Sir kamarul Profile picture
Aug 24, 2019 22 tweets 3 min read Read on X
[KES BUNUH PELAJAR UITM DI HIGHWAY PLUS] Rakaman CCTV plaza tol Juru dengan jelas menunjukkan aksi suspek menarik rambut mangsa semasa melintasi laluan tol. Ini adalah detik-detik terakhir sebelum mangsa mati dikelar suspek...
1. Kejadian tragis ini berlaku pada februari 2015 di lebuhraya utara selatan (PLUS) dalam daerah Taiping melibatkan mangsa, seorang pelajar UiTM Permatang Pauh yang menaiki kereta bersama-sama suspek.
2. Suspek pergi berjumpa mangsa pada pagi kejadian untuk memulangkan laptop yang dipinjam suspek. Mereka berjumpa di pintu masuk asrama UiTM tersebut. Mangsa kemudian diajak untuk menaiki kereta bersama suspek dan keputusan mangsa ini tidak disangka akan membawa satu tragedi.
3. Kerana curiga atas kemungkinan yang akan berlaku, kawan mangsa yang mengetahui mangsa keluar dengan suspek terus menghubungi ibu bapa mangsa. Hubungan suspek dan mangsa tidak disukai ibu bapa mangsa yang sudah melarang suspek daripada mendekati mangsa.
4. Pada jam 11 pagi, bapa mangsa menerima mesej daripada kawan mangsa yang memaklumkan suspek telah melarikan mangsa. Bapa mangsa terus hubungi ibu bapa suspek.
5. Ibu bapa suspek cuba memujuk suspek untuk memulangkan mangsa malangnya suspek tidak dapat dihubungi. Bapa mangsa kemudian menerima satu panggilan telefon daripada ibu bapa suspek. Harapan berita baik yang akan diterima tetapi..
6. Ibu bapa suspek memaklumkan mangsa cedera ditikam dan sedang berada dalam keadaan tenat. Bapa mangsa terus ke balai polis alor setar dan pemeriksaan dengan balai polis Taiping mengesahkan ada laporan kejadian tikaman berlaku di lebuh raya.
7. Ketika ibu bapa mangsa dalam perjalanan ke hospital Kuala Kangsar, polis menghubungi mereka memaklumkan anak mereka sudah tiada. Sayu hati mereka setelah menerima berita sedih tersebut. Tetapi adakah suspek yang membunuh mangsa?
8. Hasil bedah siasat daripada ahli patologi mendapati kematian mangsa adalah akibat kesan tikaman tunggal di bahagian hadapan leher sepanjang 6cm yang memutuskan 'caroti artery' yang menyebabkan pendarahan teruk.
9. Suspek mengatakan suspek sebenarnya membunuh diri dengan mengelar leher sendiri. Mangsa dikatakan mengugut suspek untuk berhenti memandu kereta, sekiranya tidak, mangsa akan membunuh diri. Adakah benar dakwaan suspek ini?
10. Saksi terawal yang melihat kejadian ini adalah seorang penunggang motosikal yang melihat sebuah kereta proton Perdana berhenti di laluan kecemasan. Ketika inilah, saksi tersebut dapat melihat suspek menarik rambut mangsa dan arahkan mangsa keluar dari kereta.
11. Kedua-dua tangan mangsa tergapai-gapai seolah olah sedang meminta pertolongan. Mangsa ditinggalkan di atas jalan dan suspek pergi ke lereng bukit dipercayai untuk melempar pisau yang digunakan untuk menikam mangsa.
12. Mangsa yang dalam keadaan tenat dikerumuni orang awam yang berhenti memberi pertolongan. Kelihatan seorang pak cik menutup kepala mangsa dengan kain sambil memberi mangsa air dan mengajar mangsa membaca ayat al-Quran.
13. Suspek yang turun ke lereng bukit kemudian datang kembali ke tempat kejadian dan dengan bersahaja berjalan melangkah badan mangsa dan kemudian berkata '"tak mampus lagikah perempuan ini".
14. Orang awam kemudian berperang mulut dengan suspek dan suspek kelihatan cuba melarikan diri tetapi ditahan oleh orang ramai yang mengikat suspek menggunakan tali pinggang.
15. Suspek ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh mangsa di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah tinggi telah memutuskan suspek bersalah atas kesalahan membunuh dan dihukuma gantung sampai mati.
16. Keputusan mahkamah tinggi pada telah disahkan oleh panel hakim Mahkamah Rayuan pada Mac 2019 yang menolak rayuan suspek yang mengatakan mangsa mati disebabkan membunuh diri.
17. Panel hakim Mahkamah Rayuan, YAA Ahmad Asnawi, Abdul Rahman Sebli dan Kamarudin Hashim memutuskan suspek yang mengelar mangsa sehingga menyebabkan mangsa mati dan hukuman gantung sampai mati dikekalkan.
18. Dalam kes ini, dua pakar forensik memberikan bukti yang berbeza. Seorang pakar memberitahu mahkamah mangsa mati disebabkan mangsa membunuh diri manakala pakar forensik kedua mengesahkan tikaman pada leher mangsa bukan dibuat mangsa sendiri (self inflicted).
19. Sekiranya ada dua bukti pakar yang berbeza, mahkamah mempunyai kuasa budi bicara untuk memilih mana2 bukti daripada pakar (kes Tengku Abdullah ibni Sultan Abu Bakar v Mohd Latiff).
20. Setelah mendengar keterangan semua saksi dan bukti yang dikemukakan di mahkamah, panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan suspek bersalah atas kesalahan membunuh mangsa dan digantung sampai mati.
21. Pisau yang dilempar suspek di lereng bukit dicari pihak polis dengan kerjasama orang awam. Pisau tersebut berjaya dijumpai tetapi pakar forensik tidak menemui DNA suspek pada sampel darah disebabkan sampel darah rosak hasil tindak balas bakteria akibat suhu panas dan lembap.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Sir kamarul

