masuk, tengok darah banyak pastu encik pitam, staff saya semua perempuan dalam tu, tak mampu nak angkat encik. Saya sibuk layan bini encik tengah berdarah ke ape nanti, takde banyak tangan nak papah encik nnti”
“Takpe doktor, saya yakin saya boleh !”

Nak dijadikan cerita, isteri nye mengalami pendarahan selepas bersalin. Kecoh la kejap buat macam-macam, ye lah, patient bleeding kan.

Muka si suami dah lain maciammmm. Tak keruan. Nampak berpeluh-peluh jantan kat dahi.
Read 5 tweets
Dec 24, 2020
“Shayangg.. teran kuat-kuat tau. Teran sungguh-sungguh! Misha Aleeya Hanani ( nama baby yg belum lahir ) perlukan sayang tolong bantu dia keluar. Sayang kena yakin tau. Sayang boleh !”
Awwww.. sweetnya laki bini ni. Aku yg stress sebab kes tak berhenti-henti ni, kehulur-kehilir pun boleh terasa sweetnyaaaaa. Boleh kena kencing manis ! ‘Melting’ omputeh cakap. Yelah anak nombor satu kannnnzzzz, yang paling ditunggu-tunggu
Tak lama lepas tu, si suami kena smackdown bila contraction datang mencanak.

Lehernya hampir dipulas!
Read 4 tweets
Apr 29, 2020
Braxton hicks

Ibu mengandung akan rasa rahimnya mengeras ngeras seawal usia kehamilan 20 minggu. Ni dinamakan kontraksi Braxton Hicks. Ada yang berlaku sekali sekala, ada yang takde langsung.
Semasa kontraksi braxton hicks ni, otot rahim ( myometrium ) akan mengeras untuk 30-60 saat dan kekadang berterusan selama 2 minit. Bila nak hujung-hujung kehamilan braxton hicks ni lagi kerap berlaku. Ni normal.
Ingat, kontraksi braxton hicks ni - tak seragam (irregular), tak sakit, jarang berlaku, susah nak jangka bila dia nak datang, datang dan hilang begitu sahaja, tidak menjadi semakin kuat atau makin kerap (regular). Kekadang bila ibu berjalan, ubah posisi pun kontraksi akan hilang
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(