Abstrakim Profile picture
Aug 24, 2019 42 tweets 6 min read Read on X
Hantu Kum-Kum.

Setiap malam,
Dia merenung aku dari luar tingkap.

Adaptasi dari kisah benar.

Rt guys, jangan biarkan korang sorang je yang rasa seram dengan cerita ni.

ini adalah thread.
Aku akan start 11.30 malam ni, jadi korang boleh layan thread aku yang lain dulu kat sini
Tak nak beli takpe,tolong Rt ..mungkin dalam rezeki saya,akan ada rezeki anda semua jugak

Converse Rm50 sahaja(stok terhad)
ready stock🏂
kualiti tip top😎

nak order,cepat cepat tekan link ni wasap.my/601126179748

or ws je +601126179748
Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari .
Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir.
Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah anak dara.
Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil berkata "Kum-Kum." 

Bunyi seperti memberi salam.
Kisah ini bermula.

Nadim baru bangun dari tidur, dia lihat ke sekelilingnya.

"Aku kat mana ni." Bila dia sedar pagi itu, ingatannya dah hilang.

Nadim bangun dari atas katil dan keluar dari rumah itu.
Dia makin keliru.

"Nadim!" Panggil seorang lelaki tua.

"Macammana malam tadi, kena ganggu lagi?" Tanya lelaki tua itu.

"Eh pak cik ni siapa?" Tanya Nadim yang tidak mengenali lelaki tua itu.
"Aik kau ni kenapa? Ni aku lah pak cik Jai, dah teruk sangat dah otak kau ni." Kata Pak cik Jai.

"Pak cik Jai, maaf saya tak ingat apa-apa pun ni, kenapa saya ada kat sini?" Tanya Nadim yang makin keliru.
"Kau kata kau datang rumah ni nak pulihkan ingatan kau, ni hari ni makin teruk pulak aku tengok kau ni."

"Saya nak pulihkan ingatan saya?"

Nadim bertambah keliru.
Menurut Pak cik Jai, 4 hari yang lalu, Nadim datang ke rumah itu, rumah itu jauh dari bandar dan dikelilingi dengan hutan.

Sudah setahun rumah itu ditinggalkan.
Rumah banglo kecil.

Pak cik Jai ialah seorang penoreh getah, dia akan lalu dihadapan rumah itu setiap pagi, dari situ dia berkenalan dengan Nadim.
Nadim hilang ingatan setahun yang lalu kerana kemalangan jalan raya.

Dia datang ke rumah itu kerana ingin memulihkan ingatannya semula.

kerana setahun yang lalu, dia tinggal di rumah itu.
Nadim ada mengadu pada pak cik Jai . Setiap malam, dia sering diganggu makhluk halus di dalam rumah itu.

Pagi hari ke 4, Nadim mula hilang ingatan semula.

itu sahaja maklumat yang pak cik Jai tahu.
"Apa yang terjadi semalam sampai kau boleh hilang ingatan ni?" Tanya pak cik Jai.

"Saya tak tahu pak cik, saya tak ingat apa-apa."

"Kepala kau takda sakit, takda cedera?"

"Takda pak cik."
"Hmm aku rasa lebih baik kau berehat dulu, nah." Pak cik Jai hulurkan nasi lemak.

"Eh apa ni pak cik?"

"Semalam kau order nak nasi lemak, nah amik la."

"Terima kasih pak cik."

"Sama-sama."

Pak cik Jai berjalan pulang ke rumahnya.
Nadim masuk ke dalam rumah.

Dia duduk di meja makan dan makan nasi lemak yang diberi oleh pak cik Jai tadi.

"Kenapa aku tak ingat apa-apa ni?" Soal Nadim di dalam hati.

Dia termenung panjang.
Malam itu, selepas sahaja dia mandi, dia terdengar orang memberi salam di luar rumah.

Dia menjawab salam, lalu bertanya. "Siapa tu?"

Suara memberi salam tadi tidak menjawab.
Dia mula pelik, dia berjalan hendak membuka pintu utama rumahnya.

Suara memberi salam yang dia dengar tadi muncul lagi dengan nada suara yang amat menyeramkan.

"Siapa tu?" Tanya Nadim lagi tapi tiada sahutan.
Suara itu memberi salam lagi, suara itu membuatkan bulu roma Nadim mula naik.

Baru dia sedar yang suara itu bukan memberi salam tapi hanya menyebut. "Kum-Kum-kum." Dengan nada yang amat menyeramkan.
Nadim tidak sanggup ingin membuka pintu, dia berlari masuk kebiliknya hendak tidur.

Semasa baring di atas katil, dia masih dapat dengar suara "Kum-kum-kum." Di luar rumah.

Nadim jadi tidak tenang.
Dia mencari kapas dan menutup telinganya.
Nadim masuk di dalam selimut.

Berselubung penuh satu badan.