Sir kamarul Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @kamarul14

Nov 3
KES PELAJAR DILANGGAR POLIS

Minggu ini. 4 hingga 8 November 2024.

Perbicaraan kes arwah Zaharif bermula di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Moga keadilan tertegak 🙏
UPDATE KES

Bicara akan bermula pada Selasa ini.

Sebentar tadi, peguam bela kemukakan penangguhan kerana ada lantikan peguam bela baru.

Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak kini diwakili peguam M Athimulan dibantu Datuk Mior Faridalathrash dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.
Datuk Mior adalah bekas Ketua Polis Perak.

Didaftarai sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya pada hujung Mac 2023.

Pihak pendakwaan dibarisi DPP Afzainizam Abd Aziz, Nasrul Hadi Abdul Gani, V Suloshani dan Low Qin Hui.

Bicara still proceed✅
Read 13 tweets
Jul 23
IMBASAN FAKTA KES ZULFARHAN OSMAN

23 Julai 2024, 6 tertuduh utama bersalah membunuh dan dijatuhkan hukuman mati.

Ini imbasan fakta-fakta kes:
1) Ada 90 kesan tekapan seterika pada badan arwah. Seluruh badan arwah cedera, hanya muka dan telapak tangan tidak tercedera.
2) Arwah diseksa dua malam. Berturut-turut. Malam pertama dipukul disepak diterajang. Malam kedua diseterika. Kejadian kedua terhenti ketika azan Subuh kedengaran.

3) Setelah teruk dipukul, arwah ‘dijaga rapi’ di sebuah bilik. Berselimut seluruh badan. Susah bergerak.
4) Ketika guna khidmat perubatan Islam untuk cari pencuri laptop, ada 3 nama dapat ‘di scan’ oleh SP13 (Hj Abdullah) iaitu ayah kepada T18. Nama Zulfarhan, Naim dan Izzat Amir. Kenapa Zulfarhan yang menjadi mangsa korban?
Read 12 tweets
Jul 23
UPDATE KES ZULFARHAN OSMAN

Gantung sampai mati!