"Kenapa dia kacau aku?" Tanya Nadim di dalam hati.
Tiba-tiba jantung Nadim seperti terberhenti buat seketika.

Suara "Kum-kum-kum." Itu sudah ada di tingkap biliknya.

Baru dia sedar yang dia lupa tutup tingkap.
Tingkap bilik berada di sebelahnya sahaja.

Tiba-tiba suara itu berkata sesuatu yang membuatkan Nadim menggigil.

"Kum-kum-kum, Aku tahu kau ada dalam selimut tu, Kum-Kum-kum." Dengan nada suara yang amat menyeramkan.
Nadim sudah tidak tahan.

Di dalam kepalanya dia mahu berkata pada makhluk yang mengganggunya. "Jangan kacau aku la."

Jadi dia membuka selimut untuk meluahkan kata itu.
Tapi apabila Nadim buka sahaja selimutnya.

Makhluk itu sudah berdiri di tepi katilnya dengan muka yang sangat hodoh penuh dengan luka,

memakai baju bewarna putih yang sangat buruk,

berambut panjang sedang tersenyum padanya.
"Kum-kum-kum."

Nadim menjerit ketakutan, tapi tiada orang yang mendengar jeritannya.

"Apa kau nak dari aku?" Tanya Nadim yang sedang ketakutan.

"Aku mahu tahu permintaan ke 3 kau." Balas Hantu kum-kum itu.
"Macammana boleh permintaan ke 3, aku belum buat permintaan lagi." Kata Nadim mula keliru

"Aku bagi kau 3 permintaan semalam, kau dah guna 2 permintaan semalam, hari ini ialah permintaan kau yang terakhir."
"Aku tak pasti kau boleh dipercayai atau tidak tapi aku akan cuba membuat permintaan, aku mahu ingatan aku dipulihkan semula." Kata Nadim dengan yakin.

"Kau pasti?"

"Aku sangat pasti."
"Hahaahahah." Hantu kum-kum itu ketawa.

Nadim mula pelik.

Hantu kum-kum itu memejamkan matanya.

Beberapa saat kemudian dia membuka matanya.
"Permintaan kau akan tertunai lagi 2 minit, kini permintaan kau sudah tamat, tiada lagi permintaan. Hahaha" Kata Hantu kum-kum itu sambil ketawa.

"Kenapa dari tadi kau asyik ketawa apa yang kelakar?"

"Aku ketawa sebab kau manusia yang paling kelakar aku pernah jumpa."
"Apa yang kelakarnya?." Soal Nadim.

"Permintaan ke 3 kau sama macam permintaan pertama kau semalam."

Riak wajah Nadim berubah.
"Jadi apa permintaan ke 2 aku?" Soal Nadim lagi

"Permintaan ke 2 kau ialah supaya kau hilang ingatan semula sebab kau tak boleh terima apa yang ada dalam memori lama kau, Hahahaha selamat tinggal." Ketawa Hantu kum-kum lalu hilang dari pandangan Nadim.
Memori Nadim kembali semula.

Dia menjerit, dia rasa sangat sengsara.

Memori yang amat menyakitkan.
Nadim mempunyai isteri dan 2 orang anak perempuan.

Nadim selalu mabuk dan seorang kaki pukul.

Isterinya selalu dipukul oleh Nadim.

Isterinya sering didera.
Penderaan yang berlaku ke atas isterinya membuatkan isterinya mula mengalami masalah mental.

Pada satu malam, semasa Nadim baru balik dari kerja, dia lihat 2 anak perempuannya tergantung diatas kipas.
Isterinya telah membunuh anak perempuannya.

Nadim rasa sangat kecewa.

Tiba-tiba muncul isterinya dengan pisau cuba untuk membunuhnya.

Dia mengelak dan membunuh isterinya untuk menyelamatkan dirinya.
Dia menyembunyikan mayat isteri dan anaknya.

Lalu, dia memandu dan sengaja ingin terbabas masuk ke dalam gaung kerana ingin bunuh diri.

Tapi dia terselamat dan hilang ingatan.
Nadim tak ingat apa yang berlaku.

Dia tahu yang dia ada isteri dan anak tapi menurut kata polis, mereka hilang.

Oleh itu, dia masih mencari-cari isteri dan anaknya serta ingin memulihkan ingatannya.
Selepas setahun,
Dia dapat tahu yang dia mempunyai rumah.

Jadi dia cuba tinggal di dalam rumah itu untuk memulihkan ingatannya.

Tapi dia diganggu makhluk halus yang sudah menetap di dalam rumah itu semasa dia tidak pulang.
Makhluk halus itu menawarkan Nadim, 3 permintaan.

Tapi dengan syarat.

Rumah itu akan jadi milik Makhluk halus itu setelah pemintaan terakhir ditunaikan.

Tamat.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Abstrakim

Abstrakim Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @abstrakim

Sep 24, 2023
Betul ke kalau kita mimpi orang yang kita tak kenal, tu sebenarnya hantu yang tengah tengok kita tidur?

Meh repost, jangan biarkan korang je rasa seram dengan cerita ni.

Ini adalah thread. Image
Dia mencuri pandang ke arah bilik itu semula, kelihatan kelibat nenek tua itu sudah hilang.

Di dalam hati, dia tertanya-tanya. "Mana nenek tu pergi?"

"Minumlah Mika, mak cik nak ke dapur jap, nak masak." pelawa mak Khairil berlalu pergi.
Mika menghirup air kopi yang terhidang. Sambil itu, mindanya mula terbayang wajah nenek tua tadi.

"Seram jugak muka nenek tadi tu, tapi mana dia pergi?"
Read 100 tweets
Sep 17, 2023
Manusia berdendam dengan kita, kita boleh minta maaf.

Tapi kalau yang berdendam dengan kita tu ialah makhluk ghaib?

Meh repost, jangan biarkan korang je rasa seram dengan cerita ni.

Ini adalah thread. Image
“Dam, dah lah kita balik je lah.” ajak Khairi menyerah.

Adam tidak mengendahkan kata-kata rakannya terus merakam wajahnya. “Hello guys, sekarang aku berada di tempat paling seram kat Malaysia iaitu Bukit Pati."
Khairi menggelengkan kepala melihat Adam.

Adam bersuara lagi memandang skrin telefon yang memaparkan wajahnya. Kali ini, dia ingin menunjukkan pokok besar yang berada berdekatan dengan mereka. “Boleh lihat kat belakang aku ni ada pokok besar yang amat menyeramkan.”
Read 100 tweets
Sep 10, 2023
Bunian suku kaum yang tersembunyi.

Mari repost guys,jangan biarkan korang je yang rasa seram layan cerita ni.

ini adalah thread Image
Aku akan start 11.30 malam ni. Kalau start sekarang tak cukup seram. Korang boleh repost dulu🫡 Kalau ada yang dah pernah baca, tunggu dulu, ini versi lain. ☠️
Lutfi yang berumur 6 tahun dipanggil oleh seorang wanita.

Dia berjalan ke arah dapur dan dipelawa untuk makan.

"Lutfi, makan banyak-banyak, biar cepat besar." ucap wanita itu.

Lutfi makan dengan penuh selera. Wanita itu bangun dan masuk ke dalam biliknya.
Read 75 tweets
Jan 22, 2022
Tengah tidur, bunyi guli berlaga muncul datang dari atas syiling. Siapa yang main guli? Anda pernah diganggu bunyi guli yang menyeramkan?

Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram layan cerita ni.

Ini Adalah Thread.
Macam biasa akan start 11.30 malam ni. 👻

Ini adalah cerita pertama dalam siri Syurga Setan.

1 bulan 1 kisah pendek.

Semuanya kisah-kisah seram benar yang pernah berlegar-legar di sekeliling kita.
Alang-alang tu tolong Rt rezeki saya ye, mungkin dalam rezeki saya, ada rezeki anda semua juga.

Buku Abstrakim.
⭐Review 5 star
💫 3K sold at shopee
🔥Harga Promosi (Terhad)

Cepat2 tekan link ni 👇
shp.ee/d7maw2t
Read 84 tweets
Mar 20, 2021
Kisah seram pendek
- Derma-

Rt lah kalau berani.

(Thread)
Malam itu malam jumaat.

Anuar memakir keretanya di sebuah stesyen minyak untuk membeli panadol kerana kepalanya pusing.

Tunangnya iaitu Farah menunggu di dalam kereta seorang diri.

Keadaan sekeliling tidak begitu terang hanya ditemani dengan lampu yang agak malap.
Farah mula bosan menunggu melihat sekeliling, dia terperasan sesuatu di sudut yang agak jauh.

Kelihatan ada seorang budak perempuan berpakaian agak kotor berdiri di tepi jalan sambil memegang bekas ingin meminta derma.
Read 35 tweets
Dec 5, 2020
Pernah tak? Dalam mimpi korang jumpa orang yang tak dikenali?

Orang cakap kalau dalam mimpi kita ada orang yang kita tak kenal muncul..

Orang tu sebenarnya jin yang tengah tengok kita masa tidur, seramnyaaaa 😭😭😭😭

Kalau banyak Rt baru aku cerita..
Aku akan cerita macam biasa, malam nanti pukul 11.30 malam.

Korang boleh join telegram untuk baca lebih 20 cerita yang pernah aku tulis 👇
t.me/abstrakim
Minta tolong Rt rezeki saya, semoga semua yang Rt murah rezeki😉👍

Anda ingin hidup anda dipenuhi dengan rasa plot twist yang membahagiakan😅

Anda boleh dapatkan buku Abstrakim dengan harga promosi😱
RM10.10 SAHAJA!!

Tekan link ni sekarang!! 👇
shopee.com.my/product/278352…
Read 130 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(