6 tertuduh utama dijatuhkan hukuman gantung sampai mati!

S 302 KK is triggered now.
Keputusan sebulat suara panel 3 hakim Mahkamah Rayuan. 3-0.

Hujahan DPP diterima mahkamah. Keputusan Mahkamah Tinggi diketepikan.

Keenam-enam tertuduh didapati bersalah membunuh dan dihukum gantung sampai mati.

Seksyen 302 ✅
Seksyen 304(a)❌
Ibu bapa kepada arwah Zulfarhan Osman sujud syukur di mahkamah.
Read 7 tweets
Sep 4, 2023
Masihkah ingat lagi kes bakar Pusat Tahfiz?

11 September 2023, beberapa hari sahaja lagi, Mahkamah Rayuan akan buat keputusan samada suspek utama kes, kekal bersalah membunuh.

Dia telah dihukum penjara sebagai tahanan limpah perkenan YDPA oleh Mahkamah Tinggi.

Ini kisahnya…
Mengikut kertas pertuduhan, antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi pada 14 September 2017, dua suspek (bawah umur) dituduh membunuh 23 orang.

21 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan 2 warden. Kesemua mereka mati rentung terbakar.

Dua orang saksi terpenting dipanggil masuk mahkamah.
Kedua-dua saksi ini juga masih di bawah umur ketika kejadian. Mereka tinggal serumah. Dekat je rumah dengan tempat kejadian.

Mereka ialah saksi terlindung (protected witnesses). Kedua-dua suspek mahupu peguam bela tidak dapat melihat wajah saksi ini ketika perbicaraan.

Hanya hakim bicara yang dapat lihat wajah mereka.
Read 29 tweets
Aug 5, 2023
[KISAH BENAR]

Ini kisah misteri. Seorang pemuda dapat kerja baru dan akan berpindah.

Jam 1 petang, dia singgah ke bilik sewa untuk ambil barang. Biliknya paling depan dekat dengan pintu.

Ketika itu, dia sempat lihat housemate berbaring di ruang tamu. Mungkin sedang tidur.
Ada sedikit lagi barang kepunyaan yang masih ada di dalam bilik sewanya itu.

Tidak lama pun dia berada di situ. Hanya punggah barang kemudian keluar. Waktu sekitar zuhur, 1.00-1.30pm.

Ketika itulah, dia sempat melihat housemate berbaring di ruang tamu. Hanya kakinya kelihatan.
Dia tidak pelik melihat housemate itu berbaring di ruang tamu.Sudah menjadi kebiasaan.

Lebih daripada 3 orang yang menyewa di situ. Jadi, dia biasa melihat rakan serumahnya berbaring di ruang tamu.

Tetapi, pada hari kejadian, lain pula yang berlaku.
Read 21 tweets
Jul 29, 2023
[KISAH BENAR]

Dulu pernah terjadi, seorang pembantu rumah didapati meninggal dunia.

Ketika dibicara di mahkamah, hakim sendiri terkejut melihat gambar mayat.

Berat badan cuma 26kg. Tubuh tinggal rangka tulang. Hanya disaluti kulit seperti mayat hidup.

Nak tau apa yang jadi?
Majikan kepada pembantu rumah tersebut, sepasang suami isteri kemudian ditangkap polis.

Mereka berdua dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dan didakwa atas tuduhan membunuh mangsa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mangsa bekerja kontrak 2 tahun bersama majikannya sehingga hujung Jun 2011.

Awal Jun 2011, pagi kejadian mangsa didapati tidak sedarkan diri. Majikannya cuba kejutkan mangsa namun tidak berjaya.
Read 21 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(